Salam IdulAdha


Minggu ke dua setelah 10 Zulhijjah meninggalkan kita. Hikmah pengorbanan yang telah kita telusuri. Pengorbanan yang bukan hanya sekor lembu, kambing ataupun kibash.

Kita insafi pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS. Tiada manusia yang sanggup meletak pisau dibatang leher anak sendiri. Namun kekentalan iman baginda melangkaui segalanya.

Teringat cerita uztaz. Kata beliau,  berkorban bukanlah pada nilaian seekor binatang korban. Apa yang mustahak kita korbankan hasad dengki, iri hari, tamak haloba, angkuh, riak, takabur, bangga diri, sombong dan lain-lain sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam diri.  Kata ustaz lagi, kalau mahu berkorban sahaja kita masih berbangga2 dengan sumbangan haiwan korban, mahu dipuji dan disanjung kerana berkorban maka jadilah korban kita itu sekadar korban si Qabil.

Aku percaya, kamu aku dan kita pernah berkorban dalam berbagai-bagai bentuk pengorbanan. Keikhlasan berkorban itu biarlah hanya berlingkung di antara kita dan Allah. Semoga pengorbanan kita di beri ganjaran selayaknya.. Amin.

Allahuakbar walillahilhamd!!

 

SAMSUNG

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s