Sofa IKEA dan Mat Bangla..


Akhirnya ruang tamu rumah sekangkang kera aku telah mendapat sahabat baru yakni sekeping sofa. Sekeping.. ?? hmmm

Sebenarnya bukan nak cerita beli sofa baru. Takdak niat. Sebenarnya nak cerita pengalaman dan pengajaran sewaktu proses membawa balik sofa.

Ceritanya cenggini.

Selasa lepas yakni semalam aku telah berjaya merabakkan poket di ikea. IKEA lagi dan rabak lagi. Asalnya memang menyalah guna  duit bonus nak beli sofa je. Tapi dasar IKEA (eh, nak salahkan IKEA plak) terbeli gak la dua tiga ketul produk yang lain. haihhhh… nafsu,,nafsu.. (salahkan nafsu pulak….)

Orang punyala ramai tak hengat. Macam semut api di pinggir kali. lagi satu, time nak bayar pun  satu hal. Punya panjang Q. Takpe, sabar …

Time nak masukkan sofa dalam keta dah satu hal problem masalah baru. Sekali IXORA yang macam van sekolah tu tak muat. Ha sudah.. Suspen betol.  Kalau tak muat terpaksa la aku bayar extra caj penghantaran.

Ejas sana ejas sini tak muat… pasrah. Dah la sofa tu boleh tahan berat. Raso nak tercabut belikat den sebelah kiri ni ha.

Nak dijadikan cerita,  mamat bangla yang tolong kitaorang usung sofa ni bagi idea. Dia suh bukak kotak tu. Amik isi dalam je. Yang buat extra panjang dan tak muat keta tu adalah disebabkan kotak.

Kenapa la aku dan En Reket tak terpikir nak wat gitu awal-awal lagi.. Ye la, biasanya kalau aku beli perabot/barang ikea, biasanya yang kecik2 ja. Paling besar aku penah beli pun kabinet tv yang muat2 body cik Sity kalau dimasuk ngan kotak pembalut tu.

Di pendekkan cerita, hasil cetusan idea genius mamat bangla ni maka aku dan En Reket dengan jayanya telah selamat membawa sofa itu pulang ke Seri Bangi. Dan petang itu jugak aku dengan gigihnya menyiappasangkan sofa tersebut. Tak la susah sangat seperti yang aku bayangkan sebelum ni.

Terima kasih En Reket sebab tolong saya ya..

Sekian cerita sofa IKEA dan mat bangla pada petang ini..

Moral of the story

1. Masalah yang kecil boleh jadi besar kalau kita tak tau macamana nak selesaikan.

2 Setiap yang berlaku mesti bersebab dan setiap masalah mesti ada jalan keluar. Janji kita kena kreatif macamana nak selesaikan, bukan nak burukkan lagi keadaan.

3. Jangan look down upon others. Walau setinggi mana ilmu/sijil/ijazah/ yang kita ada, kita bukanlah pandai semua menda. Kadang-kadang orang yang tak sekolah tinggi itu lebih smart daripada kita.—>Errrr dua-dua ada master, bangla jugak yang tolong selesai. –> mungkin mat bangla itu ada PhD dari mana2 negara, sapa tau???

4. Kalau kereta sekadar saiz ala-ala cik Sity, tak payah la feeling2 nak angkut 3 seaters sofa sendiri.. bayar je kat lori IKEA..selesai.

5 thoughts on “Sofa IKEA dan Mat Bangla..

  1. alhamdulillah dan tahniah… akhirnya proses pencarian sofa secara intensif telahpun berhasil… berjaya juga mendapatkan sofa yang menjadi idaman kalbu setelah sekian lama. meskipun poket sedikit rabak, at least nampak la jugak ke mana peginya duit bonus tu kan? money well spent =)

    tentang abg bangla itu, true enough, never underestimate people… setiap orang ada kelebihan dan kekurangan kan? masing2 ada expertise masing2, in this case, specialization abg bangla tersebut adalah pack, unpack dan sewaktu dengannya mungkin… ntah2 sebenarnya beliau ada phd dari negara asal, tapi saje je nak kerja di ikea mesia.. siapa tau kan? hehehe… papepun, syukur di atas kehadiran beliau mngoffer idea yg marveles ketika itu…

  2. Rumusan kisah yang sangat baik. Macam pertandingan bercerita. Nice writing as well.

    Tahniah! Dah masuk rumah baru. Semoga bertambah rezeki hendaknya.

  3. kuat update belog.
    tak gi mana mana ko raya cina?
    apa2 pun tahniah la dapat jumpa sofa yang berkenan di hati.
    bila ntah nak buat housewarming.
    ke nak tunggu ada suri rumah hehe
    okay boss…
    all the best.
    abang bangla tu mungkin setiap hari mengadap situasi sebegitu, so many times, he’s now an expert in that area.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s