KEMAHIRAN MENGURUS ORGANISASI


Tajuk saja dah macam gempak. Tapi kali ni aku nak bincang dalam nada santai. Stress oo kalau berakademia tak tentu arah ni.

Kebetulan aku berada di dalam bidang pekerjaan yang memerlukan aku menjadi seorang yang mengurus. Mat saleh kata management. Bukan senang nak mengurus dan pada masa yang sama memimpin. Kalau ikut semua teori leader and manager ni memang susah la. Nama pun teori.

Gomen ni ada banyak peraturan dan undang-undang. Kalau binding segala macam surat arahan, pekeliling dan surat pekeliling, rasa-rasanya boleh cecah siling kot. Semuanya kena ikut buku. boleh, kalau nak fleksible, tapi harus dalam regangan peraturan.

Aku tertarik nak berbincang akan sebuah organisasi yang pernah dua tahun aku berkhidmat di situ. Namanya memang gah serata negara. Kuasanya besar. Gerun orang mendengarnya. Maklumlah, tugasnya menentukan hala tuju  sumber manusia perkhidmatan awam negara. Bukan kecik-kecik anak peranannya.

Organisasi seperti ini seharusnya mempunyai seorang leader dan manager yang hebat, berani, bijak dan berwawasan. Tidak terperangkap di dalam kotak birokrasi dan tingkat kuasa sesebuah organisasi. Seharusnya menjadi sebuah organisasi contoh yang fleksibel dan dinamik.

Orang yang mengetuainya harus lebih terbuka kepada idea-idea baru, lebih objektif dan berwawasan jauh. Jangan sekali-kali mabuk dengan pujian, bodekan dan kipasan. Idea distruktif pada kita mungkin konstruktif pada orang lain. Justeru, kritikan kepada kepimpinan bukanlah bererti satu penentangan.

Aku sayangkan organisasi ini. Tempat di mana skim yang aku sandang ini bernaung. Harapan yang diletakkan kepada Organisasi ini sangat tinggi melangit. Begitu juga pegawai-pegawainya. Kita tegur, kita kritik, kita marah sebab kita sayang. Kita tak mahu Jabatan ini terus hanyut dengan idea gah yang pada hakikatnya tidak sepraktikal mana. Janganlah jika didalam pun tak boleh menegur, apatah lagi kalau di luar.

Waspada dengan idea muluk yang pada mata kasarnya molek-molek belaka. Waspada juga kepada budaya satay.. Cucuk bakar dan kipas. Yang tinggal kepada kita satay yang rentung, kerana asyik  di buai angin kipas. Satay yang elok habis di makan orang. Gunakan fakta sejarah Si Kitul  sebagai pengajaran

Pandai bercakap, bijak memberi pendapat, petah berkata-kata, tak semestinya baik juga hasil kerjanya. Beri peluang yang baru belajar. Yang lama harus menunjuk ajar. Kadang-kadang level KSU pun masih memerlukan tunjuk ajar, patah lagi setakat PSU/KPSU.  Ekspektasi harus seiring dengan kemampuan seseorang.

Jangan jadi dinasor. Kuat, gagah, hebat… Akhirnya pupus juga dek penangan persekitaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s