Teksi Blue bird


Bila aku surf2 pasal travelog ni, dah banyak orang cerita pasal travel ke Jakarta- Bandung. Jadi aku rasa informasi mereka telah begitu padat dan tepat. Time aku nak travel tempohari pun aku aku surf-surf gak. Maklumlah bajet traveller.

Nak cerita pasal trip aku ke kota cinta haritu pun tak tercerita. Nantila.. tgk2 gambar balik baru boleh recall.

Cumanya bila kita backpacing dengan bajet yang terhad ni, kita akan berjumpa dengan seribu satu perkara yang lebih menarik berbanding kalau kita travel dengan tour company. Guna public transport kalau nak ke mana -mana adalah sedikit mencabar dan memakan masa berbanding guna kereta sewa bersama pak supir.

Antara public transport yang aku guna ialah teksi selain mikrolit.

Sebelum aku ke Jakarata, orang dah pesan kat aku, kalau nak ambil teksi di Jakarta ataupun Bandung, teksi yang paling reliable adalah bluebird.

Berdasarkan pengalaman, aku boleh katakan bahawa ianya benar. Bukan saja soal harga, malah servisnya bagus, dan pemandunya sopan. Satu imej yang bagus untuk perkhidmatan teksi di Kota Jakarta.

 Di Bandung dan Jakarta, ada teksi kaler seakan blue bird tapi tak pakai meter. Kat Bandung aku kena tipu dengan teksi cap Putra. Jalan se coet je dah caj aku RP 50 000. Padahal kalau pakai meter dalam RP 12 000 ja. Siut kan? Ironically, teksi ni guna proton wira dan waja.

Setakat yang aku naik bluebird ni, teksi2 dorang ni kemas, bersih dan pemandu pakai uniform company. Takda pulak aku bau rokok ka hapak ka kat dalam kereta macam sesetengah teksi kat Malaysia.

lagi satu yang aku baru tau, teksi bluebird ni beroperasi dengan jenama lain di bawah satu group of company. Ada satu masa tu kat stesen keretapi Jakarta Kota, berjanggut  jugak aku dok tunggu teksi cap burung ni ni tak lalu-lalu. Dah la area tu macet tak kira waktu..

Rupa-rupanya PUSAKA, MORANTE, CENDERAWASIH juga adalah teksi di bawah bluebird group. Belambak2 dok pass by masa aku dok tunggu tu. Aku buat derk ja. Nak jugak tunggu blue bird yakni cap burung punya pasal.  Manala aku nak tau. Tengok kat pintu takda tulis bluebird pun. Lambang pun tak macam bluebird. Lambang telor ada la.. . Kat pintu pun tak tulis bluebird.. huhuhu..

vehicles-BBP

 

Rupa-rupanya juga  kat cermin depan (windscreen) ada tulis bluebird group. Mana aku nak terperasan bila tgk dari tepi. Nak tau lebih lanjut boleh usyar kat sini..http://www.bluebirdgroup.com/passenger-transportation/regular-taxi-blue-bird-pusaka/safety-tips

Sekian dulu untuk kali ini. Nanti aku cerita pasal keretapi dan mikrolit serta angkut pulak…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s