Waktu dan proses..


Segala yang terjadi perlu waktu, perlu proses dan perlu peringkat..

hatta Tuhan juga jadikan alam ini berperingkat-peringkat. Bukankah Dia maha berkuasa. Hanya dengan kun fayakun sahaja maka alam ini boleh terbentuk.

Tuhan mahu kita tahu. Setiap kejadian perlu proses. Setiap proses perlu waktu.

Tuhan mahu kita tahu, sedang Dia yang maha berkuasa masih mahu gunakan waktu untuk siapkan ciptaanNya, apatah lagi kita hambaNya yang maha kerdil.

Kerana itu diciptakan Dia sabar. Dia mahu kita bersabar melayan kerenah waktu. Dia mahu kita tahu waktu itu bukan ciptaan kita. Bukan ciptaan manusia. Kita hanya menjalani setiap detik waktu yang Dia cipta..dengan sebaiknya.

Kita ini perengus. Semuanya mahu cepat-cepat. Semuanya mahu ikut aturan kita. Semuanya mahu beraluran rencana kita.

Kita doa, kita mahu Dia tunaikan. Kita seperti arahkan Dia tunaikan seperti yang kita mahu. Kita mahu tidak-tidak Dia perkenan permintaan kita.

Kita bentak-bentak jika yang diberi bukan seperti yang kita minta. Kita ingat kita lebih tahu dari Dia.

Kita selalu lupa yang dia Maha mengetahui. Dia tahu apa yang kita tidak tahu  Dia adalah sebaik-baik Perencana.

Hari ini kita melihat satu manusia. Maha jahat. Kejamnya maha Dahsyat. parut bukan sahaja di muka malah parut di perut. Keras bukan sahaja air mukanya malah hatinya.

Kita hukum dia dengan hukuman akal kita. Kita hukum dia menjadi isi neraka. Kita hukum dia sepertinya kita ini akan melihat dia tersiksa dari kejauhan kita dipuncak syurga.

Kita ketawa kerana kita merasa sepadan perbuatan jahatnya dengan timpalan hukuman.

Kita lupa, manusia itu terbentuk dari sebuah proses. Proses maha suci penyatuan dua cinta. Proses menjadi manusia fitrah. Fitrah manusia.

Jika Dia mahu memberi hidayah, manusia yang kita hukum jahat itu bisa kembali kepada fitrah kejadiannya. Fitrah dan suci. Kasih sayang dan cinta kasih.

Begitulah sebaliknya.

Selagi proses masih berjalan seiring waktu. …Jangan pantas kita menghukum. Kita ini siapa?

Semetelahlah kita ini manusia. Helaan nafas sahaja atas aturanNya. Lagi mahu bongkak.

Jelik!

titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s