Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan


Seperti yang diketahui, PTD ni amatlah assobiyah dengan batch masing-masing. Assobiyah yang positif takpe ye, yakni sentiasa menjaga pehubungan/connection/networking sesama batch dan rakan se PTD.

Pada sabtu lalu, Batch aku yakni 1/2003 telah menganjurkan satu majlis reUnion ulangtahun sempena 10 tahun dalam perkhidmatan awam.  Kehadiran suku sakat 1/2003 amat menggalakkan sementelah mereka ini mengangkut sekali anak bini dan mak mertua untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Ada yang selalu jumpa, ada yang memang 10 tahun tak pernah jumpa. Rupa paras dan reka bentuk toksah cerita la. ada yang semakin mengecil ( okey, yang ni aku kagum), ada pulak yang semakin membesar/membulat. Ada yang rambut putih lebih banyak dari rambut hitam, ada yang semakin kurang rambutnya.

I kenot imajin another 10 years to come… erkkkk… Sesungguhnya tua dan mati itu adalah pasti..

Hmmmm…Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun aku dalam perkhidmatan awam. Rasa macam baru semalam ja tarikh 13.1.2003 ini berlaku. Dok teringat2 lagi nostalgia berhuru hara di DPA. Teringat hari pertama mendaftar di Intan Kiara dengan muka inesen sambil tiba-tiba disound oleh PP semasa tengah beratur pasal tak cukur janggutdan selepas itu kami diangkut ke IKWAS untuk kursus 2 minggu.

Balik dari IKWAS hari sabtu, Ahad dah nak start keja. Menjajau cari rumah sewa kat putrajaya. Huh!, kalau ingat-ingat balik, punyala susah masa nak start keja, dah la gaji 3 bulan kendian baru dapat.

 

Tu la, how time flies. Lepas ni, pejam celik pejam celik sekali lagi, tau-tau dah nak pencen..

Pejam celik pejam celik lepas tu, pejam tak celik-celik dah…

Sesungguhnya, sepak terajang 10 tahun dalam perkhidmatan awam banyak mengajar aku erti manusia dan kemanusiaan.

Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan kawan-kawan.. Luv you All..

248793_4603038828742_1517300681_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s