Aku dan Hujan.


Musim hujan ni banyak mengembalikan memori zaman kanak-kanak aku.

Time kecik-kecik dulu, selalu kena marah sebab aku suka sangat mandi hujan. Kadang-kadang kalau dah tak larat nak marah, arwah mama biar ja aku main hujan. Basah kuyup. Lepas tu mandi air paip kat luar rumah dan sambung mandi kat dalam bilik air.

Aku suka hujan. Aku suka bau selepas hujan. Bau yang segar dan menenangkan.

Tapi musim hujan ni beri masalah juga kepada kami.  Antaranya, air menitik dari atap rumah. Maka acara menadah air hujan pun bermula.

Musim hujan juga menjadikan tanah rumah kami lembab dan digenangi air. Mana tidaknya, parit kampung yang sejak zaman berzaman,wujud dikambus oleh anak-anak generasi kedua. Katanya mengalirnya air hujan menjadikan tanah mereka terhakis. Ye la, zaman dulu-dulu, parit kampung akan melalui tanah-tanah yang berlainan sebelum mengalir ke sungai.

Pada tanah aku pun ada parit yang airnya datang dari tanah sebelah. Kalau satu tuan tanah kambus parit, maka beberapa rumah lagi akan terkesan kerana tiada tempat air mahu mengalir.

Sedangkan mereka lupa, mengalirnya air hujan ditanah mereka bersama-sama itu juga mengalir pahala jariah mereka kerana memudahkan jiran sekeliling. Isu longkang dan parit ini tiada kesudahanya sampai la ke hari ini.

Hari ini kampung aku tidak lagi seperti dahulu. Orang-orangnya semakin aku-aku dan kau-kau. Tiada lagi semangat gotong royong seperti generasi orang tua-tua terdahulu. Generasi hari ini, generasi tv dan internet. Generasi telefon, sms, wasap, telegram-generasi aplikasi maya. Aplikasi dunia nyata, gagal semuanya.

Hari ini, hujan bukan lagi saat yang aku tunggu. Walaupun bau hujan dan bau rumput selepas hujan masih lagi menjadi kesukaan aku. Hujan menjadi masalah kepada aku dan keluarga aku di kampung. Hujan menjadikan hati tidak tenang dan berbolak balik. Hujan seakan dinafikan peranan menjadi agen penurun rahmat. Hujan menjadi agenda alam yang tidak dialu-alukan walaupun hakikatnya manusia tidak boleh berlangsung hidup tanpa hujan.

Jika mahu aku ungkap satu-persatu, banyak kisah hujan yang terikat dengan memori aku dulu-dulu mahupun sekarang-sekarang.

Hujan mengajar aku erti manusia dan kemanusiaan. Hujan memberi aku sejuta rasa bercampur gaul. Ada suka ada tidak suka. Ada duka ada tidak duka. Hujan mengingatkan aku kepada manusia berhati mulia dan manusia yang rajanya harta dunia.

Hujan boleh memberi iktibar kepada kita yang mahu berfikir akan kebesaran dan kekuasaanNya.

Aku dan Hujan. titik

 

One thought on “Aku dan Hujan.

  1. Saya suka hujan dan bau lepas hujan… memang fresh… dan memang, banyak momen2 menarik dalam hidup kita yang berkait dengan hujan… ada satu kisah yang saya tulis semasa hujan dan kisah itu berjaya dipublish dalam kompilasi cerita pendek oleh sebuah syarikat publishing… menyebabkan bertambahnya kisah menarik saya dengan hujan =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s