Ramadhan Kareem


Alhamdulillah kita berpeluang sekali lagi bertemu Ramadhan. Tak semua orang berkesempatan bertemu Ramadhan kali ini.

Teringat zaman-zaman kecik2. Time berbuka adalah time yang paling best. Dapat berbuka ramai-ramai. Makan jadi sedap/berselera sebab makan ramai-ramai. Bertambah-tambah. Biarpun lauk berbuka adalah sangat lek-lek ja.

Air wajib adalah air tebu dan air lincikang. Seringgit sepeket. Beli dua peket boleh minum satu family. Mama plak suka nau bancuh air siren (Sirap+oren).  Sapa tak posa takleh makan sekali. Silalah lepak kat depan TV.

Kata ustaz, makan sama-sama ni mengeratkan hubungan sesama adik beradik dan mak ayah. Untung la yang masih ada mak ayah. Untungla yang masih boleh makan ramai-ramai ngan adik beradik.

Nikmat berbuka ngan keluarga ni tak boleh digambar. Nikmat berbuka di hotel 5 bintang sekalipun takleh lawan. Hatta berbuka dengan Perdana Menteri sekalipun, jika aku diberi pilihan, aku pilih berbuka dengan keluarga.

Kerana itu, jika ada orang memilih berbuka dengan keluarga dan kensel appointment berbuka bersama kawan-kawan, aku tidak terkilan. Kerana aku juga akan lakukan perkara yang sama.

Jika suatu hari nanti seseorang itu menjadi sebahagian daripada keluarga yang bakal aku bina, maka ketahuilah, dia  adalah keutamaan aku melebihi kepentingan lain di dunia

family first!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s