kuciwa


Kadang2 aku sangat kuciwa dengan sistem yang ada.  Kita buat peraturan, kita buat dasar, kita buat sistem. Tapi bila kita ada kepentingan, kita langgar semuanya. Kita kecualikan diri kita dari sistem yang kita cipta hanya untuk orang lain ikut, bukan kita.

Apakah?

Kita ada SOP. Kita ada pekeliling. Bila pekeliling tak mengikut kehendak kita, kita kata pekeliling dan peraturan tu yang tak betul. Tapi, bila kita langgar hukum Allah, tak pula kita question hukum tu tak seperti yang kita mahukan.

Apakah undang-undang, dasar dan peraturan hanya untuk orang kebanyakkan macam aku (atau kamu)? Anak-anak aristokrat, birokrat dan orang berpengaruh tidak terangkum dibawah segala macam peraturan inikah?

Sama juga dengan isu kabel-mengkabel ni. Kalau kabel besar, senang je dapat ‘sesuatu’. Kalau takdak kabel, meratap merayu, walaupun apa yang dimohon terang-terang layak, pun tidak dilayan.

Apakah?

Bagi aku, kabel dan network dua perkara berbeza. Networking adalah salah satu cara of make thing done according to the rule in a faster way. Kabel adalah, dah terang-terang tak layak, tapi nak ‘jolok’ masuk jugak permohonan tertentu. Contohnya dalam kes nak dapatkan pekerjaan dalam skim ‘elit’ Kerajaan.

Adalah sangat zalim, sekiranya kita membenarkan sesuatu yang terang-terang tidak menepati kehendak peraturan yang kita cipta. Orang yang benar-benar layak, ikut segala macam peraturan, pergi program itu dan ini, tak dilantik bekerja. Tapi anak orang itu, anak orang ini, tak lepas peringkat tapisan/peperiksaaan memasuki perkhidmatan awam pun lepas dilantik.

Sedar atau tidak mereka ini berlaku zalim kepada orang yang lebih layak dari anak beranak mereka. Kalau anak-anak mereka ni benar-benar layak, kenapa takut nak bersaing dengan cara yang betul. Play in the same level playing field. Kalau layak, layaklah, tak kira anak siapa sekalipun.

Ada orang bisik kat aku–>bayangkan, cara masuk kerja pun dah salah, apatah lagi hendak melakukan pekerjaan dengan betul dan telus (andaian semata-mata). Macam kita susun bata nak buat rumah, dari mula susun bata tu dah kena betul cara. Kalau mula tak betul, ada kemungkinan dinding tu boleh roboh.

Kalau yang dapat projek dengan cara kabel ni, kita boleh tengok hasil kerja mereka dalam masa yang singkat. Sangat tangible. Tapi kalau orang-orang yang dibawah kelayakan ni masuk gomen, kesan kepada perkhidmatan awam adalah dalam jangka masa panjang.  Kesannya kepada anak cucu kita kelak.

Ada juga point bisikan dorang tu. Basically, asas kepada sesuatu perkara kena betul. Kalau akarnya lemah, takkan pokok boleh berdiri gagah.

Aku tak mengharapkan ketelusan. Sebab dalam gomen, menjaga kerahsiaan adalah salah satu kewajipan. Cukuplah mereka memegang kuasa, beramanah dengan Allah dan hambanya. Cukuplah andaikata sesuatu pekerjaan itu dibuat berdasarkan undang-undang dan peraturan yang sekian lama menjadi panduan kita.

Berlaku adil dan  saksamalah kepada semua orang. Pekerjaan kita bukan hanya pada nilaian tahunan manusia semata-mata. Nilaian Allah nak kena tengok juga.

Teringat kata-kata datuk Nikah Kawin dalam cerita musang berjanggut..

“…..itu salah besar! Salah besar! “Eh salah jugaklah …tapi itu tak jadi hal sebab undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin, itu semua boleh paderm (padam)

God bless Malaysia.. tanah tumpah darahku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s