BELUM MASANYA

Orang selalu bercakap soal zon masa. Dalam internet pun banyak pasal ni. Dalam whatapp group pun banyak.

Aku bukan nak bercakap soal zon masa. Aku nak bercakap soal belum masanya.

Macam selalu orang cakap, belum sampai ajal. Belum masa nak mati. Buatla macamana pun, hatta eksiden sampai berkecai kereta. Jika belum sampai ajal, maka belum boleh lagi seseorang itu  mati.

Sama jugak macam sesuatu yang kita hajati dari manusia. Kita mohon Allah tunaikan. Tapi selalu tak dapat.

Kita nak itu dan nak ini pada masa sekian-sekian. Contoh kita nak naik pangkat pada umur sekian-sekian. Atau nak kawin pada umur sekian-sekian. Beli rumah pada umur sekian-sekian.

Kita tak dapat.

Terlajak bas terlepas keretapi macam aku. Selalu kena bahan dengan kawan-kawan. Konon memilih sangat la, taste tinggi la, bla!bla!bla. Eh?

Ustaz ada cakap pada aku. Sangat simple dan padat.

“Jika tak dapat, bermakna belum masanya”

Jika sampai masanya.. maka tiada siapa yang boleh halang keizinanNya.

Rupanya kita selalu mencari izin manusia. Kita lupa yang membolehkan sesuatu itu berlaku yang ultimatenya memerlukan keizinan dariNya.

Pernah ke kita minta izin dari tuhan? Aku? tak pernah sekalipun aku minta izin Dia dalam doa aku. Yang aku tau hanya minta macam-macam apa yang aku nak.

Dahla hamba demand pulak tu. Teruk kan?

jahilnya aku. Allahu.. titik.

Advertisements

BAIK TIDAK SEMESTINYA BAIK, TAK BAIK TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAIK

“Tak baik tidak semestinya tak baik”

“baik tidak semestinya baik”

Balik dari surau semalam terngiang-ngiang pulak ceramah ustaz ni.

Ye la. Aku ni selalu bersangka buruk dengan tuhan. Padahal aku tau konsep ‘hikmah disebalik kejadian’.

Bila tuhan berikan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, hasilnya akhirnya tidak semestinya tidak baik. Yang baik berlaku pada kita tidak semestinya akan berakhir dengan baik juga.

Sebab itu Dia adalah sebaik-baik perencana.

Dikisahkan seorang petani telah yang hilang kuda  betina yang paling baik dia ada. Orang kampung menzahirkan simpati di atas kejadian tidak baik yang menimpa petani tersebut.

Apa petani tu cakap “ yang tidak baik tidak semestinya tidak baik” “yang baik tidak semestinya baik

sgt positif kot sang petani ni.

Akhirnya apa yang berlaku, kuda betina yang paling cantik itu tadi pulang ke kandang selepas beberapa minggu bersama 4 ekor kuda jantan liar yang cantik jugak.

panjang lagi cerita ni… sampailah kisahnya bermenantukan anak orang hartawan…

kesimpulannya memang sang petani ini sentiasa positif dengan ayat “yang tidak baik tidak semestinya tidak baik” “yang baik tidak semestinya baik” setiap kali berlaku sesuatu kepada dirinya.

kata ustaz itu lagi, antara tanda orang yang bahagia hatinya ialah

Jika mendapat musibah dia sabar

Jika mendapat nikmat dia bersyukur

kata ustaz lagi kita selalu lupa bersyukur  dengan apa yang kita sedang dapat sedangkan itu bukan perkara yang kita minta dari Allah.

Contohnya kita minta sebuah rumah yang besar dan cantik tapi yang Dia bagi kita ialah kesihatan yang baik. Kan macam takda kena mengena apa yang diminta dengan apa yang kita dapat.

Tapi, bukankah kalau kita sentiasa sakit dan tak sihat, apa guna rumah yang besar dan cantik. Silap-silap hospital menjadi rumah kedua kita.

Itulah Allah. Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

titik.

 

RAHSIA

Manusia ni pelik. Ada rahsia, tapi mahu diceritakan pada orang lain. Lepas tu menagih janji bahawasanya orang diceritakan rahsia itu harus memegang janji jangan dipecahkan rahsia ini.

Kalau mahu rahsia tersimpan rapat, kenapa harus diceritakan kepada orang lain.

Namanya jugak rahsia. kan? Kalau dah diceritakan, apa lagi rahsianya?

Takut-takut yang diceritakan kepada si mulut tempayan. Atau si pemecah amanah. Habis rahsia kita bertaburan merata alam.

Sementara baik ber comolot ni bolehlah rahsia tersimpan. Kalau dah esok-esok bergaduh bermasam muka. Dah cemana? Obligasi menyimpan rahsia tentu-tentu akan terhapus jua. kan?

