nASI leMAK rOYALE


Sesiapa yang sampai ke negeri Kedah kalau tak try nasi lemak royale bagai tidak lengkaplah musafir anda. Nasi lemak royal ni sebenarnya adalah nasi kandar.. Cuma di Kedah, cara nasi yang di masak tak sama dengan nasi kandar biasa di tempat lain.

Kalau di Penang atau mana-mana tempat lain, nasi kandar adalah nasi putih biasa. Tapi kalau di Kedah, nasi kandar/nasi mamak adalah lebih kepada versi nasi berwarna.. samada merah/oren ala-ala nasi tomato ataupun kuning ala-ala nasi minyak. Rasanya memang tak sama dengan nasi tomato mahupun nasi minyak, hatta nasi lemak biasa.

Lauk faveret aku, dan kebanyakkan makhluk Allah yang datang ni adalah ayam madu dan daging masak hitam… (bukan masak kicap no)  + bendi rebus…

Ataupun yang tak sedar diri.. boleh pilih lauk ni… tapi tak advisable. Bukan sebab mahal (memang mahal pun) tapi biasanya kat kebanyakkan mamak, udang dan sotong selalunya tak berapa nak fresh..

Ayam goreng rempah dia pun not bad jugak. Cumanya kalau dapat ayam time panas-panas tu memang masyuk habis la kan..

Kalau yang tak biasa dengan jalan di Aloq Staq… nasi lemak royal ni letaknya di Lebuhraya Darulaman, dekat dengan Wisma Hijau Kuning (boleh search gps code). Kedai ni bukak petang sampai tengah malam saja. Kedai ni kira branch. Hq terletak di tengah bandar alor setar.. stall dalam kedai cina dekat Pekan Rabu.. takpe, next entry nanti aku kasi story.

Ada jugak branch nasi lemak royal ni kat Pantai Johore dan jugak di Bandar Darulaman Jitra Kedah. Rasa lebih kurang sama, cumanya teknik kuah taruk atas/campuran kuah oleh lain-lain pekerja tu yang membuatkan nasi kandar/lemak di tiga-tiga branch ni berbeza rasa… pada hemat tekak aku. Tapi sedap seperti biasa.

Di entry ini juga aku ingin merakamkankan ucapan terima kasih atas tajaan makanan kepada kami semua oleh cik lavidaadeline aka cik Ina of UUM Sintok. Nasi lemak daun keladi, nanti saya balik bolehlah belanja lagi.

bak kata orang kedah… pedaih sampai peluk bercerau…Kalau nak tau cemana rasa, sila oi sila, ke negeri kedah..

p/s:  Nasi Lemak Royal dekat food court Tiara Duta adalah imitation Nasi Royal Aloq Staq.. Bukan ori dari resepi owner di Kedah dan bukan jugak salah satu dari branch dia… patut la aku rasa lain…(dah la nasi kemut, boh se coet ja)

3 thoughts on “nASI leMAK rOYALE

  1. krukkk..krukkkk…lapaq nasi royale la plak…eh, mana gambar pinggan cik ina? kot ya pun dia makan sikit ja,kasi upload la jugak enchek emzack =) tq cik ina..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s