Apa yang kita mahu.


Manusia ni unik. Peel macam-macam. Kemahuan pelbagai. Kehendak tak tercapai.

Masing-masing ada tujuan masing-masing dalam hidup. Ada yang dikejar dan mengejar.

Sesetengah orang kejar kebendaan. Ada yang kejar pangkat. Ada yang kejar nama. Ada yang kejar gelaran dan lain-lain.

Ada yang taktau apa yang dikejar sebab semua benda dia nak kejar. Last-last satu apa pun tak capai. Ada pulak yang hanya tengok saja orang mengejar, dia rilekkkkk je.

Begitu juga kepuasan yang mereka dapat. Ada yang puas bila harta melimpah ruah. Ada yang puas bila usaha mendapatkan segulung ijazah,master, phd. Ye la kan, bukan senang nak capai semua tu

Ada yang puas setelah dapat berkahwin, beranak-pinak, berkeluarga dan hidup aman bahagia.

Bagi aku,kepuasan dari mendapat kekayaan, pencapaian, gelaran,pangkat, kedudukan malah apa saja yang kita kejar adalah sesuatu yang sangat subjektif. Masing-masing rasa, masing-masing puas dengan cara dan tafsiran mereka tersendiri. Susah kalau kita nak banding-banding diri kita dengan orang lain.

At one point, kita tengok orang pelik sebab tak sama dengan sudut pandang kita. Tapi kita lupa, orang lain mungkin tengok kita pelik juga sebab apa yang kita buat tak sama dengan sudut pandang mereka pulak.

Yang penting, dalam hidup, kita mesti pasti (certain) dengan apa yang kita ingin capai. Kerana tujuan kita nak capai sesuatu  itu yang paling penting.

Adakah dengan harta, pangkat, kedudukan, gelaran dan sebagainya itu akan menjadikan kita insan yang lebih baik….atau sebaliknya? itu kita kena tanya diri sendiri.

Kadang-kadang kita sanggup buat apa saja untuk capai semua tu… jika ultimatenya semua itu menghala kepada satu tujuan yakni pengiktirafan manusiawi.

Kadang-kadang juga, semua perkara inilah yang membuatkan kita lupa, dari masa asal usul kita, siapa dibawah kita (iaitu orang yang kurang bernasib baik), mabuk dengan sanjungan dan pujian, rasa bangga diri, memilih kawan, lupa keluarga dll.

Sebab itu kita kena hati-hati dengan tujuan yang selalunya menjadi kompas kepada kehidupan kita (purpose of life) – life which relatively short

Jika sanjungan manusia yang kita pilih, puji-pujian yang kita mahu dengar, maka  pastinya semua itu akan meninggalkan kita bilamana kita mula menutup mata buat selama-lamanya.

Pilihan di tangan anda. Live your life… don’t let life living you.

 

Sekian, salam Jumaaat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s