Ramadhan ke-13


SAMSUNG

Ramadhan kareem. Sudah sampai di pertengahan rupanya. Masa yang berlalu di akhir zaman ni sangat sekejap. Pejam celik, pejam celik, tup-tup dah nak raya.

Syukur dengan kemakmuran Malaysia. Satu hari bertan-tan makanan dibuang. Untuk makluman 1 tan bersamaan dengan 1000 kilogram. Makmurkan? Sedangkan di luar sana berjuta-juta manusia yang kebuluran tak cukup makan. Ramadhan bagi mereka ini umpama sepanjang tahun.

Sebab tu aku sayang sangat kalau makanan ni di bazir-bazir. Apatah lagi makanan yang mahal dan mewah. Semasa aku kecik2, murtabak dan satay tu dikira makanan mewah. Satay sebulan sekali pun belum tentu dapat makan. Murtabak kira ok la, seminggu sekali time pegi pasar malam. (ada ke orang makan murtabak hari2?)

Percaya atau tidak, aku merasa ayam KFC pun masa masuk sekolah menengah. Oh tipu… penah makan sekali masa aku tadika. Tu pun sepupu aku bawak makan kat Sungai Petani. Hari-hari pegi sekolah amik bau saja, sebab on the way nak ke sekolah rendah, mesti lalu restoren KFC dekat Stadium Darulaman.

Kebanyakkan kueh mueh untuk berbuka arwah mama buat sendiri. Nak beli mahal. Kalau buat sendiri boleh dapat banyak sikit. Boleh hantar ke rumah jiran-jiran (tugas tetap aku petang2). Boleh makan sampai puas.

Alhamdulillah, untungnya aku sekarang. Setakat nak makan KFC atau  satay anytime. Nak beli kueh main tunjuk saja. Tapi selalunya terkena kueh yang takda rasa. Sebab apa? kata chef Amar, tidak masak dari hati, tidak masak dari iman. Jual kueh dapat duit, tapi kalau urusniaga takda keberkatan tak guna meniaga. Duit tak berkat bersangkut-sangkut dengan hidup sehari-hari. Sumber tak berkat mana nak datang keberkatan hidup..kan?

Pada umur-umur aku yang begini,  seronok lagi sambut Ramadhan daripada sambut Syawal. Lebih terasa kemeriahan Ramadhan daripada kemeriahan Syawal. Lebih seronok dengan Ramadhan dari beraya di dalam Syawal.

Untuk aku, Syawal kali ini bukanlah sesuatu yang aku tunggu.

Titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s