RAHSIA

Manusia ni pelik. Ada rahsia, tapi mahu diceritakan pada orang lain. Lepas tu menagih janji bahawasanya orang diceritakan rahsia itu harus memegang janji jangan dipecahkan rahsia ini.

Kalau mahu rahsia tersimpan rapat, kenapa harus diceritakan kepada orang lain.

Namanya jugak rahsia. kan? Kalau dah diceritakan, apa lagi rahsianya?

Takut-takut yang diceritakan kepada si mulut tempayan. Atau si pemecah amanah. Habis rahsia kita bertaburan merata alam.

Sementara baik ber comolot ni bolehlah rahsia tersimpan. Kalau dah esok-esok bergaduh bermasam muka. Dah cemana? Obligasi menyimpan rahsia tentu-tentu akan terhapus jua. kan?

Kesimpulannya, Kalau rahsia itu membabitkan aib sendiri, eloklah jangan dipanjangkan kepada pengetahuan orang lain. Walaupun kawan paling bff yang kita ada.

Kerana harus barang di ingat, kawan kau yang bff tu pun ada bff dia sendiri

Akhirnya dari bff kepada bff kepada bff, pusing punya pusing, cerita tu akan berangkaian akhirnya. last-last sampai kat ko balik.

Asalnya: “ko jangan cerita kat sapa2″….. dia pun jumpa sorang lagi :”ko jangan cerita kat sapa-sapa”,  bff ni jumpa bff dia: “ko jangan cerita kat sapa-sapa”…

tu la yang selalu jadi.

Kesimpulannya, kalau nak percayakan orang dengan sesuatu rahsia, berpada-pada la.

Jangan percaya sangat sifat manusia ni. Bukan semua boleh menyimpan rahsia.

 

 

 

 

 

Advertisements

Rezeki

Aku ada sorang member. Dia tak banyak cakap. Tapi kalau dia bercakap, bijik butir yang keluar tu memang makan dalam.

Dia bagi contoh hidup kita ni. Rezeki yang Allah janji. Dalam Quran, Allah kata, ajal, rezeki dan jodoh tu dah tertulis.

Allah janji akan ada rezeki pada setiap anak Adam.

Allah yang janji kot. Bukan manusia.

Tapi sejauh mana keyakinan kita pada janji Allah. Tu belum sebut janji syurga dan azab neraka lagi.

Baik.

Dia bagi contoh. Katakan Steve Job masih hidup. Datang jual handphone kat kita. Dia janji, kalau rosak, dia akan ganti balik handphone yang baru. Dia sendiri akan hantar handphone tu byhand kat rumah kita. Personally delivered.

Agak-agak kita konfiden tak, nak beli?

Mesti la kita konfiden. Aku pun konfiden. Gila kau tak konfiden.  Janji seorang CEO. Reputasi tinggi kot. Takan CEO yang terkenal nak menipu. Agak-agak la kan.

Tapi, kenapa kita tak confident enough kalau Allah yang janji. Bukankah Dia lebih berkuasa dari segala mahkluk yang ada di alam buana ni.

Dia janji rezeki. Dia janji jodoh. Dia janji ajal.

Takkan Dia nak mungkir janji. Kita tau Dia akan tepati janji.

Tapi sejauh mana konfiden level kita terhadap Dia? Tipulah kalau kita tak pernah kita persoalkan tindakan Dia?

Takkan tak pernah kita bertanya kenapa yang kita minta itu dan ini tapi  Dia tak bagi-bagi lagi? Pernahkan kita bertanya kenapa aku yang kena lalui semua ni.

Kita persoalkan tindakan Dia tanpa kita sedar. Kita tak perasan. Kita ingat kita tau semua. Kita ingat kita lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Sedangkan yang tulis buku kehidupan kita ni Dia. Yang mengerakkan kita setiap hari ni Dia. Yang tentukan kita ke kiri dan ke kanan pun Dia.

Yang tentukan kita berada pada tempat tertentu, pada masa sekian-sekian ni juga Dia.

Perjalanan hidup kita Dia yang aturkan. Esok nak jadi apa dengan kita pun Dia dah tahu. Kita? esok pagi pun tak boleh bagi jaminan kat diri sendiri samada kita dapat bangun atau tidak.

Again. … berapa tinggi konfiden level kita kepada Allah?

Malah kadang-kadang kita yakin kepada manusia itu lebih dari keyakinan kita pada Dia.

Lemah sungguh rupanya kita. Selalu sangat bergantung harap pada makhluk semata-mata tanpa kita sandarkan pergantungan kita juga kepada Allah.

Dah la kita ni lemah, tapi tetap kita nak menyombong. Kita bongkak. Kita ta’ajub. Kita ujub.

