kita yang tidak ada


Kita selalu mahu yang tidak ada. Yang tidak ada itu la kita kadang-kadang mahu semahu-mahunya.

Dalam kita tidak sedar, yang kita ada kadang-kadang orang lain tidak ada. Orang lain yang tidak ada itu mahukan apa yang kita ada.

Ironik sunggup kehidupan ni. Tamaknya manusia.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Entry ni tercetus bila aku baca posting di facebook. Isunya persoalan menjawab soalan bila menjelang hari raya.

Hari raya ni la sanak saudara berkumpul bertanya khabar. Banyak soalan-soalan yang akan ditanya. Orang seperti aku selalunya akan menerima soalan yang sama setiap tahun yakni bila nak kawin. Spot question.

So sempena hari raya ni, aku nak peringat diri sendiri dan kepada kalau-kalau ada orang yang baca entry ni. Seperti kita sedia maklum, hari raya adalah hari yang paling agung dalam Islam. Hari kita meraikan kemenangan. Aku rasa budak darjah 4 biru pun tau.

Tapi ada yang jadikan hari raya hari mencari dosa hanya dengan bertanya soalan yang tidak sensitif. Pada mereka mungkin terasa nak gurau senda di hari raya. Pada orang yang ditanya, mungkin soalan itu sgt puaka. Cissss!!!

Yang tak kawin, ditanya bila nak kawin. Yang tak dak anak, bila nak beranak. Buatpa tanya soalan  kita dah memang tau akan menyakitkan hati orang.

Takkan kita tak tau jodoh rezeki semua ditangan tuhan, tapi sajaaaaa jugak nak bertanya. Kan ke bodoh kutip dosa kering di hari raya. kannnn?

Apa ingat orang yang bujang tu tak teringin nak kawin. Apa ingat orang yang takda anak tu tak teringin nak ada anak. Apa ingat orang yang ada anak sorang tu tak teringin nak tambah anak. Ni semua persoalan rezeki. Bila persoalan rezeki tuannya Allah.

Aku penah sekali dulu jumpa satu mamat masa berenti kat RnR Bukit Merah. Smoker ni biasanya aku jumpa geng sembang. Dia bagitau yang dia on the way nak ke Langkawi dengan family. Aku pun tanya la anak2 ok ke tido dalam kereta, tak meragam ke.

Sekali dia jawab dia belum ada anak. Kawin dah berapa tahun ntah, (aku lupa dia bagitau). Bini dia sampai tahap taknak pegi kenduri kendara dan ke rumah saudara mara. Sebab tak tahan dengan soalan2 bila nak dapat anak.

Nampak tak? soalan hanya satu baris ayat Tapi tekanan orang yang menerima soalan ada kita pikir?

Jadi kalau kita dah kawin, dah beranak pinak, dah kaya raya, cubalah elak soalan yang cuba menyamakan orang lain dengan diri kita.

Jangan ingat kita ni dah ada segala-galanya atau hidup kita maha sempurna sebagai lesen kita mempersoalkan hidup orang lain. Jangan cuba kita impose life kita yang kita rasa sempurna kat hidup orang lain yang kita rasa kurang sempurna.

Mana tahu hidup orang lain yang kita sangka kurang tu rupanya lebih baik dari kehidupan kita yang maha sempurna sangat tu.

Kita jangan lupa, Allah tu adil. Dia kurangkan sesuatu dari kita tapi dia melebihkan kita kepada sesuatu yang lain. Begitula sebaliknya.

Aku sedar akan perkara ini. Allah mungkin belum kurniakan aku isteri dan anak. Tapi Allah melebihkan aku perkara lain. Perkara yang kawan-kawan aku yang dah beranak pinak teringin nak ada. Aku bersyukur. Terima kasih Allah.

Well, that how Allah reward and uji hamba-hambanya dengan seadil-adilnya. Stop tanya soalan yang menyakitkan hati orang. Stop membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

Sesuatu yang kita rasa kurang pada diri kita mungkin juga suatu kelebihan yang kita tidak nampak. Begitu juga sebaliknya.

Raya adalah hari yang patut di raikan bersama-sama.

titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s