Beruntungnya aku


Aku rasa aku beruntung. Semasa aku mula-mula masuk kerja aku dapat bos yang otai.

Bagusnya bos otai ni depa cerewet. Bagusnya cerewet kerja jadi tersusun. Bagusnya kerja tersusun akan reflek kualiti pegawai Kerajaan.

Knowledge perkara kedua bagi depa (bos2 otai). Attitude nak belajar itu yang pertama.

Setiap apa kesalahan yang aku buat, depa akan explain. Terutama dalam menulis surat dan minit mesyuarat.

Menjawab surat adalah suatu seni. Seni menjawap isu. Seni menjawap persoalan. Seni melepaskan tengkuk sendiri. Seni menolak dengan cara halus. Seni dalam membuat ayat yang tidak nampak pegawai tu kurang cerdik. Pendek kata seni mengayat.

Itu yang aku cuba wariskan kepada pegawai seliaan aku. Aku akan ajar kenapa ini kenapa itu. Tapi kadang-kadang itu dianggap leteran. leteran itu dianggap annoying. Sedangkan aku nak share. Sharing is caring katanya.

Akhirnya, surat  sekarang jadi keras. Jadi kaku. Straight forward. Seninya tidak ada. Jadi surat yang kebaratan atas nama kemajuan, kononnya. Masa telah berubah. Aku masih di takuk lama. Terlalu tertinggal dek modenisasi gen Y. Baiklahhhhhh.!!!

Kemodenan tidak harus hanya berkiblatkan barat dan ukuran materialis kebolehlihatan. Kenapa kita nak ‘give up’ (dengan izin) keindahan bahasa sendiri. Bukan la aku nak suruh tulis ayat bunga2. Ala-ala orang dahulu kala. Cukup ayat2 yang menggambarkan ini bahasa kita, bahasa melayu, bahasa kebangsaan negara.

Agaknya tak pernah kot depa tengok surat-surat Sultan Melayu dahulu kepada Inggeris. Betapa cantiknya bentuk surat, begitu juga cantiknya bahasa. Surat melayu tidak harus dibandingkan dengan surat mat saleh.

Malangnya, yang jadi bos pun selalu ambil mudah pasal menulis surat. Macamana anak buah nak belajar. Akhirnya ‘ambil mudah’ ini diwariskan turun temurun.

Tulis surat dah macam tulis blog. Lebih teruk macam tulis whatapp. Tulis email? Aku malas nak komen.

Hmmmmm!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s