jenis manusia


Ada jenis manusia. Jenis yang dia saja betul. Dia saja alim. Dia saja warak. Orang lain semua tak betul belaka. Mengaku warak, tapi mengumpat dan mengata. Eh bukan mengumpat katanya, bercerita supaya orang lain dapat mengambil iktibar. Ye la tu. Kalau dah bogelkan semua aib orang, mengambil iktibar penamanya.

Pernah aku jumpa, kat tangga masjid pun sempat lagi mengumpat. Astaga. Sebenarnya ini bukan nak suruh orang ambik iktibar, tapi nak melepaskan rasa dengki, sakit hati yang teredam didada. Nak melepaskan ‘bengkek’ di hati. Biar padan muka si polan bin si polan.

Berhujah macam lagi terer pada alim ulamak.  Habis semua alim ulamak ditidakbetulkan.Ustaz ni sesat, ustaz tu politik, ustaz ni hubbundunya. Maki-maki orang ni sunat katanya. Kalau maki musuh, orang jahat, orang yang berlainan fahaman politik tak mengapa. Dorang ni memang layak di maki.

Kalau betul kita ni dari kelompok so call Islamist atau kumpulan ideologi yang berteraskan ajaran Islam, kenapa kita tak tunjuk tauladan yang baik. Berakhlak dengan akhlak Nabi. Ikut apa yang nabi suruh. Tinggal yang Nabi larang. Nabi tak suruh kita maki hamun, kata nista, mengaibkan orang. Nabi tak suruh kita putuskan silaturrahim, bermasam muka sesama Islam.

Silap haribulan orang yang kita maki tu jauh lebih baik dari kita. Silap-silap hidayah yang dia dapat jauh lebih hebat dari kita. Kita yang claim dalam hidayah Allah pun masih lagi dok sakit hati kat orang tu, meluat kat orang ni. Masih lagi nak tengok orang yang kita meluat/benci/tak suka jatuh tersungkur melutut kat kaki kita. Ada yang sampai tak bertegur sapa dengan jiran dan rakan.

Kita ni nampak molek, nampak cantik, nampak hensem sebab Allah tutupkan aib kita. Cer Allah telanjangkan aib, maunya dibuat tembok 12 kaki keliling rumah. Keluar rumah pakai topeng muka orang lain Macam cerita face off tu.

Kerja bagi hidayah ni kerja Allah. Siapa kita nak menilai kerja Allah. Siapa kita nak hukum orang ni masuk syurga, orang tu masuk neraka. Mana tau hari ni dia la bapak segala kejahatan, esok-esok dia jadi manusia yang paling beriman.  Siapa sangka ustaz farid ravi, Riduan Tee yang dulunya bertuhankan selain Allah, sekarang lebih tinggi ilmu agamanya dari kita yang lahir-lahir sedia Islam?

Jangan jadi manusia tak sedar diri. Pandai sikit, kaya sikit, berdarjat sikit mulalah nak letak diri setaraf tinggi dari orang lain. Hebat setara mana sekalipun, asal kejadian sama ja, dari setitik air yang hina. 

Jadinya, jangan la terlalu memandang masa lalu seseorang. Semua orang buat silap. Tak ada apa yang boleh dia buat untuk mengubah masa lalu. Hanya yang dia boleh buat adalah mengolah masa depan. Jadikan masa depannya lebih baik. Terimalah seseorang itu seadanya.

Buatlah kerja yang selayaknya manusia buat. Kerja Allah biarlah Allah saja yang buat. Macam soal jodoh. Kerja kita usaha, kerja Allah menentukan bila. Kita boleh tetap tarikh, buat persiapan itu dan ini. Tapi samada ianya berlaku seperti yang dirancang, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s