bermujahadahlah hati


Baru aku perasan. Lama jugak aku tidak menulis. Hampir tiga bulan. Keras pula jari jemari mahu menghadam resah hati dan penat otak. Mahu ditulis perkara yang besar-besar dikata orang aku orangnya yang suka bermimpi di siang hari.

Bukankah untuk menghadap nyata harus terlebih dahulu memasang mimpi. Siapa antara kita yang tidak pernah berimpian mahu jadi itu dan ini. Siapa antara kita yang tak pernah ada  cita-cita dan mahu mengubah sesuatu dengan tangan kalau pun tidak dengan hati.

Kadang-kadang menjadi manusia yang bercita-cita juga  banyak cabarannya. Banyak liku dan dan aral melintang ditengah jalan. Walau pun yang dicita-citakan itu bukan untuk tembolok diri sendiri. Bukan untuk poket sendiri. Bukan untuk naikkan diri sendiri di puncak kuasa.

Kadang-kadang cita-cita itu mahu saja dicampak ke kali yang paling dalam. Biar saja tenggelam di sana tidak terusik. Letih. Letih bila selalu mengadap manusia persis sifatnya enau dalam belukar.

Manakan tidak rasa mahu putus asa.  Manakan tidak mahu saja dibiarkan diri sendiri hanyut mengikut arus. Mahu jadi apa, mahu terdampar dimana, mahu timbul atau tenggelam, diserah saja pada takdir waktu.

idelisnya, bulat manusia kerana muafakat sebagaimana bulatnya air kerana pembentung.  Hakikatnya, bila sesekali meraba-raba di tengah belakang, rupa-rupanya bercacak-cacak hinggap belati tajam.

Mereka mahu jadi ketam melayu yang tarik menarik kawan turun…silakan.

Mahu naik ke atas dengan kesan tapak kaki kita atas kepala orang lain…silakan.

Mahu mabuk dalam limpahan kuasa dan kedudukan..silakan

Mahu diangkat dan dipuji-puji orang…silakan..

Bukan itu yang aku cari. Bukan itu yang aku damba.

Idelisnya aku, biarlah kerja menjadi ibadah.  Biar menjadi jambatan buat aku menuai pahala. Aku penat dengan politik dan politik pejabat yang bobrok dan memenatkan.

Hendak mengikhlaskan hati bukan mudah. Hendak berpaut pada cita-cita ini juga bukan mudah.

Kalau diam itu lebih baik dari berbicara. Maka aku pilih diam.

Bermujahadahlah hati….

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kata orang apa guna bercakaran dengan orang gila yang akhirnya yang dibilang gila itu adalah aku juga.

Menjadi orang baik dikata pura-pura baik, menjadi jahat  di keji orang apatah lagi.

Apa pilihan yang aku ada. Aku pilih sabar.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s