Kita riak dengan ehsan rezeki dari Dia.

Ehsan kot. Belas ehsan. Kita ni macam pemintak sedekah. Tau tak? Takda ehsan Allah, takda la rezeki kita sehari-hari.

Tapi kita tetap sombong. Modal sombong tak perlu banyak.

Sedikit pangkat, kedudukan, harta, kecantikan, kesihatan, gelaran. campur semunya sesedap rasa, Cukup! Complete modal share.

Dahla sombong dengan manusia. Dengan Allah pun nak sombong juga.

Dasar muka tak malu!

 

 

 

 

 

 

wishlist travel-place

Aku suka travel. Dulu sebab tak pandai bajet, maka aku selalu travel local.  Aku tak bernasib baik macam sesetengah orang. Dapat pergi merata-rata selalu-selalu. Aku ni nak pergi setahun sekali pun susah.. huhuhu.

Ada orang lagi bernasib baik sebab travel on government expenses. Ye la, sambil  pergi atas urusan kerja, dapat jugak merasa jejak kaki kat tempat orang. Alhamdulillah, dah rezeki dorang Allah tetapkan macamtu.

Waima apa pun Allah letak kan rezeki aku, aku tetap jugak buat wish list tempat-tempat yang aku nak melawat..

So, bajet untuk travel telah aku asingkan sedikit demi sedikit untuk aku berjimba jauh-jauh sikit ujung-ujung tahun. Itulah azam tahun baru aku nanti..boleyyy??

Lagi satu.. aku memang teringin nak amik cuti yang sangat panjang dan travel all around the place.. Ala-ala cuti tanpa gaji gittew. Lepas tu tulis satu travelodge novel..Boley??…but before that, there always one place that i wanted to go.. Makkah.. huhuhu..

Owh ya.. hobi JJCM akan kembali diteruskan pada petang ini setelah lama terhenti akibat berdiet…dietla sangat kannnnn…

Sekian dulu laporan pada petang ini..

p/s: update pakai komputer opis sbb laptop merajuk.. huhuhu

dinner at tarbush sunway pyramid

Thanks to encik Reket yang telah menaja makan malam aku dan dua lagi partner in crime, pada malam rabu yang lalu di Tarbush Sunway Pyramid. Semoga semakin dimurahkan rezeki tuan hamba jua adanya.

Jangan jadi macam sesetengah yang dok ada la ni.. semakin banyak duit, semakin tinggi pangkat, semakin kedekut nak belanja kawan2. Pau kawan2 lagi ada.. bolehhhh???

Owh btw,..ini bukanlah iklan free for tarbush. Just nak share experience. ..Biasanya kalau area putrajaya ni, kalau nak cari makanan arab, orang mesti akan sebut Saba’, Cyberjaya.

Bagi pendapat peribadi aku la kan.. Kalau nak bandingkan Saba’ Cyberjaya dengan Tarbush nih… memang agak macam langit dengan bumi dari banyak segi.  Walaupun harga makanan kat Saba’ lebih kurang sama ja dengan Tarbush nih.. tapi kualiti makanan di Tarbush sangat marveles… staff yang sangat mesra pelanggan, ambiance yang cozy dan interior deco yang sangat classy apatah lagi berlatarbelakangkan sunway lagoon.

Kalau dinner kat luar (anjung) Tarbush, sambil makan2, bleh plak lagi layan permandangan malamnya yang sangat cantik. Dahla deco kedai ni sangat meletup. Memang sangat sesuai korang2 nak bawak bini/gefren/boyfren dating kat sini.

Bak kata En Reket… ” makanan dia memang power!!!”

Kitaorang bukan sahaja disajikan dengan makanan yang sedap2… malah, pada malam tersebut, mata kitaorang pun ‘disajikan’ dengan ‘makanan’ yang enak2..  memang sangat penambah selera..

brppp ... Alhamdulillah..-- sendawa kenyang
berrpp .... sendawa 'rezeki' depan mata...rezeki!rezeki!

p/s: Tiba2 terdengaq suara sayup2 dari Pulau Mahsuri…”Amboi!amboi!amboi!Gataiiiiiiiii no, “

cerita si hitam yang berenang2..

Arakian tersebutlah kisah..maka  hari ni genaplah 14 hari aku berenang-renang ditepian kolam lebri tingkat 10 JaypeaYea.  Kenapa?? Tak percaya?? Jangan main2 beb. Kat Putrajaya nih,  dalam lebri pun ada kolam.

Daripada aku tak pandai berenang sampailah skang nih dah terer gila “tut” (sensor-satgi mak aji marah).  Aku tak kisah pun lama mana dorang nak rendam aku dalam kolam. Janji korang jangan rendam gaji2 aku skali sudah…janji gaji jalannnnnnnnn!!!!

