ragam hari raya


Malaysia ni penuh dengan musim. Musim buah, musim ular sawa makan orang, musim mengawan. musim denggi…

Jadi, sehingga hujung bulan ni, adalah musim raya dan rumah terbuka. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah. Opis aku ni, hampir setiap hari ada open house depoh2 bas yang merata-rata satu KL/Selangor

Hari raya ni bukan sahaja sebagai wadah untuk kita bermaafan tapi juga sebagai agenda mendekatkan tali silaturrahim. Hari baik bulan baik kan. Nak jumpa sanak saudara setahun sekali ja. Tu pun kalau balik beraya, buatnya tahun tu dia balik beraya sebelah mertua, memang kena tunggu tahun depan la jawabnya.

Tapi malangnya bila berkumpul sanak saudara atau kawan-kawan ni, hari raya dah jadi medan menunjuk-nunjuk, tayang menayang pulak dah.

Sapa ada kereta besar, pangkat besar, rumah besar, menantu kaya, dll.

Sapa yang bawak balik kereta besar melambangkan seseorang itu telah berjaya dalam hidup,pada pandangan sesetengah orang. Kereta kan lambang status.

Kalau berpangkat besar atau kaya tu, sembang ngan orang kampung cam aku ni pun taknak jatuh. Cerita juta-juta, projek sana projek sini. Aku anggukkan aje, pahamnye idak…

Nak jawab henfon sendiri pun malu bila nengokkan henpon sedara mara yang terbabom. Gajetnya mak oi! latest tak hengat.

Hari raya aku cam biasa. Layan je soalan2 cepu mas yang bernanah telinga nak jawab. Ada yang sampai bertanya soalan “kenapa tak nak kawin lagi?”. Gila ka apa… Sapa tak nak kawin. Ingat aku gay ke hapa.

Ye la, bagi sesetengah orang, kahwin tu salah satu pencapaian dalam hidup. Kira aku ni tak sama standard la dengan mengkome2 yang dah kawin tu. Kira kasta lain la.

Ada satu kes ni, mamat satu kampung tanya aku bila nak kawin, dengan muka yang kerek gila. Aku senyum ja, dan dalam hati berkata-kata… “ko kawin pun tiga kali bercerai, family tunggang langgang, bini lari malam, anak-anak berterabur, keja tak tentu arah, hisap dadah lagi…ada hati nak tarbiah aku pasal kawin, puiii”

Aku ni kalau tak kawin pun takda la menyusahkan sapa-sapa. Mungkin menyakitkan mata sedara mara dan kawan kawan kot. Rasa cam naik ketumbit kalau tengok aku. Sebab tu asyik bertanya bila nak kawin.

Kata aku tak ikut sunnah la. Imam Nawawi RA pun tak kawin gak. Dah bukan jodoh dia. Sama gak la aku. Rezeki masing-masing. Ada yang kawin awal, ada yang kawin lambat. Ada yang last raya bini baru, raya ni bini laaaagi baru. Ingat raya je ke setahun sekali, kahwin pun ada yang setahun sekali tau. Rezeki dan habuan masing-masing la. Apa nak kipochi lebih2. kan??

Eh! lari tajuk plak.Tetiba beremosi. Hahahaha..

Berbalik kepada cerita asal. Aku ni suka kalau kita tinggalkan segala kemegahan dunia ni semasa berhari raya. Kita beraya sebagai muslim yang memenangi peperangan melawan hawa nafsu.Kita rapatkan silaturrahim, kita tautkan kasih yang lama terpisah.

Cerita kehebatan diri ni kita letak la jauh-jauh. Apa nak bangga sangat dengan dunia yang kita kejar tu. Lambat-laun kita tinggal je semua yang kita dok bangga sangat ni bila masuk lubang kubur.

Beli kereta baru tak jadi salah asalkan niat kita betul. Kita pun memang perlukan kereta sebab satu keperluan bagai. Bukan sebab nak menunjuk kat sedara mara, ipar duai yang kita ni berduit, berjaya dalam hidup atau nak bagitau status sosial kita dalam masyarakat dengan kereta hebat kita tu.

Kalau dah berduit sangat, apa kata sedekahlah duit raya bagi banyak sikit. Pahala pun berlimpah-limpah. Orang pun happy.

Kalau nak hadir rumah terbuka, jadikan acara rumah terbuka ini sebagaiĀ  medan merapatkan silaturahin di dalam bulan syawal. Jangan niat nak pi mentekedarah semata-mata. Mak aku cukup marah kalau melahap kat umah orang. Macam tak cukup makan kat umah sendiri.

Tuan rumah pun, kalau buat rumah terbuka, buatlah sekadar yang termampu. Takyah nak berlawan-lawan rumah terbuka sapa yang paling grand. Rilek2 sudah. Janji pahala menjamu orang tu kita dapat.

akhir kata Selamat Hari Raya Idulfitri… Raya sebulan katanya…. layannnnn!!!!

 

titik.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s