Masak-masak di Raya Haji


Sejak awal tahun ni aku telah menjumpai satu hobi baru.. iaitu bermain masak-masak. Hobi yang menyeronokkan di samping menambah ukur lilit perut dan juga pinggang.

Memasak is fun activity sebenarnya.  Bila dah kita jumpa sukatan dan cara yang betul dan tgk pulak orang yang makan masakan kita tu makan  dengan penuh selera… Huh!..kepuasan memasak itu sukar untuk digambarkan.

Owh ya… tidak lupa juga kalau kita mempunyai ciken helper (kitchen helper) yang setia dan berdedikasi.. pasti kerja memasak akan menjadi lebih mudah… main order ja suh potong itu ini… hohohoho..

Tapikan… memandangkan memasak adalah hobi maka tugasan memasak hari-hari macam sang isteri or si ibu pastilah tiada jua berseronok atau beronok2 jua.

Pasal tu aku tabik spring kat wanita-wanita bergelar isteri dan ibu yang tiada jua jemu-jemu memasak untuk keluarga mereka. Kalau aku.. hmmm ..pengsan,,,,

Antara hasil air tangan aku ( tangan di basuh dengan sabun lifeboy) semasa mengoptimumkan penggunaan daging korban pada hari raya haji yang lalu ialah..:

wpid-2013-10-15-16.33.17.jpgwpid-2013-10-15-22.03.22.jpg

tadaa.. burger bakar di bakar di dalam pemanggang ikan ajaibbbbbb…

 

terima kasih kepada Pakcik google… memasak sambil hp berada di atas meja… koh koh koh..  Sedap?? Entah la.. tapi licin jugak la 14 keping burger yang aku buat. .. Err.. tak kan nak puji diri sendiri.. masuk bakul angkat sendiri la pulak… huhuhu..

 

Aku juga berjaya menghasil udang butter yang sedap. Walaupun sedap adalah subjektif dan sukar untuk di ukur secara empirikal, namun pemerhatian menunjukkan bahawa tiada seekor pun udang berjaya diselamatkan dari menjadi mangsa pada tengahari tersebut..

wpid-2013-10-17-14.12.34.jpg wpid-2013-10-17-14.10.46.jpg

 

Lihatlah kadar telor2 di atas udang yang telah di makan secara berkadar malar di mana tak sempat hidang lagi, telor2 tersebut telah berkurang seperi gambar di sebelah kiri anda.

Pinggan yang licin gagal untuk di ambil kerana pemangsa cuba untuk menghilangkan bahan bukti dengan melarikan pinggan tersebut ke singki secepat mungkin.

 

Sekian jua cerita yang dah basi sebab malas nak update jua.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s