Beraya selama sebulan


Lagi seminggu syawal pun nak habis. Sekarang sampai minggu depan penuh dengan open house.

Alhamdulillah. Aku ni, setiap wiken ada jemputan open house. Semoga murahla rezeki tuan rumah yang sudi menjemput. Jangan kita persoalkan sangat niat orang yang nak buat open house.

Bukan kita tau niat dia cemana. Sebabnya sesetengah kita ni suka lebih-lebih nak judge orang katanya nak menunjuk la, membazir la, bukan budaya melayu la…dan lain-lain lagi. Tak nak pegi duduk diam-diam kat rumah sudah. Dosa pun tak membukit.

Kita yang mengunjungi  pulak jangan lupa adab-adab yang mak bapak kita ajar dari kecik. Ini tidak, kalau boleh melantak free, selagi kau boleh melantak kau melantak. Kadang-kadang aku tengok berlebih-lebih makanan yang diambil, tapi tak habis makan.

Bagi aku, open house ni lebih kepada wadah untuk merapatkan silaturahim. Kehadiran kita sepatutnya lebih kepada menyantuni jemputan saudara dan handai taulan yakni tuan rumah. Bukan tujuan nak datang melantak, pastu sok sek sok sek cakap belakang komen macam-macam.

Open house juga tempat kita bertanya khabar dan bersembang santai. Jangan la open house dijadikan medan ajak kawan join bussines, sembang juta-juta, cakap meninggi diri dan lain-lain yang akan merosakkan mood orang lain nak berhari raya. Aku selalu sangat jumpa orang camni, terus putus mood nak beropen house.

Marilah kita jadikan syawal kali ini lebih mantap dari syawal2 yang lepas. Sebabnya kita tak boleh nak pastikan samada kita boleh berjumpa atau tidak syawal yang akan datang.

Sekian dari saya yang rumah hari-hari open.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s