kata orang pada aku


Musim kenduri kahwin ni selalunya aku dapat default question. “Bila lagi?”..

Dulu-dulu, katanya orang perempuan ja fobia dengan soalan ni. Sekarang lelaki pun sama naik ja fobianya. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kahwin, tapi nak share sesuatu yang aku dapat dari staff aku time aku lepak pantry minum suatu ketika dahulu.

Bila pikir-ikir balik, betul jugak apa yang dia kata. Persembangan kami berkisar soal jodoh.

Ringkasnya ialah, wanita yang tidak berkahwin ini pada masyarakat melayu khususnya seolah-olah satu perlakuan devian. Dorang ni macam alien. Macam orang cacat. Dipandang pelik. Macam ada yang tak kena dengan hidup dorang. Pendek katanya pompuan yang tak kahwin ni menjadi satu pendemik yang akan memusnahkan negara.

Padahal bukannya concern sangat pun nasib dorang ni. Orang yang suka mengata ni saja nak mengata sebabnya mereka ni dah selamat kahwin. Padahal tak tentu lagi hidup dorang lebih selamat dan  lebih bahagia dari para wanita bujang ni.

Bukti sahih berlambak kat depan mata. Wanita bujang ni hidupnya lebih teratur, aman, tersusun dari orang yang beranak pinak.  Dan biasanya, dari apa yang aku lihat, wanita yang menjaga solat, mata dan lidah mempunyai keluarga yang lebih mantap dari pompuan berkeluarga tetapi mulut lidah macam jembalang tanah.

Bab ni aku setuju. Apa hina sangatka pompuan yang tak berkahwin atau menjanda ni? Sampai seolah-olah mereka ni melakukan kesalahan jenayah/sosial yang maha besar. Mereka ni bukanya menggangu hidup orang. Lainlah kalau  nak sakit hati kalau si pompuan ni pi dok kacau laki dia. Tu pun sebab laki dia sama ja manggatal, kalau tidak tak jadi punya.

Inilah konotasi sosial masyarakat melayu yang masih jumud. Lupa yang jodoh dan pertemuan itu bukan atas ketentuan manusia. Memang lah kena berusaha, tapi ketentuanNya dari Allah jua.

Yang kawin tu pun tak tentu bahagia sampa ke syurga. So kenapa nak pandang rendah kepada so call anak dara tua ni. Tak berdosanya kalau mereka ini memilih untuk tidak berkawin sekiranya perkahwinan itu bagi mereka tak tentu lagi bahagianya. Nak-nak wanita yang berkerjaya. Tak kan nak serah tengkok kat lelaki yang secara ekonominya  semua benda pompuan nak kena tanggung..kan? Tak boleh nak salah ke dorang jugak.

Mereka ini lebih berani daripada pompuan yang tergedik-gedik nak kahwin sebab umur dah banyak tapi masa depan tak tau lagi nak hala ke mana. Janji kawin. Sebab, tak nak di cop anak dara tua dan boleh eksyen kat kawan-kawan yang tak kawin lagi. Lagi penting masyarakat dah tak pandang slack sebab dah kawin.

Kepada mulut2 puaka yang dok sebok-sebok orang lain tak kahwin, lebih baik ambik masa yang disebokkan tu letak dekat hal ehwal rumahtangga sendiri. Yang ada bini jaga bini bebaik. Yang ada laki jangan sampai laki pasang satu lagi.

Sekarang ni tuhan bayar cash.  Kepada yang dah berkahwin, elok doakan kawan-kawan kita di dipertemukan jodoh.  Daripada tambah dosa mengata kat orang. Dia kawin ke, tak kawin ke, bukannya dia minta duit hang. Kalau dia sakit atau tua esok pun takdenye dia nak datang ketuk umah hang nak suh hang jaga depa. So please bother something else which more useful to your neuron usage.

2 thoughts on “kata orang pada aku

  1. Sangat setuju 100%!!Kadang2 pelik juga difikirkan kenapa status diri seseorang yang jadi pertikaian…padahal bukannya jadi main issue pun..kalau dah jadi hobi mengumpat suka cari salah kurang orang lain memang dah tak boleh buat apa..memang susah untuk golongan yang serba kurang nie nak hidup aman tenteram..serba tak kena sahaja…padahal tak ganggu kehidupan orang lain pun..kasihan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s