Salam Takziah


Salam takziah untuk sahabat aku yang baru kehilangan seorang ibu.

Sebenarnya memberi ucapan takziah itu jauh lebih mudah daripada menyelami perit pedih sebuah kehilangan. Cubalah seribu kali sekalipun untuk berada ditempat  itu. Namun, hanya orang yang merasainya sahaja akan tahu bagaimana sebenar-benarnya rasa itu.

Sahabatku Echah,

Percayalah, masa akan menyembuhkan kesedihan kamu, walau parut yang tinggal akan selamanya kekal di situ. Kehilangan seorang ibu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima namun sebagai hambaNya, kita harus redha. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada penciptaNya jua.

Aku pernah merasai kesedihan itu, dan hanya yang pernah merasai kehilangan itu akan tahu perit pedihnya

Tiada kata-kata yang dapat mereda redam hati, melunak rasa apatah lagi  menahan deru air  mata.

Bersabarlah kamu kerana aku yakin Allah sentiasa bersama kamu. Yakinilah bahawa ujian ini tidak didatangkan kepada mereka yang tidak mampu menanggungnya.

Mohonlah tanpa jemu keampunanNya untuk ibu. Tanggunjawab kita sebagai anak, tidak habis di sini. Anak yang soleh itu harta ibu di dunia dan laba buatnya diakhirat sana.

 

Al fatihah

 

 

3 thoughts on “Salam Takziah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s