Berjaya?


Dulu masa kecik-kecik cita-cita aku nak jadi doktor. Mama tanya kenapa. Aku kata kalau mama sakit aku boleh ubatkan. Kemudian aku nak jadi lawyer. Mama tanya kenapa lawyer. Aku cakap senang nak bela keluarga bila dianiaya.

Tapi bila besar dua-dua pun aku tak jadi. Aku jadi pentadbir. Aku pernah mentadbir urusan doktor dan juga urusan lawyer. Bekerja bersama-sama mereka.

Sesungguhnya perancangan tuhan tu maha sempurna. Dia bagi aku apa yang aku perlu. Setakat mana yang aku layak. Sebanyak mana yang aku usaha. Dia mencukupkan apa yang aku ada.

Orang kata, baguslah dah berjaya dalam hidup. Dah ada rumah, kereta, kerjaya. Bini je belum.. hehehehe.

Masalahnya, apakah yang berjaya itu berjaya sebenarnya? Berjaya pada aku mungkin tidak pada orang lain. Berjaya pada mata orang lain tidak semestinya berjaya pada aku.

Masing-masing punya definisi masing-masing. Terpulang pada diri masing-masing.

Bagaimana mereka melihat kejayaan hidup itu. Tanya mereka. Jangan tanya aku. Berjaya itu maknanya sangat luas, dalam dan tinggi. Kenapa mahu meletak siling kepada suatu kejayaan.

Walaupun secara umumnya orang kata kejayaan hidup itu bila duit banyak, rumah besar, pangkat tinggi dan kereta besar.

Aku punya ukuran dan definisi aku sendiri. Biar aku setuju dengan diri aku sendiri. Bila aku capai ukuran itu, aku gelarkan diri aku sendiri berjaya dalam hidup hanya pada tahap-tahap tertentu. Tak perlu hebah satu dunia.

Buat apa nak tayang-tayang apa yang aku ada (atau apa yang aku tidak ada)? Buat apa mahu berkongsi dengan orang yang tak patut pun aku kongsi. Buat apa biar orang yang tak patut tatap pun tatap.

Bila aku betul-betul berjaya nanti, aku dedikasikan kejayaan itu untuk kita. ‘Kita’ yakni merujuk kepada orang yang selayaknya.

Sekian.

Titik.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s