JJCM Tat Nasi Ayam Cyber


Semenjak dua menjak opis dah bertukar ke Putrajaya nih, langkah untuk menJJCMkan diri pun semakin menjadi-jadi tatkala diwaktu tengah panih lit-lit. Hari ni aku pun sebenarnya plan nak makan Kedai Mat Ayam Kampung kat Cyberjaya, tapi sebab keluar opis pun dah lambat maka ter’makan’ lah kat kedai Tat Nasi Ayam.

Sebenarnya, bagi yang dah biasa makan nasi ayam tat ni mungkin tak terlioq mana. Seperti jugak aku ni yang dah biasa sangat dengan tat nasi ayam nih. Dah nama pun orang Aloq Staq yakni di mana asal usul datangnya kedai ni. Daripada kedai kecik kat Mergong sampailah dah bercawang-cawangan dah la ni, aku still dok pi pekena sedaih dua nasi ayam tat ni. Alhamdulillah, macam ni la kita nak tengok anak melayu maju dalam bisnes. .

Cumanya, bila kedai dah banyak ni, of koslah rasa pun dah ada sikit lari dari yang ori di Aloq Staq. Biasalah. Nasi kandaq yang femes macam Kayu or  Pelita  pun lain branch lain rasa. Ikut ayaq tangan sapa yang handle kedai tu la agaknya.

Yang lainnya pasal Tat ni adalah cara masak nasi dan ayam dia. Biasanya kalau kedai yang jual nasi ayam, ayamnya mesti ala-ala hainan style. Tapi Tat punya nasi ayam adalah versi Melayu style. Ada beberapa pilihan menu ayam antaranya  ayam biasa, ayam garing, ayam black paper dan lain-lain yang aku pun dah lupa apakenamanya. Ayam garing adalah feveret aku forever seperti gambar dibawah

tat07
picture courtesy of http://sharinginfoz.blogspot.com

Malangnya aku telah gagal untuk mengambil gambar ayam-ayam tersebut kerana terlalu rakus akibat kelaparan yang teramat. Nak kata sedap teramat tu takda la, tapi kalau setakat nak makan nasi ayam yang sedap dan harganya berpatutan silalah ke Tat Nasi Ayam.

image
gambar yang dicilok dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/uniknya-tat-nasi-ayam-1.31798

Btw, mamat cashier yang struggle cakap key ell ngan aku walaupun aku baik punya balaih cakap kedah- bagitau bahawasanya ada lagi satu branch Tat Nasi Ayam kat Bangi yang dia sendiri tak tau seksyen berapa. Aku  dengan sendirinya pun terpaksalah menjadi tak tau dan untuk tau maka kenalah tanya pakcik google.

Sekian, dan selamat menjamu selera.

3 thoughts on “JJCM Tat Nasi Ayam Cyber

  1. Ayam goreng garing awak lagi cute dan comey, kecik2 ja..ditambah pulak dengan kebanjiran kicap dan sos yang menjadi kewajipan enchek emzack.. dalam gambar kt atas ni tak sama lorrr..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s