Yuhuuu


Telah lama kiranya hamba tidak mengupdate blog hamba ini. Bersawang sudah seperti bersawangnya alang sebesar lengan dirumah hamba lagaknya jua.
Adakah ceritera baru yang hendak hamba persembahkan?? Tiada jua yang menarik perhatian tuan-tuan yang terutama di luar sana.
Kiranya belum sepurnama hamba bertukar tempat mencari barang sesuap nasi. Hamba sekarang berada di bawah memanda menteri yang menjaga hal ehwal kesihatan rakyat jelata negeri ini. Kerja hamba di sini agak mencabar kewibawaan serebelum, sereberum, medula oblogata dan juga koordinasi otot selangka.
Motor fikir dan taakul hamba juga kembali hamba pertajamkan kerana terlalu lama terendam tanpa dilangir limau. Karat yang menebal semakin susut keraknya. Nampaknya begitulah sepanjang seminggu dua hamba berada dibawah titah Dato Menteri yang satu ini.
Beruntung jugalah hamba kerana adanya rakan sekerja yang membantu hamba memahamkan kitab separa purba yang begitu memeningkan kepala. Peraturan-peraturannya sahaja berkajang-kajang  sepertinya hamba mahu sahaja merebus kitab-kitab  itu buat penawar airnya. Banyak sungguh undang-undang di dalam ini negeri yang perlu hamba ingat. Kasihan kepala hamba kerana rambutnya bakal bertukar warna sebelum menjelang waktunya.
Cukuplah dulu nukilan hamba petang ini. Izinkan hamba berundur diri dahulu. Barang ada kesempatan dan di izinkan yang Maha Esa kelak hamba menglipur lagi.
Salam tinta kelabu jingga..
Sekian, salam kasih sayang buah kepayang. Takda duit abang melayang..
-Awang Emzack eye-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s