Tentang Manusia


Salah satu perkara pelik tentang manusia nih.. bila suka sangat tengok orang lain mengalami sesuatu yang tak indah lepas tu bercerita sana sini tentang kejadian tersebut, padahalnya orang tu tak pulak kacau hidup dia malah tak pernah pun bercerita/bergossip tentang hal peribadi sipembawa  cerita tersebut. Dengan erti kata lain, mahkluk sepesis ni suka sangat tengok kejatuhan orang.

Cer orang bercerita tentang buruk/aib dia merata-rata. Adakah dia sangat menyukainyeeee??? jawapannya tentulah tidak. Dah tu kalau tak suka orang bercerita tentang aib dan buruk kita, kenapa kita kena bercerita hal orang lain. Rumahtangga orang, biarlah orang tu yang deal with. Yang kita dok bercerita merata, menyebarkan fitnah tak tentu arah ni bukannya memberi sebarang manfaat pun.

Tak paham.. sangat tak paham..

Ni la culture yang ada dengan orang-orang kita, tak kira la melayu ke, cina ke, india ke. Culture yang hendaknya terbunuh lah benihbenihnya. Bab-bab nak bergossip tentang buruk orang ni la yang selalu jadi topik utama di pejabat-pejabat Kerajaan. Cer cerita macamana nak tambah baik mutu kerja ke, kan ke lebih baik. Bukan sahaja mampu mengcollect banyak pahala malahan juga mampu  memberi faedah kepada organisasi sendiri.

Tapi, cerita benda baik mana thrill. Kena cerita menda buruk baru ada yang nak mendengar termasuk la setan-setan yang syok mencucuk jarum. Cerita siapa skandal dengan siapa, rumahtangga siapa berantakan, sapa dah jadi janda, anak sapa masuk lokap, awek mana mengandung luar nikah dan couple mana yang nak clash serta lain-lain yang sewaktu dengannyalah yang paling mendapat sambutan ala-ala box office gitu.

Walaupun tak dapat bayaran ikut jam pun mereka ini mampu untuk berceramah hal-hal buruk orang tanpa henti berjam-jam lamanya. Nak-nak pulak cerita buruk tu terjadi pada orang yang memang dia tak suka. Siap tepuk tangan dan padankan muka lagi… ” ha tu la, dulu kan aku dah agak, dorang ni mesti tak jadi kawin punya”..

Walaupun aku malas nak pikir masalah ini, tapi masalah sosial seperti ini mencabar minda aku untuk mencari jawapan kepada persoalan aku iaitu ” apa syok sangat hari-hari mengumpat hal orang sambil mendoakan hal-hal buruk kat orang lain?” Tak rasa bersalah dan berdosa ke? ye la, dosa mana ada nampak. Kalaulah dosa boleh nampak macam mesin jackpot tu,, mau malaikat atib pencen, kan..

Tapi kata ustaz, cakap tu doa.. kalau kita cakap buruk pasal orang, maka doa tu akan berbalik kepada kita. Banyak dah contoh yang aku tengok depan mata. Aku pun bukannya tak pernah mengata kat orang. Pernah, sebab sakit hati punya pasal. Tapi tidaklah sampai menjaja cerita ala-ala mami jarum sampai menjatuhkan air muka orang ke tahap mengaibkan walaupun dalam sesetangah kes terasa macam nak mengaibkan je orang yang aku tak suka tu.

Bila pikir-pikir balik, kalau kita buat menda yang sama kat orang tu, tak ada bezalah kita dengan dia. Kira sama darjat, sama taraf. Biarlah dia mengumpat kita atau mahu menjatuhkan kita kerana kita tahu sekurang-kurangnya pada waktu ini, darjat kita lebih tinggi dari dia yang kaki mengumpat dan pembawa fitnah ni…

Sekian dahulu.. pikir-pikrkan dan selamat beramal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s