dunia dan kebencian


Dunia ni patut dipenuhi dengan kasih sayang. Baru la sekeliling kita rasa sejuk dan menenangkan hatta seterik mana pun matahari.

Namun, fitrah manusia mesti ada rasa benci. Kita bukan robot. Kita manusia yang ada perasaaan. Bila dah benci, semua yang baik akan hilang. Yang positif semuanya bertukar negatif.

Kalau pernah ada kebaikan dari orang kepada kita pun, akan kita lupakan. Demi membaja sebuah kebencian, kita siram dengan segala isi hati kita yang membusuk. Kita percikan jua kebencian kita pada alam sekeliling. Tempias jugak kepada orang yang ada di tepi, depan dan belakang. Kita mahu mereka juga membenci seperti mana kita membenci.

Kebencian tidak mengubah yang jahat menjadi baik.  Kebencian hanya merubah rona muka. Muka yang penuh gelora kebencian jarang ada cahayanya. Pudar dan kusam. Benci sampai ke tulang hitam.

Untuk cantikkan muka, Allah ajar kita benci sesuatu yang Dia benci. Cukuplah had kebencian kita berlingkung di situ.

Tukarkanlah kebencian kita sesama manusia kepada kasih sayang.

Hanya dengan itu, tiada lagi kanak-kanak yang kehilangan ibu dan bapa. Tiada lagi perperangan, tiada lagi pembunuhan.

Tiada  santau santauan, bomoh-bomohan.

Ubatkan benci dengan kemaafan. Walaupun pahit, walau perit, kemaafan itu ubat yang paling indah. Kalau kita tidak mampu memberi maaf, mungkinkah kita mampu menerima kemaafan dari orang lain.

Kita sendiri tidak maksum. Penuh salah dan melimpah dosa. Justeru, jangan hanya melihat khilaf orang. Apa yang jadi selain lemahnya kita sebagai hamba, mungkin juga ujian dari yang Maha Esa.

Kerana sebuah kasih sayang maka lahirnya kita ke dunia. Apa susah benar dunia ini melimpah ruah  kasih sayang sesama manuaia. Tanda soal yang tiada noktah… infiniti…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s