perkhidmatan.


Bulan 1 haritu cukupla aku berkhidmat 13 tahun dalam perkhidmatan awam. Masih muda dan mentah. Masih banyak yang kena belajar.

Kepuasan berkhidmat dalam Kerajaan bukanlah atas faktor kewangan. Kalau compare gaji, memang jauh beza aku dengan bos aku di company dulu, yang hanya muda setahun dari aku.

Orang selalu kata, keja gomen ni rilek. Tak hectic macam kat private. I beg to differ. Tengok skop keja dan tahap tanggungjawab. Lagi besar skop keja dan tanggungjawab, lagi hectic keja.

Macam cikgu, nampak rilek + cuti banyak, tapi nak berperang ngan murid2 bukanlah satu keja yang mudah.  Tu tak kira kerja-kerja bukan pengajaran dan pembelajaran. Bawak murid pi pertandingan sukan pun pakai keta sendiri dan duit sendiri. Ada kes sampai eksiden, dan cikgu tu pulak di dakwa di mahkamah.

Tu baru cikgu, tak tengok lagi pegawai kerajaan peringkat pusat nak buat keputusan yang membabitkan kepentingan negara…. fuhhhh!!!! salah buat keputusan, anak cucu merana.

Kepuasan keja gomen ni, tak kira la keja apa sekalipun, ialah bila kita deliver sesuatu tugasan dengan cemerlang, Kerajaan dan rakyat dapat manfaat. . Bahasa mudah dapat bantu orang la kiranya. Tu memang puas gila

Tu la tujuan utama aku masuk gomen. Berkhidmat untuk negara.  Bukan sebab nak dapat anugerah khidmat cemerlang.

Tapi bila tujuan tu dah tak selari dengan hakikat kerja, kepuasan kerja jadi hilang nikmat. Motivasi boleh merudum.

Aku tak mau bincang politik, takot jadi kontroversi. Biarlah masa berbicara.

Titik

_____*****______******_______*****_____******

Team work

Bukan semua orang bernasib baik dapat team yang bagus. Aku pernah ada team yang bagus semasa dipinjamkan ke sebuah GLC suatu masa dulu. Kalau cakap soal rindu, memang aku rindu depa2 ni.

Dalam pasukan, mesti ada leader, mesti ada leader in the making dan mesti ada good team member. Kalau leader tak membentuk pelapis, tidaklah leader namanya. Itu kukubesi.

Aku ni kira bernasib baik sebab dapat bos yang baik. Banyak aku belajar. Bukan sahaja belajar pasal pengurusan kewangan tapi belajar menjadi ketua yang baik.

Ketua yang baik bukan  sahaja kena tahu buat keja tapi kena jugak macamana hendak tunjuk dan ajar sesuatu kerja. Tq boss.

Aku juga belajar tentang teamwork.

Penah juga sampai rumah time azan subuh. Tapi rasa best je sebab masing-masing ada peranan masing-masing. Walau aku datang as tukang taip sekalipun,aku tetap di kira menyumbang. Sama-sama penat.

Bila mission accomplish dengan jayanya, memang rasa puas hati sangat. walaupun sumbangan aku sangatlah ciput berbanding teamate yang lain.

Aku rasa semua orang tahu apa yang aku merepek pasal team work ni. Cuma tak semua tahu praktikalitinya sampai tahap mana.

Kadang-kadang kita ingat kita sedang memimpin, rupa-rupanya kita sedang dipimpin, begitulah sebaliknya.

Kadang-kadang kita ingat kita sedang bekerja dalam satu team rupa-rupanya kita menonong sorang-sorang ke depan tinggalkan team mate yang lain.

zaman dah berubah. Masing-masing dengan tembolok masing-masing. Fast track katanya…

Sekian.

titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s