Pengalaman..


Dalam tempoh aku ‘bertenang’ ni, aku selalu baca blog2 solo traveler. Mengutip cerita dan pengalaman mereka melihat manusia di ceruk dunia. ada yang sampai ke tempat-tempat yang tak pernah aku dengar sebelum ni.

Kagum. Itu yang mampu aku katakan. Tambah-tambah si traveller ni adalah seorang perempuan. Fuh. Memang berani. aku tabik spring la pada depa2 ni.

Depa-depa ni dah la berilmu, berpengalaman pulak tu. (brain and experienced). Memang satu kombinasi yang mantap.

Macam tu juga dunia kerjaya. Ada ilmu saja tak guna kalau tidak ada pengalaman. Pengalaman ni la yang menjadi nilai tambah kepada tahap kecerdikan kita membuat keputusan pada masa-masa hadapan.

Tambah-tambah kalau ilmu tu bermanfaat. Memang tinggi nilainya. Boleh jadi saham kita kat akhirat sana.

Aku? Ilmu sangatlah sedikit. Pengalaman pun sama tahapnya. Nak berkongsi apa yang aku ada pun tak padan. Kalau nak kongsi pun takda orang sudi nak dengar,. Mungkin tak berguna pada depa.

Namakan pun berkhidmat untuk negara.  Sementara ada kederat. Esok-esok sakit, sapa pun tak endah, melainkan keluarga.

Mungkin, rezeki aku mencari ilmu dan pengalaman dalam bekerjaya bukan di sini,…agaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s