.

.

.

Malam2 gini tetiba terasa lapor plak. Tapi.. tak termampu den nak pekena nasi tengah2 malam ni. Tak taulah ‘orang tu’ kan?? Tengah2 malam pun dibedalnya nasi.. nak2 kalau ada kari/gulai. Hish!… timbang la kome sepuluh kali satu hari pun… gitule le jugak ghupenyeee berat kome tuuuu.  Eh!!.. lari tajuk pulak.

Sepatutnya hari ni aku leh  melayan barang seketoi dua satar kat Kemaman. Bukan ajis satar atau aliff satar. Tapi seketol satar yakni sejenis makanan feveret aku. Nak2 kalau dimakan panas2.Perghh!!!!

Memang dari semalam lagi terasa nak makan satar. Petang tadi aku terjumpa satar dekat2 area umah aku. Tapi… omak oi!! reganya bleh buat aku pitam. Sehengget dua posen sebijik. Hilang akal ke mung nih?? Melampau… sangggaaaattt!! Kalau kat Terengganu ko letak rega gini, mau hangus kedai kena bakar dek orang2 kampung.

Sebut bab2 hangus ni,,, teringat lak kat ex staff aku sorang ni. Isnin lepas, ada aku merayau2 kat opis lama. Penat berenang beb.. mengular la pulak. Nampak2 aku je terus dia sound

” Eh En EmZack (bukan nama sebenar), bakpe hitam nih”…

Gitu le lebih kurang ayat dia. Huh! sangat berterus terang. Tak menjaga hati e- boss langsung.

Kesan mandi laut tengah2 hari rembang kat Langkawi itu hari tak ilang2 lagi ropanya. Aku ingat orang tak perasan. Ye la, aku ni kan kulit hitam2 si tampuk manggis sejak dari azali lagi. Ada jugak aku pi cari fair & lovely ni kang,, hu!hu!hu!

Anyway, tadi aku dapat surat posting secara rasmi sebagai penjaga kolam bergaji tetap. Sehingga bila aku akan menjawat jawatan ini, hanya Allah je yang tahu. Lama2 sikit pun takpe, biar ‘orang tu’ yang kena stay up buat bajet sampai pukul 5 pagi jeles sejelesnya.Muahahaha!!!

Ops.. ingat lima perkara sebelum lima perkara… antaranya; lapang sebelum sempit.. Sementara lapang ni meh le kita bereskan kerja2 yang belum terberes. Errr… guna masa lapang gi tengok wayang aci tak??? tettttttttt!!!!

selamat kembali bertugas emzack

Selamat… Selamat..

Selamat jugakla kepada aku yang berjaya mengeluarkan diri dari Negeri yang di tubuhkan oleh Encik Merong Mahawangsa untuk kembali merantau yang ke negeri antah berantah ini. 5 jam bermusafir dengan kenderaan besi dan sampai tepat  jam 3.33 pagi ithnin yang lalu.

Arakian tertulis bahawa setelah 19 purnama aku bertapa di hutan sintok , dengan izinNya jua maka aku telah menamatkan perguruanku dengan jayanya. Amanah yang diberi telah aku laksanakan. Amanat yang di luah, aku genggam menjadi kalungan azimat di dada hati. Alhamdulillah segala pujian kepada tuhan empunya alam buana.

Maka menulis aku untuk titipan anak cucu bagi panduan akan mereka menghela nafas, jika tertulis  kelak mereka harus berkelana mencari tapak membina negara bangsa.

Akan aku dengan kehendak yang Maha Esa jua harus kembali kepada titik dimana aku bermula langkah delapan tahun terdahulu. Kembali mencari rentak tari yang telah 19 purnama aku kesampingkan di tepian. Sumbang atau tidak, pencak ini harus bersimpuh di tengah gelanggang yang sedia tersedia untuk aku.

Apakah terjadi dengan hang emzack?? Ayat purba bagai?? Kaitannya dengan tajuk di atas??

Huh! pengaruh HMM jua adanya. .. ntahapa-hapa..

sekian.

Nak pi Langkawi

Nak pi langkawi…. Nak pi langkawi…

Agak2 sempat dak aku pi sana sebelum balik keja nih???

Keja??? oh tidakkkkkkkk!!!! rasa macam nak berenti keja opis yang bermula 8pg-5.30ptg. Tapi gaji takbleh kurang… Boleh???

Sabar2 tunggu habis kontrak dulu…Pastu kita akan bersama2 memikirkan tawaran itu.. Tawaran??? jeng! jeng! jeng! tetttttttt!!!!