kolestrol dan nasi kandaq


Akhirnya jawapan kepada ketidakselesaaan badan aku lately adalah akibat daripada kadar kolestrol jahat yang agak tinggi. Makanya, buat sementara waktu ni kenalah aku berdiet barang sebulan dua untuk merendahkan kadar kolestrol tersebut.. Al-kisahnya

Namun begitu, bagi tidak menghampakan sahabat-sahabat yang hendak bertandang ke Negari Kedah pada cuti sekolah yang akan datang, maka di sini aku listkan beberapa kedai nasi kandaq yang aku pernah try di sekitar Aloq Staq

Nasi Kandar Ramli– Ni nasi kandaq tokey melayu piaw..–> sebelum trafik light simpang empat kangkung kalau datang dari alor setar dan menghala ke Penang.

Nasi Kandaq Royal– Best in alor Setar– siang depan pekan rabu.. malam– Pantai Johor, sebelum Istana Anak Bukit, Tanah Merah (bandar Darulaman)–dan Kompleks Hijau Kuning–> Marveles lima bintang

Nasi Syam @Restoren Mee Syam— Jalan Gunung Keriang– sebelah kiri dalam 50 meter dari stesyen minyak Petronas–>pasemboq terbaekk

Nasi Kamal@ Restoren Mee Kamal— 50 meter dari pintu utama Istana anak bukit— >sini mee goreng dan koeteaw goreng mamak dia pun terbaekkk

Nasi Kandar  Ali– Pantai Johor.. depan Masjid Bukhari Pantai Johor–> mee rebus okay–pasemboq failed…

Nasi Kandar zam-zam— dekat lorong merpati, lorong depan KSAH/ tepi Sekolah Menengah St Micheal

Nasi kandar Yasmeen— depan sikit daripada Hospital lama menghala ke stadium Darulaman–> menu wajib setiap kali balik kampung

Nasi kandar Ahamediah aka pokok Ceri— Sebelah Nasi kandar Yasmeen.–>so-so ja, tak la best sangat

Nasi lemak Ali— Jalan Pegawai–sebelah kiri lepas turun Jambatan Pekan Cina/sebelah kedai makan Bunga Tanjung–>Lama jugak dah tak makan kat sini..

Nasi Lemak Aminres — Jalan pasar lama.. dekat2 dengan Restoren Nasi lemak Ali nih.–> pun sama jugak, dah lama tak pi pekena..

Btw, kat kedah, biasanya nasi kandar juga di sebut nasi lemak. Sila lah terai. Mana tau kot2 ada yang kena di tekak. Walau bagaimanapun, sesiapa yang boleh berkompromi tentang tahap kebersihan, bolehlah teruskan usaha murni JJCM anda di kedai mamak sekitar Alor Setar..

Sekian.. wabilllahhitaufik walhidayah

Assalammualaikum w.b.t.

One thought on “kolestrol dan nasi kandaq

  1. harapnya perjalanan beribu-ribu batu merentasi lautan dan benua Eropah sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kolesterol jahat yang sedia ada… kalau tambah pun harapnya adalah lemak-lemak manja yang hadir kesan daripada masakan yang ditambah perencah kasih sayang yang membuak2 =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s