khidmat


Hari semalam aku mendengar khabar sedih. Seorang rakan sejawat yang lebih senior diserang stroke. Sakit terlantar. Ada rakan yang datang menziarah. Ada juga yang bertelefon dan bertext bertanya khabar status kesihatan. Memberi kata-kata semangat sepatah dua buat meringankan bebanan ujian dan kifarah sepanjang umur kurniaaNya.

Tuhan mahu aku mengambil iktibar. Kita yang sihat, boleh sakit tiba-tiba. Hatta boleh mati juga secara tiba-tiba. Aturannya tertulis sejak azali. Alangkah bagusnya kalau kita dapat membaca setiap lembaran rencana yang telah Dia aturkan untuk kita.

Begitula juga Dia mahu berbicara kepada aku. Wahai aku, tenagamu ini diperlukan manusia hanya semasa kamu sihat dan berguna. Semasa kamu boleh berjalan dan membuat keputusan. Semasa kamu punya pangkat, kuasa dan kedudukan.

Semasa kamu tidak punya apa-apa?Semasa kudratmu menipis dan terhakis? Semasa kamu terlantar dan solat hanya dengan alis mata?

Siapa yang ada bersama kamu? Siapa yang melawat kamu hari-hari. Masih berdering-deringkah telefon kamu? masih berpusu-pusukan email di inboxmu. Masih adakah surat menyurat  dihulur untuk kamu tandatangan?

Siapa yang mahu ajak kamu minum segelas teh panas petang-petang selepas hujan renyai-renyai. Siapa yang mahu menghulur dunhill merah sebatang siap dinyalakan api. Siapa yang rela berkongsi gelak tawa berdekah-dekah mereka dengan kamu?

Itulah hakikat sifat manusia.  Namun hakikat itulah selalu aku lupa. Sifat manusia yang buruk-buruk itu sebahagiannya juga ada pada aku. Sementelahlah aku masih manusia

Bukankah menjalinkan silaturahim itu tanpa syarat. Bukankah ukhuwahfillah itu juga suruhan dariNya. Kenapa perlu ada syarat pangkat dan darjat untuk menjadi sahabat?

Realitinya begitulah. Beribu-ribu kawan di friendlist Facebook. Tapi yang membantu kita saat kita jatuh dan terduduk belum tentu ada seorang.

Kerana dunia yang kita kejar, maka dunialah yang kita dapat.

Aku lupa ada satu doa dari siapa– ” Ya Allah, letaklah dunia di tangan aku dan akhirat di hati aku”

khilafnya aku, bila dunia melupakan aku baru pula pandai mencari akhirat.

Kawan ketawa itu dunia, sahabat sejati seair mata itu akhirat jua…

titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s