Kesimpulannya, Kalau rahsia itu membabitkan aib sendiri, eloklah jangan dipanjangkan kepada pengetahuan orang lain. Walaupun kawan paling bff yang kita ada.

Kerana harus barang di ingat, kawan kau yang bff tu pun ada bff dia sendiri

Akhirnya dari bff kepada bff kepada bff, pusing punya pusing, cerita tu akan berangkaian akhirnya. last-last sampai kat ko balik.

Asalnya: “ko jangan cerita kat sapa2″….. dia pun jumpa sorang lagi :”ko jangan cerita kat sapa-sapa”,  bff ni jumpa bff dia: “ko jangan cerita kat sapa-sapa”…

tu la yang selalu jadi.

Kesimpulannya, kalau nak percayakan orang dengan sesuatu rahsia, berpada-pada la.

Jangan percaya sangat sifat manusia ni. Bukan semua boleh menyimpan rahsia.

 

 

 

 

 

Rezeki

Aku ada sorang member. Dia tak banyak cakap. Tapi kalau dia bercakap, bijik butir yang keluar tu memang makan dalam.

Dia bagi contoh hidup kita ni. Rezeki yang Allah janji. Dalam Quran, Allah kata, ajal, rezeki dan jodoh tu dah tertulis.

Allah janji akan ada rezeki pada setiap anak Adam.

Allah yang janji kot. Bukan manusia.

Tapi sejauh mana keyakinan kita pada janji Allah. Tu belum sebut janji syurga dan azab neraka lagi.

Baik.

Dia bagi contoh. Katakan Steve Job masih hidup. Datang jual handphone kat kita. Dia janji, kalau rosak, dia akan ganti balik handphone yang baru. Dia sendiri akan hantar handphone tu byhand kat rumah kita. Personally delivered.

Agak-agak kita konfiden tak, nak beli?

Mesti la kita konfiden. Aku pun konfiden. Gila kau tak konfiden.  Janji seorang CEO. Reputasi tinggi kot. Takan CEO yang terkenal nak menipu. Agak-agak la kan.

Tapi, kenapa kita tak confident enough kalau Allah yang janji. Bukankah Dia lebih berkuasa dari segala mahkluk yang ada di alam buana ni.

Dia janji rezeki. Dia janji jodoh. Dia janji ajal.

Takkan Dia nak mungkir janji. Kita tau Dia akan tepati janji.

Tapi sejauh mana konfiden level kita terhadap Dia? Tipulah kalau kita tak pernah kita persoalkan tindakan Dia?

Takkan tak pernah kita bertanya kenapa yang kita minta itu dan ini tapi  Dia tak bagi-bagi lagi? Pernahkan kita bertanya kenapa aku yang kena lalui semua ni.

Kita persoalkan tindakan Dia tanpa kita sedar. Kita tak perasan. Kita ingat kita tau semua. Kita ingat kita lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Sedangkan yang tulis buku kehidupan kita ni Dia. Yang mengerakkan kita setiap hari ni Dia. Yang tentukan kita ke kiri dan ke kanan pun Dia.

Yang tentukan kita berada pada tempat tertentu, pada masa sekian-sekian ni juga Dia.

Perjalanan hidup kita Dia yang aturkan. Esok nak jadi apa dengan kita pun Dia dah tahu. Kita? esok pagi pun tak boleh bagi jaminan kat diri sendiri samada kita dapat bangun atau tidak.

Again. … berapa tinggi konfiden level kita kepada Allah?

Malah kadang-kadang kita yakin kepada manusia itu lebih dari keyakinan kita pada Dia.

Lemah sungguh rupanya kita. Selalu sangat bergantung harap pada makhluk semata-mata tanpa kita sandarkan pergantungan kita juga kepada Allah.

Dah la kita ni lemah, tapi tetap kita nak menyombong. Kita bongkak. Kita ta’ajub. Kita ujub.

Kita riak dengan ehsan rezeki dari Dia.

Ehsan kot. Belas ehsan. Kita ni macam pemintak sedekah. Tau tak? Takda ehsan Allah, takda la rezeki kita sehari-hari.

Tapi kita tetap sombong. Modal sombong tak perlu banyak.

Sedikit pangkat, kedudukan, harta, kecantikan, kesihatan, gelaran. campur semunya sesedap rasa, Cukup! Complete modal share.

Dahla sombong dengan manusia. Dengan Allah pun nak sombong juga.

Dasar muka tak malu!

 

 

 

 

 

 

Nilaian

Life is not only about us and people that we know.

Kita suka judge orang tanpa sempat kita berkenalan pun. Kita nilai orang macam kita ni  sangat berkelayakan menilai orang lain seadanya.

