muflis???


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”

Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”

Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya.

Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)

…………………………………

Bila terdengar noks-noks yang ‘kuat makan ketupat’ pagi tadi, tetiba terteringat hadis kat atas..

Apa la salahnya pompuan tadi (yakni yang diketupatkan), yang takda kena mengena dalam hidup dia (yakni si pemakan ketupat) diketupatkan sewenang-wenangnya..

Tapi biasalah, kalau kita nasihat.. wahhhh..En emzack dah jadi ustaz…

Ok..Tak tau pulak aku, kena jadi ustaz dulu baru boleh kongsi benda baik…

Moga-moga dijauhkan aku dari muflis dunia dan akhirat.. aminnn

titik.

 

 

3 thoughts on “muflis???

  1. jom top-up pahala dengan amalan2 sunat jom… moga-moga dapat membantu menghapuskan dosa2 kita yang pernah mengketupatkan orang sebelum ini =P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s