berbudi bahasa


Dua tiga menjak ni aku tengok rakyat Malaysia yang hidup di bandar ni dah makin kurang darjah budi bahasa. Urban la katakan. Dengan jiran-jiran, bertegur sapa pun malas.

Kalau memandu di jalan raya apatah lagi. Kereta punya la cantik, besar, mahal. Tapi, potong barisan, guna emergency lane, tak menyabar nak potong. Sampaikan dalam taman yang bebudak banyak tu pun nak laju-laju macam bawak kat jalan besar.

Tertanya jugak aku, adakah kerana persekitaran, didikan atau tekanan dari kehidupan.

Contohnya tadi, bila satu mamat buka pintu kereta, terkena side mirror kereta aku. Bukannya kemek atau calar pun kereta aku, tapi since aku ada kat dalam kereta, apa salahnya kau toleh dan angkat tangan tanda minta maaf tak sengaja terkena kereta aku.

Bukan aku nak marah pun. Aku tau dia bukan sengaja. Tak ada orang yang akan sengaja rosakkan harta orang lain melainkan otaknya ada masalah.

Lagi satu, malam tadi semasa aku beratur nak membayar di kaunter. Selamba je satu kapel ni menyelit tumpang bayar kat kawan dia di depan aku dengan tanpa rasa bersalah. Mulanya aku ingat dorang ni satu family ke apa, sekali bayar asing-asing. Yang bestnya, yang mengirim satu raga, yang dikirim, satu barang saja.

Apa nak jadi dengan dunia yang hilang sifat budi bahasa dan timbang rasa. Semuanya nak ber’ aku didahulu’. Orang lain biar terpelanting ke belakang pun tidak apa.

Bagi aku, didikan bermula di rumah. Ibu bapa adalah guru yang pertama. Apa yang ditiru itu dari ibu bapa, itulah yang melekat perangainya sampai tua.

Didikan kedua penting adalah daripada guru atau cikgu.  Cikgu menjadi idola contoh peribadi mereka. Cikgu dilihat sebagai orang dewasa yang  mereka mahu contohi. Mereka percayakan cikgu lebih daripada sesiapa diluar sana. Elok atau tidak sesuatu generasi, mahu tidak mahu harus kita akui, cikgu paling besar sumbangannya. Sebab itu cabaran sebagai seorang guru tidak hanya menghabiskan silibus semata-mata sahaja. Paling sakit jiwa, anak-anak yang datang ke sekolah ni dah pun corrupted hati dan jiwa semenjak dari rumah lagi.

Itulah antara cabaran seorang cikgu. Kata aku, elok cikgu, eloklah juga anak-anak bangsa.

Kita sebagai masyarakat umum juga tidak boleh lepas tangan. Kita juga menjadi contoh hidup (living example) kepada anak-anak ni. Tidak semestinya anak sendiri. Aku percaya, semua orang mahu membesarkan anak-anak mereka dalam persekitaran yang sihat, kondusif dan jauh dari segala macam gejala sosial. Kenapa? kerana persekitaran yang tidak elok boleh menjebak anak-anak ini ke arah yang tidak elok juga.

Kesimpulannya, generasi anak bangsa tergantung kepada dua perkara.

pertama sistem pendidikan pendidikan samada di rumah atau pun di sekolah dan kedua pengaruh masyarakat persekitaran

Mungkin Malaysia boleh maju dari segi materialisma, berpendapatan tinggi bagai, rakyatnya 10% phd holders. Tapi apalah maknanya semua tu kalau rakyat yang kita hasilkan miskin budi bahasa.

Sedih. Oh My Malaysia.

titik

 

3 thoughts on “berbudi bahasa

    1. bab berebut free gift/door gift kenduri tak kira lagi tu mat… bukan guna sangat pun tapi nak tamak amik banyak2…

      1. btui tu weh. nak pulun ke semua..

        antara lain aku xle blah sikap org yg xprihatin org dibelakang dia. cthnya cmni:

        Ali sedang basuh tgn dia kt sinki. aku lak dok bratoq tunggu turn blakang dia. lps dia slesai basuh tgn, dia ble selamba “kelepiaq” tgn dia dpn aku. makanya ayaq yg still dok menitik dr tgn dia tu habih terprecik serata muka dan pakaian aku. dah tu memang dah dok nmpk dia baru lps mkn makanan berminyak dan sedia maklum dia basuh tgn cpt2 ala kadar ja. nak tmbh geram lagi, dia bole selamba ja jalan pi. menyumpah hati ni oiii!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s