teringat nak makan laksam


Haritu, time balik kampung tetiba terasa nak makan laksam. Kebetulan, kawan-kawan time zaman skolah dulu dah jadi tokey laksam. Dengan tidak semena-mena aku telah membuat keputusan drastik untuk merempit bersama seorang sohabat daripada kampung Tok Keling menuju ke gerai beliau. Rempit menggunakan cik Sity sebab cik wawa roadtax tak renew lagi.

Pencarian gerai beliau ini di kira berbaloi pasal  laksam dia ni sedap. Bak kata orang, buat laksam nak bagi orang makan, bukan semata-mata nak duit orang.

Disebabkan gerai laksam beliau jugakla terjadi jejak kasihan. Mana taknya, dah lebih 15 tahun kot tak jumpa si tokey gerai laksam ni.

Gerai laksam ni lokasinya sebelah dengan fahmi Bundle, sebelum trafik light nak ke jeti feri Kuala Kedah.

IMG-20130319-WA0002

kelihatan tokey laksam  sedang sibuk menguruskan kedai beliau yang sambil berlari2 anak mengelak flash camera aku

IMG-20130319-WA0001

Ini la rupanya laksam versi utara. Isi sama ja macam laksam Kelantan, Tapi kuah laksam utara ni macam kuah laksa tetapi di campur santan dan tak begitu manis macam kuah laksam versi Kelantan. Yang manis hanyalah air sirap dan tokey kedai laksam.

Untuk tekak utara macam aku, memang puas hati makan laksam kedai ni. Kuah pekat. Kalau dah tahap aku hirup kuah sampai licin tu sedaplah maknanya

Kalau sapa-sapa terasa nak makan laksam, boleh la singgah ke kedai beliau.

Sekian laporan JJCM versi balik kampung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s