Do not judge the book by its cover. Yang pakai serban kopiah pun tak semestinya warak. Yang rambut blonde sekalipun bukan pasti ahli neraka.

Kadang-kadang, apa yang kita tahu tentang orang itu sangat sedikit walaupun kita dah kenal bertahun-tahun.

Tak adil kalau kita terus menilai apatah lagi baru sehari dua kenal.

Apatah lagi kita menilai seseorang dari cakap-cakap orang.

Tidak adil. Sangat tidak adil. Lagi-lagi orang yang dinilai terus dihukum tanpa peluang untuk membela diri.

 

—-+++++++++————————————————————————————————+++++++

Muka jahat dan Muka baik

Bak kata kawan aku, kalau muka jahat, kalau memang jahat, sesuai nampak jahatnya. tapi… kalau muka baik,  memang confirm kita akan tersalah sangka.

Muka baik tapi hakikatnya tak berapa baik ni memang sangat bahaya. Bahasa lembut, ayat manis, tertib lendik.

Bermuka-muka. Sapa pun tak sangka. Hipokrit!

Tapi ye la. Kalau berpura-pura, satu hari mesti terbit true colour. Kau cover la macamana sekalipun.

Dah tentu-tentu memang perangai tu ada dalam diri.

Sebab tu pepatah melayu kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kata orang, orang macamni jangan kasi chance. Kasi letop semua. Biar pecah tembelang. Biar busuk semua orang boleh bau.

Aku kata tak boleh la. Kadang-kadang life is not only about us. Kalau kita letop akan ada orang lain yang tak bersalah akan terlibat sama. Tak pasal-pasal terlibat.

Ada orang lain yang tak bersalah akan menanggung salah dia. Sedangkan orang lain tak buat salah pun. Tak terlibat pun at the first place. Ko faham tak?

Takpela, kalau dia tak nak jaga aib diri sendiri, kita bantu la jaga. Tak rugi pun. Yang penting, kita tak aibkan orang. Tu ja.

Aib kita ni pun berlambak-lambak. Sebok sangat nak bukak aib orang dah kenapa? Kalau Allah telanjangkan aib kita, mana kita nak letak muka.

Lama mana sangat mereka boleh berpura pura, bermuka-muka. Lambat laun orang tahu juga.

Lama mana nak sangat sembunyi-sembunyi, nak cover-cover. Bukan kita berdua saja ada mata. Bukan kita dua saja ada telinga. Bukan kita dua saja ada mulut.

Zaman sekarang zaman internet. Semua maklumat dihujung jari. Viral memviral ni macam pendemik. Bahaya dan membahayakan.

Jangan ingat orang tak tahu dan tak akan tahu.

Jangan ingat aku tak tahu… alahaiiiii!!!!

Kalau kita tak nak kesian kat orang seperti ini, kita kena kesian la kat orang lain yang tak ada kena mengena dalam ini wayang gambar.

 

Takkan la kita takda perasaan kesian langsung???? kan??? Kalau pun dia tak kesian kat diri dia sendiri, kita tolong la kesian bagi pihak dia.

Kalau aku boleh rasa kesian tak sampai hati, why can’t you….

Besi padu pun boleh cair… inikan pula hati manusia..

Kesiannnnn…

titik

 

 

 

 

 

 

bermujahadahlah hati

Baru aku perasan. Lama jugak aku tidak menulis. Hampir tiga bulan. Keras pula jari jemari mahu menghadam resah hati dan penat otak. Mahu ditulis perkara yang besar-besar dikata orang aku orangnya yang suka bermimpi di siang hari.

Bukankah untuk menghadap nyata harus terlebih dahulu memasang mimpi. Siapa antara kita yang tidak pernah berimpian mahu jadi itu dan ini. Siapa antara kita yang tak pernah ada  cita-cita dan mahu mengubah sesuatu dengan tangan kalau pun tidak dengan hati.

Kadang-kadang menjadi manusia yang bercita-cita juga  banyak cabarannya. Banyak liku dan dan aral melintang ditengah jalan. Walau pun yang dicita-citakan itu bukan untuk tembolok diri sendiri. Bukan untuk poket sendiri. Bukan untuk naikkan diri sendiri di puncak kuasa.

Kadang-kadang cita-cita itu mahu saja dicampak ke kali yang paling dalam. Biar saja tenggelam di sana tidak terusik. Letih. Letih bila selalu mengadap manusia persis sifatnya enau dalam belukar.

Manakan tidak rasa mahu putus asa.  Manakan tidak mahu saja dibiarkan diri sendiri hanyut mengikut arus. Mahu jadi apa, mahu terdampar dimana, mahu timbul atau tenggelam, diserah saja pada takdir waktu.

idelisnya, bulat manusia kerana muafakat sebagaimana bulatnya air kerana pembentung.  Hakikatnya, bila sesekali meraba-raba di tengah belakang, rupa-rupanya bercacak-cacak hinggap belati tajam.

