Selamat Hari lahir Mama


8 Ogos 1937–> satu tarikh yang tak akan aku pernah lupa sampai bila-bila.  Hari yang lahirnya seorang manusia yang ditakdirkan menjadi ibu kepada aku–> Khatijah binti Haji Othman

Anak kepada Haji Othman dan Cik Tempawan. Anak ke-4 dari 5 adik beradik satu mak satu ayah. Anak yang gigih mengharungi hidup. Berkorban pelajaran demi adik lelaki dan abangnya.

Resam orang dulu-dulu, anak lelaki didahulukan, anak perempuan belajar setinggi mana, ceruk dapur juga akhir tempatnya.

Biar  tidak bersekolah tinggi tetapi terlalu tinggi jasa dan budinya pada aku. Jadinya aku hari ini adalah berkat doanya yang tidak putus-putus–> salah satu keberkatan hidup yang aku tidak lagi aku miliki– doa seorang ibu.

Bila papa pergi mengadap Illahi, dia lah papa, dia  lah ibu. Membesar kami adik beradik. Time tu semua kami masih bersekolah. Strugglenya hidup, Allah saja yang tahu.

Masa aku form 1, mama dah pencen. Gaji dah tinggal separuh. Kos hidup makin meningkat, gaji (pencen) pulak makin kurang. Nak harap mama menyimpan, memang tak la. Yang ada pun tak cukup.

Semuanya mama melabur kepada anak-anak. Duit ringgit, peluh dan air mata, doa dan doa tanpa berputus asa.

Hari ini, Berkat semua itu, aku berada di sini. Mengangkat sauh, melebar layar. Mendepani cabaran yang mama pernah lalui dulu. Cara dan zaman mungkin berbeza, tapi arah tujunya masih sama–. mencari keberkatan hidup.

Kalau pun aku tidak mampu untuk membahagiakan mama di dunia, tetapi aku masih mahu terus  membahagiakan dia di alam sana.

Aku mahu menjadi ‘keuntungan pelabura’ sahamnya diakhirat sana. InsyaAllah.

Mama,
Selamat hari lahir

Terima kasih juga kerana melahirkan Paksu———–>

Paksu yang sangat nakal.. tetapi comel…err,, comelkah?

 

 

 

 

 

Hari ini, Tidak seperti kebiasaannya, Paksu tidak mampu  lagi  menelefon untuk mengucap selamat ataupun berada bersama mama pada hari istimewa ini.

Paksu hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. Semoga mama aman di sana.

Mama,

Ampunkan dosa-dosa Paksu yang tidak terhitung banyaknya kepada mama. Ampunkan dosa atas setiap titisan air mata mama. Sesungguhnya anakmu ini tidak  mampu hendak merenangi selaut air mata diakhirat sana.

Halalkan semua makan dan minum, juga  titisan susu yang anakanda teguk

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan terima kasih Allah kerana memilih aku untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ini.

Demi Allah.

Paksu sayang mama…selamanya.

Al Fatihah

2 thoughts on “Selamat Hari lahir Mama

  1. Selamat Hari Lahir untuk arwah mama..tarikh yang sangat unik dan penuh bermakna 8.8.3.7 = lapan.lapan.tiga.tujuh.

    Untuk paksu, tetap dan berterusan lah usahamu mendoakan ayah bonda di sana, insyaAllah keberkatan sempena bulan mulia ini dan iringan doa anakanda tercinta akan sampai jua kepada mereka..

    p/s: paksu sangat comel masa kecik, pakej lengkap dengan ‘rambut’ edisi khas ituuu..dan dia nakal jugeee, sekarang ponnnn…apa pun senyuman manis itu tetap menawan, sb tu la ‘dia’ cakap ‘so suweeeeeeeetttttttttttt’..peace!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s