jigsaw


Tadi, dalam dok boring-boring surf internet mencari bahan tetiba terjumpa satu entry di sini. Entry lama tahun 2009, tapi aku suka. Cantik susunan bahasanya dalam meluahkan apa yang dia rasa. Layan…

Jigsaw

kadang-kala tak semua yang kita mahu ungkapkan dapat diluahkan sebaiknya dalam tutur kata. kadang-kala tak semua yang kita mahu dengar indah di telinga kita. kadang-kala tak semua yang kita mahu rasa, tenang di hati kita. lalu, tak semua tutur yang disampaikan terus ke telinga akan meresap dalam hati. akan ada yang tersimpan, akan ada yang tak didengari.

sebijak mana pun kita tuturkan kata, takkan tersampai apa yang kita maksudkan kerana manusia bukan fitrahnya mendengar setiap inci. sebijak mana kita cuba memahami, takkan terfahamkan semua kerana manusia fitrahnya menyembunyi. lalu, apa yang di kepala tetap berpusing-pusing dalam minda, apa yang dalam hati, akan berlegar-legar dalam jiwa.

tapi, sehingga bila?

sejauh mana kejujuran kita tidak akan disalahfahamkan?

sejauh mana pendapat kita tidak akan dipesongkan?

sejauh mana kepercayaan kita tidak akan digoyahkan?

sejauh mana tindak-tanduk kita tidak akan dipertikaikan?

dalam mengangkat tangan menadah ke atas, kadang-kala aku sendiri kelu. dan kebanyakan masanya aku memang akan kelu. lalu aku hanya akan mampu diam dan minta Dia sendiri yang selam dalam hati aku. sebab aku sendiri tidak dapat luahkan hajat yang aku mahu. tak jumpa tatabahasa yang betul untuk sampaikan isi hati. dan aku percaya, Dia faham apa yang aku minta. Dia faham apa yang aku cuba kata. Dia faham apa mahunya aku ketika meminta kepada Dia.

kerana Dia itu sempurna, tidak seperti kita-kita.

walau ke hujung dunia kita berdoa, belum tentu kita mampu jadi sempurna. kerana sempurnanya kita hanyalah dengan terlengkapkan setiap serpihan-serpihan yang ada. yang kita tidak akan jumpa semuanya sekelip mata. tapi dijatuhkan satu-persatu dari Dia untuk kita rasa, untuk kita cari, untuk kita hargai. maka setelah itu, baru hidup kita berasa sempurna.

mungkin dalam mencari serpihan itu, tangan kita akan terluka kerana bekas pecahnya. mungkin ketika menyusun serpihan itu, kita terpecahkan lagi ia lalu berubah bentuknya. dan mungkin setelah lengkap dicantumkan semua serpihan itu, masih ada sumbing cacat celanya.

kita kan manusia biasa, mana ada yang sempurna?

tapi setidak-tidaknya kita berjaya lengkapkan ia seperti mana ia sepatutnya.

sepertimana bisik kecil kita ketika mencantumnya supaya ia menjadi sempurna.

sama seperti apa yang kita cari dalam diri kita, apa yang kita hajatkan dalam hidup kita.

setiap manusia, darjah serpihannya tidak sama. mungkin diri kamu serpihannya besar-besar dan sedikit. tidak terlalu rumit untuk dicantumkan semula menjadi diri kamu. mungkin diri aku serpihannya lebih banyak dan lebih kecil dari kamu. yang aku perlukan masa untuk cantumkan semula setiap serpihan kecil itu.

banyak mana masa pun yang kita perlu,

setidak-tidaknya kita tahu apa yang kita mahu.

setidak-tidaknya di setiap terlintas niat di hati kita itu,

kita memang berdoa untuk apa yang kita rasa.

apa yang tinggal hanyalah usaha.

yang lain, serahkan pada Dia. =)

2 thoughts on “jigsaw

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s