Mereka mahu jadi ketam melayu yang tarik menarik kawan turun…silakan.

Mahu naik ke atas dengan kesan tapak kaki kita atas kepala orang lain…silakan.

Mahu mabuk dalam limpahan kuasa dan kedudukan..silakan

Mahu diangkat dan dipuji-puji orang…silakan..

Bukan itu yang aku cari. Bukan itu yang aku damba.

Idelisnya aku, biarlah kerja menjadi ibadah.  Biar menjadi jambatan buat aku menuai pahala. Aku penat dengan politik dan politik pejabat yang bobrok dan memenatkan.

Hendak mengikhlaskan hati bukan mudah. Hendak berpaut pada cita-cita ini juga bukan mudah.

Kalau diam itu lebih baik dari berbicara. Maka aku pilih diam.

Bermujahadahlah hati….

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kata orang apa guna bercakaran dengan orang gila yang akhirnya yang dibilang gila itu adalah aku juga.

Menjadi orang baik dikata pura-pura baik, menjadi jahat  di keji orang apatah lagi.

Apa pilihan yang aku ada. Aku pilih sabar.

 

 

menulis dan aku

Banyak sebab orang menulis. Ada yang nak berkongsi pengalaman. Ada yang nak berkongsi tempat makan. Ada yang nak berkongsi keluh kesah perasaan.

Ada orang menulis sebab hobinya menulis. Sampai ada yang kaya raya sebab menulis. Contoh JRR Tolkein, JK Rowling dll.

Aku? Aku tulis tentang apa yang aku nak tulis. Apa yang aku tulis dalam blog ni datang dari hati pada masa aku tulis. Masa geram, ayat geram. Masa marah, ayat marah.  Masa happy of course ayat happy.

Aku menulis bukan sebab nak menunjuk. Nak tunjuk pandai. Nak tunjuk alim atau nak tunjuk bagus.  Jauh sekali nak tunjuk warak.

Nak menunjuk harta? Lagi la takda.

Aku cuma harap, kalau ada yang membaca kelak, kalau ada yang baik aku tulis, ambillah sebagai ibrah. Yang buruk ambillah buat pedoman.

Sebab manusia ni berubah. baik berubah rupabentuk, emosi dan fikiran. Manusia,  yang dipersoal malaikat akan penciptaannya. Hati manusia yang mudah berbolak balik.

Tiada yang sempurna kecuali Dia. Aku banyak cacat celanya.

___________**——————-**_____________**——————-**________

Sempena gerhana Matahari hari ni, eloklah kita kembali melihat kebesaranNya.

Tengoklah betapa kerdilnya kita. Tak ada daya pun nak halang gerhana. Besar sgt kekuasaaNya. Ya zal Jalaliwal Ikram.

Kita tahu kita kerdil, tapi kita masih mahu sombong dengan makhluk Allah yang lain.  Pelik!

Bila kita ada pangkat, jawatan, kekuasaan, kita rasa kita lebih mulia dari orang lain.

Kita rasa kita lebih hebat dari tukang sapu sampah tepi jalan. Lebih berdarjat dari bangla keja pump station.

Bila kita baik dengan the higher echelon, Raja-Raja, Menteri-Menteri, Tan Sri2 dan boss2 besar, kita jadi kembang semacam. Jalan pun mendada/mengepak.

Nabi Sulaiman yang ada Kerajaan Timur dan Barat pun tak sombong macam kita.

Patutnya, dengan kelebihan yang Allah bagi ni, kita kena gunakan ke arah kebaikan. Bantu orang yang memerlukan bantuan.  Jadi superhero in our own way

Kena lebih jengok ke bawah bukannya semakin menghimpit orang di atas.

Bak kata seorang ulama. Semakin banyak ilmu yang kita ada, semakin merendah diri akan dia.

Allah bagi apa yang kita ada hari ini bukan sia-sia. Allah bagi apa yang kita ada juga bukan exclusive milik kita.

Daripada apa yang kita ada harini, jangan lupa, datangnya dari sumbangan orang lain juga. Sumbangan orang di sekeliling. Mak ayah, cikgu2, kawan2, makcik cleaner, driver bus, polis, attendant hospital, bangla mesin rumput, pomen keta, kerani opis dll….

Sebab itu, bahagian yang kita dapat hari ini, ada bahagian orang lain juga. Islam ajar kita konsep zakat dan sedekah.

Semulia-mulia manusia hatta seorang raja, muka ditanjak ke tempat pijakan orang juga. (yakni bila bersujud).

Mahu sombong? Se Qu Puteh mana pun kita, sama ja macam Qu Hitam qibti sahara, jadi makanan ulat dan cacing akhirnya. .