Bos yang baik


Aku selalu bertanya-tanya. macamana hendak menjadi bos yang baik. Adakah menjadi sangat lenient dan popular itu boleh menjadikan sesorang bos yang baik atau adakah dengan mengikut buku itu menjadikan sesorang itu bos yang baik?

Pokok pangkalnya, sebaik mana kita merasakan diri kita sebagai seorang bos yang baik, aku pasti kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Jadi, bila kita menjadi bos, janganlah kita hanya mahu mendegar perkara-perkara yang mulus-mulus sahaja. Hanya mahu diberi pujian tetapi melenting sekiranya dilontarkan kritikan.

Bila kita dipuncak kuasa, memang ramai akan datang menghimpit berbuat baik. Baik ada makna…

Akan ramai manusia yang bermuka-muka tetapi belakang kutuk berjela-jela. Kita akan dapati ramai manusia yang hipokrit dan mempunyai kepentingan diri berjalan bersama-sama. Kawan yang ikhlas biasanya akan melihat kita dari kejauhan.

Lepas kita dah tak ada kuasa/kepentingan, kita akan lihat siapa sebenarnya yang mahu dekat dengan kita.. Selain family, mungkin ahli-ahli surau/masjid.

Kalaulah saya menjadi bos suatu hari nanti,  saya mahu berpesan dengan diri saya sendiri:

  1. Kalau kita mahu kata kita didengar, kita juga harus sedia mendengar kata-kata mereka.
  2. Jangan mudah percaya dan mengambil tindakan melulu tanpa menyelidiki kebenaran berita yang dibawa, takut-takut kita tersilap membuat keputusan
  3. jadikan diri kita motivasi untuk mereka dan mereka motivasi untuk kita…
  4. Jadikan tempat kerja tempat yang seronok untuk bekerja
  5. Always aware dengan office politics, jatuh menjatuhkan dan tikan menikam… kerana hal ini sememangya ada… bukan paranoia
  6. Berhati-hati berkongsi maklumat kerana bukan semua manusia boleh menyimpan rahsia.. kalau tak dengan isteri, mesti nak kongsi dengan girlfren or member baik.. ( and the circle will go on and on, and the story you told then eventually will come back to you)
  7. Don’t be too nice and don’t be too harsh… be stern but flexible
  8. Jangan ada pre judgement kepada seseorang yang belum pun kita kenal hanya melalui cerita dan khabar angin..
  9. Jangan menganiya orang walaupun kita ada kuasa/keupayaan untuk menganiaya (terutamanya kalau kita rapat dengan pihak atasan yang berkuasa)
  10. Kalau kita  sebagai bos boleh menegur orang, kita juga harus terbuka kepada teguran..
  11. Jangan membocor rahsia Kerajaan (haruslah kalau tak mahu kena penjara)
  12. Beramanah dengan amanah yang diberi..
  13. Bantulah orang seboleh mungkin dengan keupayaan yang kita ada, ..jangan mengungkit walaupun orang lain tak tentu akan membantu kita bila kita memerlukan bantuan… Allah kan  ada (Dia sehebat-hebat pemberi bantuan)

Setiap manusia diberi peluang untuk bermuhasabah sebelum tidur dan memperbaiki diri setiap kali dikembalikan nyawa pada pagi hari. Jangan sekali-kali merasakan kita ni manusia terhebat apabila kita mempunyai kuasa ditempat yang tinggi dalam hiraki organisasi. Yang meletakkan kita di situ adalah Allah, dan Dia juga boleh menurunkan kita pada bila-bila masa.

2 thoughts on “Bos yang baik

  1. suka ayat ni ‘Allah kan ada (Dia sehebat-hebat pemberi bantuan)’..insyaAllah segala sesuatu kesusahan dan ujian, pada akhirnya tersedia juga kemudahan olehNya. Janji Nya itu pasti.. jadilah yang terbaik untuk semua insyaAllah baik juga yang diberiNya (”,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s