travelling


Aku ni bukan jenis berduit. Ada la duit sikit buat lepas diri sendiri. Tapi aku memang suka travel. Simpan duit sikit-sikit tengok tempat orang.

Nak harap Cheap Holiday On Government Money (CHOGM) atas nama business traveler mmg takda peluang. Dah keja aku memang cenggitu, domestic affair and human resource.

Aku bukan nak cerita pasal travel sebenarnya. Banyak dah travel blogger. Boleh google depa-depa ni.

Aku pun takda niat nak merungut pasal tak dapat peluang travel at expenses of the government macam orang lain.

Aku cuma nak cerita tentang betulnya kata orang. Banyak berjalan luas pengalaman. Tak kirala berjalan dalam atau luar negara

Kerana dengan melihat tempat oranglah aku semakin bersyukur. Bersyukur dengan apa yang aku ada. Lebih menghargai apa yang ada dari yang aku tidak ada.

Bila aku tengok rumah aku, kereta aku, bilik tidur aku, duit dalam wallet aku, makanan yang aku makan hari-hari, pakaian aku dalam almari, kasut aku, hatta slipar jepun aku…

dan aku bandingkan dengan apa yang aku lihat diluar sana Di tempat-tempat yang aku pernah jejak ( hatta di negara maju sekalipun). Sebenarnya memang benar, tak patut sangat aku tak bersyukur. Sangat tak patut….

Dari negara dunia pertama hingga dunia ketiga. Dari naik kereta api laju, sehingga naik beca roda tiga, sesungguhnya pengalaman itu sesuatu yang sangggggatttt berharga.

Aku bersyukur.

Aku semakin faham kenapa ada manusia yang suka mengembara ke serata negara.  Mengembara dan melancong rupanya jauh beza. Aku semakin faham bezanya.

Terima kasih kamu yang mengajar aku  erti mengembara.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s