Retorik


Hari-hari aku dengar retorik. Macam-macam jenis retorik. Perhimpunan Agung Umno baru baru ini pun penuh dengan sampah sarap retorik. letih.

Kat opis Kerajaan ni pun sama. KIK la, 5S la, transform la dan macam-macam lagi. Datang bos baru, datang retorik yang baru. Kononnya gagasan idea. Gagasan ni besar maknanya. Satu idea yang besar dan diterima secara tuntas oleh setiap lapisan organisasi.

Contohnya gagasan 2020. Betapa satu Malaysia tak kira bangsa merasai denyut nadi sebuah gagasan yang dijadikan wawasan. Kalau gagasan kita tak diterima umum hatta orang yang menyokong kita sekalipun maka gagasan kita ni hanya bersifat retorik semata-mata sahaja.

Zaman sudah berubah. Gagasan idea yang dibawa harus ada bersamanya sebuah substance. Ada isi. Ada jiwa dan ada roh. Cakap kena serupa bikin. Jangan cantik hanya pada kulit.

Kalau kita bawa idea baru, dengar juga pada yang mengkritik. Yang penjilat hanya tahu puji. Semua mulus, semua cantik. ok sana ok sini. Padahal isi dalam dan mereput. fragmented.

Lagi satu kalau bercakap soal idea dan ideal, kita selalu membanding2 dengan yang lebih baik dari kita. Memangla betul. Nak benchmark katanya. Kena la banding dengan yang lebih baik.

Tapi kalau kita nak membanding, janganlah sampai mencerca kekurangan tempat asal kita. Nak membanding kena la tengok praktikaliti. Tengok kemampuan organisasi. Tengok partisipasi ahli-ahli.  Kalau tidak kita jadi syok sendiri.

Nak banding Malaysia dengan US. Tak agak-agak nak membanding. Bukan semua kita boleh ikut kalau nak membanding-banding. Orang tua-tuan kata ukur baju kat bandan sendiri.

Sini jantan dengan jantan tak boleh kawin. US boleh. Banding sistem pendidikan kita kononya teruk dan buruk. Kutuk cikgu-cikgu english kita kononya macam haram mengajar sebab tu english budak-budak teruk. Dalam paper STAR minggu lepas ada cerita pasal ni.

Yang mengutuk tu mungkin membesar di bandar di mana pendedahan mmglah lain dari nun di pedalaman. diorang cakap english hari-hari ngan mak bapak diorang yang berstatus middle class. Kawan pun dengan kawan-kawan yang sedarjat.

Ada korang pikir macamana budak-budak di luar bandar? nun ni cerok sabah dan sarawak. Mak bapak nak cakap melayu dengan betul pun payah, apatah lagi nak cakap english. Kau tau betapa susahnya cikgu-cikgu nak mengajar mereka yang nak beza ‘i’ dengan ‘we’ pun susah.

Status sosial dan persekitaran pembesaran pun mempengaruhi tahap penguasaan english. Bukan soal kaedah pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Kau amiklah silibus dari England sekalipun, kalau latarbelakang berbeza, kaedah pengajaran tak boleh nak sama. Pergi la mengajar orang asli tengok kalau kau nak tau betapa sakit dada. Aku ni yang mengajar anak2 sedara pun sakit tekak bertempik.

Pak Menteri banyak duit, lantakla dia nak hantar anak dia ke skolah mana sekalipun.

Sebab tu Tun Mahathir selalu kata, apapun kita buat harus mengikut acuan Malaysia. Acuan kita unik. Kita ada sekolah vernakular yang memisahkan anak2 bangsa mengikut bangsa masing-masing. Kita pisahkan mereka sedari kecil. Kita pertemukan mereka di Universiti.  Malahan. sekarang pun Universiti dah di asaskan atas dasarsesuatu bangsa. UNITAR dengan cinanya bila MCA claim ini kejayaan mereka membangun sebuah Universiti. MIC pun ada Universiti perubatannya sendiri. UMNO dan melayu dengan UiTMnya.

Pendidikan menjadi komoditi politik. Leverage politik. Survival politik. Nasib dan masa depan anak-anak diperjudikan atas kelahapan nafsu politik.

Akhirnya perpaduan hanya retorik sahaja. Macam lagu-lagu kononnya patriotik yang bermacam-macam kat TV skang ni.

Apatah yang aku melalut ni. Tapi pokok pangkalnya, semua perkara dari luar tak boleh diambil bulat-bulat. Pergi Amerika baru dua tiga kali dah kondem negara sendiri kaw-kaw.  Nak liberal sana liberal sini. Puiii!!.

Pembuat dasar jangan syok sendiri. Jangan ingat PTD je buat dasar. Engineer, cikgu2, para professor pun buat dasar. Nasihat Menteri biar betul-betul. Buat dasar pasal pengangkutan punya la cantik. Konon nak tiru negara-negara maju. Sistem pengangkutan awam nak di1stclasskan. Tapi tukang pembuat dasar dan pemutus dasar, pi kerja pun drebar bawak. Sekali habuk tak penah naik bas. Merasa denyut nadi rakyat la sangat.

Sebab tu la aku kata, kalau nak merasa denyut nadi rakyat kena turun bersama rakyat, Bukan turun sekali dgn press, tour bagai, orang iring kiri kanan. Tu semua plastik. Turun merasa denyut nadi rakyat macam khalifah Umar. Turun diam-diam. Turun ke ceruk kampung tak payah berescort. Baru la merasa denyut nadi rakyat.

Jangan lupa, pangkat dan kuasa ni, satunya amanah, satu lagi ujian. Dua-dua kita kena menjawab di akhirat kelak.

 

Titik

 

 

 

One thought on “Retorik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s