MH 370- doa kami buat kamu


Aku taknak ulas banyak tentang kehilangan kapal terbang ni. Aku rasa dah banyak cerita kita boleh dapat di luar sana yang pelbagai versi bentuknya. Cumanya, ada beberapa perkara aku terkilan dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia

1. Kita terlalu cepat hendak menyalahkan orang lain tanpa kita tahu apakah punca sebenar kejadian ni. Yang dok menyalahkan tu pun bukanlah orang yang pakar dalam bidang penerbangan. Maklumat yang mereka dapat kebanyakkan daripada internet, tv,hatta youtube sekalipun.

2. Menjadikan kes kehilangan pesawat ini sebagai isu politik dengan mengambil peluang menghentam Kerajaan daripada pelbagai segi. Semasa kejadian 911, seluruh rakyat US bersedih diatas kejadian itu dan bersatu atas nama patrotisma kepada negara dalam memerangi keganasan. Ini Isu keselamatan negara, bukan isu parti politik.

3. Rakyat sendiri merendah-rendahkan kemampuan rakyat negaranya sendiri dalam menyelesaikan tugas. Kalau boleh segala-galanya tentang misi pencarian ini mahu diserahkan kepada orang luar yang kononya lebih hebat memimpin, Ya benar, mungkin kita tidak cukup kepakaran. Mungkin kita tidak cukup pengalaman. Negara kita bukan biasa dengan national disaster berskala besar sebegini. Namun di balik ketidaksempuranaan itu tidak bermakna bahawa mereka yakni pasukan pencari dan penyelamat tidak melakukan yang terbaik. Mereka sedang berusaha sehabis baik sedaya mampu.

4.  Perangai mengagung2kan bangsa barat ini tidak lagi hilang. Apa saja yang diperkatakan mereka dipercayai oleh sesetangah rakyat kita kononnya media kita tidak telus melaporkan. Media barat sukakan sensasi. Apa saja yang dapat disensasikan akan ditelanjangkan kepada umum tanpa memikirkan maruah dan kehormatan orang lain.

5. Rakyat Malaysia penuh dengan talent segera. Boleh jadi apa saja dibelakang keyboard mengikut musim. katakan apa saja, pengulas sukan, pakar aviasi, pakat taktikal, pakar international affair, pakar konspirasi, pakat taktikal, doktor, lawyer hatta ustaz dan ustazah segera juga bercambah bagai taik burung pulang ke sarang.

6.  Patriotisma rakyat Malaysia kini diuji. Pada ketika ini kita dapat lihat siapa yang sayangkan negaranya dan siapa yang hanya sayangkan parti politik dan bangsa kiasu mereka sahaja.

7.Atas semua perkara yang berlaku, aku mengajak seluruh rakyat Malaysia yang tidak ada keupayaan untuk menyumbang tenaga ke arah mencari dan menyelamat MH370 untuk sama-sama berdoa agar seluruh anak kapal dan penumpang ditemui dengan keadaan selamat. Tiada lain yang kami harapkan dariMu ya Allah. Dan sekiranya takdirMu itu sebaliknya maka Engkau tabahkanlah hati2 kaum keluarga mereka yang terlibat dan tempatkanlah mereka yang ditimpa musibah ini dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin!

Hanya Allah yang mengetahui atas segala yang berlaku.

One thought on “MH 370- doa kami buat kamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s