Happy Birthday to me..


Pada 1 Januari 1079 yakni 34 tahun yang lalu maka terlahirlah sesorang manusia yang mama dan abahnya bersepakat memberi nama Mohd Zaki.  Terima kasih mama kerana melahirkan aku. Walaupun aku ni bukanlah anak mama yang baik, tapi aku akan pastikan bahawa aku akan menjadi yang terbaik untuk mama…

Memandangkan aku ni anak bongsu merangkap cucu bongsu. Tiap-tiap tahun mesti mama akan usahakan buat sambutan hari lahir aku. Habis satu kampung dia panggey. Majlis takdak la segrand mana. Ada coklat kendos sikit, cikedis, snap (wafer coklat), gula-gula, biskut bulat  yang atas ada gula icing keras, air oren dan tak lupa bihun goreng. Kalau bajet lebih sikit adala mee kari (mak aku punya mee kari memang power). Kek mesti buat sendiri sebab kek beli mahal.

Takdak kek yang pasang lilin pastu hembus, takdak balon bagai, tapi meriah tetap meriah. Dulu-dulu, orang kampung datang just untuk memenuhi undangan ja, mana ada  datang bawak hadiah bagai. Namun begitu, dapat la jugak seringgit dua dari pakcik2 yang datang. Tu pun kira ok dah. Kalaupun ada yang nak bagi hadiah, just sedara mara yang rapat. Tu la sambutan birthday aku dulu-dulu.  Sambut sekadar termampu, Ukur baju dibadan sendiri. Janji mama mesti buat jugak majlis untuk aku.

Bila dah besar panjang ni rasa pelik pulak kalau ada yang nak bersambut bagai.

Cukup bagi aku sebuah sms atau panggilan telefon sebagai tanda ingatan. Kalau orang tu betol-betol baik ngan kita, dia mesti ingat birthday kita tanpa bergantung kepada notification Fb semata-mata. Tapi bukan semua orang mampu ingat Birthday kita. Maka FBlah sebagai salah satu alternatif mengingatkan kita kepada tarikh lahir kawan-kawan kita. Well, masa untuk terima perubahan.

Tahun ni ucapan yang aku terima baik melalui telefon, sms, dan FB tetap seperti biasa. Maklumlah, orang senang nak ingat tarikh lahir aku. Biasanya mereka yang sms atau call adalah orang yang dekat dengan aku. Alhamdulillah mereka masih ingat dan aku hargai ingatan mereka.

Tapi sepanjang hidup aku, tahun ni adalah antara sambutan yang paling sweet. Tak perlu nak impress sapa-sapa. Tak perlu nak menunjuk satu dunia. Betullah kata orang. Kadang-kadang, sesuatu yang simple itu lebih memberi makna. Yang penting, sesuatu yang dibuat dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang, kesannya akan lebih terasa.

Kadang-kadang yang kita plan tak semestinya menjadi, yang tak plan pulak yang menjadi. Jadinya, kalau kita sedar diri kita ni hambanNya, mesti kita tahu setakat mana limit kita sebagai hambaNya jugak. Kalau yang kita rancang tak mengikut perancangan, kita nak marah kat sapa sebenarnya kalau dah kita tahu Dia yang menentukan segalanya.

Tu la kehebatan yang Maha Berkuasa. Dia sehebat-hebat perancang dan Dia juga sehebat-hebat pelaksana.

2 thoughts on “Happy Birthday to me..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s