tajuk : sukati


Orang pesan, kalau orang tak mintak tolong, kita jangan tolong.

Tapi tu la aku. Kadang-kadang sebok nak tolong. Last-last orang cakap aku menyibuk takdak keja. Padanlah muka sendiri.

Sama jugalah dalam sesetengah kes menegur. Niat sekadar bertegur for the sake of breaking the silent,.. tapi dikatakannya kita ramah tak bertempat atau to the extend nak menggatal.

Kalau buat muka serius, di katanya pulak kita menyombong. haihhhh…

Dalam sesetengah kes, kita selalu tersepit. Buat salah, tak buat salah. Nak telan salah, nak luah salah… tu yang suka mengulum tu… huhuhu.

………………………………………………………………….–………………………………….–..

Bila cuti-cuti panjang ni teringin nak balik kampung. Bila balik kampung pun, aku lepak rumah saja. Kalau nak keluar, aku keluar dengan kawan-kawan yang biasa.

Dulu, kononnya plan nak buat reunion. Kononla. Tapi hampeh. Mula-mula set up group whatapps, kemain lagi berkomen. Beribu-ribu komen. Seriusly beribu.

Bila plan nak jumpa, memasing macam-macam alasan.

Cadangan nak mintak kutipan buat projek amal pun diam seribu bahasa. Nak kutip sepuluh hengget ja kot.

Sesetengah pulak peel kawan-kawan, kalau jumpa mesti tanya aku pasal kawin. Tanya pasal kawin. Tanya pasal kawin. Aku kawin nanti aku bagitau la. Apa, kalau aku tak kawin tak boleh jadi kawan korang ke? Kasta lain-lain ke?

ke syarat nak berkawan dengan kawan-kawan atau sedara mara yang dah kawin ni kena kawin dulu baru boleh mengaku sedara atau mengaku kawan? Camtu?

Last-last aku langsung malas nak jumpa. . Setakat nak berhuha huha, lepas tu hisap rokok, hu ha hu ha lagi, lepas tu balik tido.Manfaat? nan ado.!

Ingatkan jumpa boleh rapatkan ukhuwah. Last-last diri sendiri yang sakit hati.

Sebab tu raya ke, kenduri kendara ke, aku jadi malas nak bersosial. Mengelak dari hati tersakiti.

so sila salahkan ku jangan salahkan ku

———————————————————————————-

Negeri aku dapat MB baru. Sukati korang la. Aku malas nak pikir. Korang punya hal, korang handle la sendiri.

Esok-esok bila dah pilihanraya, aku jalankan hak aku sebagai seorang pengundi. Kedah, mu tunggu pilihanraya datangggg. Kita setel cara gentleman.

Cumanya la kan. Nak nasihat diri sendiri je ni pun. (Sebab nanti aku boring-boring aku baca balik entry ni)

Aku nak nasihat, kalaupun awak tak suka kat MB baru, takyahla caci maki.

Awok  maki orang yang awok sendiri pun tak kenal. Janggal sgt awok rasa. Orang yang awok nak maki pun tak kenal Awok. Tak ke pelik?

Nak marah, marahlah. Nak benci, bencila. Nak Tak suka itu hak awak. Tapi toksahla habih keturunan dia dan segala peribadi dia awak maki berkandaq-kandaq. Jenuh nak roaming cari beliau kat mahsyar.

Awak pun pengikut tahap taik hidup je. Pengikut ikut-ikutan. Sekali kena jentik, terpelanting lintang pukang..

Tgk tahap maki kat facebook, seolah-olah macam awaklah paling pandai dan anytime boleh jadi MB paling maksum. Padahal datang keja pun lambat, mengular tak hengat. Balik nak awal je.

Kita ni orang Melayu. Sejarah membuktikan hatta Raja pun kita pernah sanggah. Tapi adat susila masih kena jaga. Baru steady gedebenya.

Orang melayu, kalau nak bertikam keris pun masih berbunga tari, apatah lagi bertikam lidah. Takkan tidak boleh berlapik kata.

 

kbai…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s