MARI MAKAN PASEMBOR


wpid-2013-10-14-18.41.15.jpg

Pasembor adalah nama lain bagi rojak. Rojak pasembor kata orang Key Ell. Orang utara sebut pasembot.. bukan pasemboq ya. P.A.S.E.M.B.O.T…. Sebut betul-betul. Di Alor Setar, kebanyakan kedai mamak ada  menjual pasembor sebagai salah satu  menu utama selain mee goreng, mee rebus dan nasi kandar. Kecualilah kedai mamak tu betul-betul jual nasi kandaq sahaja.

Pasembot utara ni kuahnya agak manis. Biasanya depa guna kuah ubi keledek/kacang. Kalau dalam kuah tu nampak lagi kacang, tu namanya kuah tauhu sumbat atau kuah cucur udang. Biasanya kuah pasembor ni kacangnya akan di blend halus sampai tak nampak kekacangannya (eh betul ke ayat aku ni?)

Selalunya orang konpius antara kuah pasembor dengan kuah cucur udang. Area K.L ni aku tak sure mana pasembot utara yang sedap. Dah try jugak banyak tempat, tapi masih tak memenuhi ekspektasi. Samada bahan-bahan macam timun atau sengkuang yang di hiris sebesar batang balak, atau pun kuahnya yang sangat fail.

Dulu masa aku kecik-kecik, banyak orang jual pasembor dengan  cara naik motosikal. Contoh kat atas ni adalah pasembor Brader Halim. Lama jugak dia berniaga pasembor ni. Biasanya aku akan cari dia di pasar-pasar malam sekitar rumah aku. Gambar ni aku amik masa aku beli di pasar malam Taman Aman Alor Setar last month. Hari Jumaat dia meniaga kat Pasar Malam Pantai Johor.

So kalau nak makan pasembor yang enaksss, jemputlah merasa pasembot utara di utara..

sekian.

3 thoughts on “MARI MAKAN PASEMBOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s