subaidah (subed) dan roti milonya

“Hang dah kena mandrem dengan mamak subed ni ki, tiap2 petang roti milo” kata sahabat aku yang tengah tunggang tebalik siapkan tesis ni.

Agaknya la kot. Tiap2 petang, roti milo ngan ayaq pisang. Cuma semalam ja aku pekena roti banjir ngan nescafe ais. mana la baju2 aku tak semakin mengecik dan sentot.

kehkehkeh… lama aku tak dengaq perkataan sentot. Ni yang syok lepak sama2 kedah yang berbangga dengan bahasa kedahnya. Sorang mamat johor ni pun dah jadi kedah pekat kaw2 punya… kedah celup.

Sesetengah orang tu dok kedah dari kecik..tapi feeling2 orang Kayell. Kiranya, kalau cakap kedah ni kira kampung la. Padahal Tun Mahathir, negarawan terulung pun bantai cakap kedah ja… ” dah lama dah…dah lama dah”..

 

moral of the story; Bahasa tempatan, tak kira kedah, kelate, ganu, peghok, pahang, dll sememangnya ada keunikanya yang tersendiri. Hargailah kepelbagaian gaya bahasa yang kita ada. Tak payah la nak merak sangat ngan key ell kome tu..Kak Limah tak layan de slang key ell kome tu kat kuale ni…

 

Anyway, aku memang terhibur melepak ngan korang petang2 gini. Thanks sebab menghilangkan stress sekejap sebelum aku kembali berjuang sampaila lebri katup. Lepas ni mesti aku rindu subed dan roti milonya… dan yang paling pasti, aku akan merindui ahli2 minum petangnya yang kebanyakkannya mengidap sawan gelak…

Sekian.

Sepetang di tasik Jitra

Petang semalam dengan bangganya aku mengisytiharkan bahawa aku telah berjaya berlari satu round tasik Jitra yang luas itu. Ya’ak awww!! Tu pun nak kecoh??? eh, sukati aku la… blog aku..muhahahah!!! (sila gelak secara jahat!!!)

Dalam sempot2 aku ni pun, dek kerana motivasi mengejar seorang awek yang berlari non stop depan aku, boleh gak aku habis satu round non-stop jugak. 1st time beb2, first time!! banyak kali attempt tapi kali ni baru berhasilllllll!!! lumayan !!!

Penting tu kalau nak bersukan kena ada sumber inspirasi. Bak kata ajis.. ” kalau tak ada perempuan saya tak bleh berlakon” . pulakkkkkkkkk???

Cam nak terkeluar jantung hati ku ini. urghh!!!. Apa2 hal pun, terima kasih la kepada rakan sepejogingan aku yang turut menyumbang kepada aktiviti sihat ini. Ni yang bersemangat nak menten stamina nih. Errrr!!! btw mana ntah  “orang tu‘ yang macam ya,ya nak jogingggg, tapi joging dalam mimpi je la kot… kuat tido!!!!! huh!!!

Tak lupa juga aku ingin merakamkan rasa kasihan aku kepada sebuah paddle boat yang telah dikerjakan secara overloading oleh tiga wanita yang sangat sasa. Sian duwh encik paddle boat tu. Kalau lah dia boleh bercakap la kan, mesti dia tercarot punya akibat terpaksa memikul bebanan yang amat membebankan..uhhhh!!!!

Begitulah sebahagian cerita ceriti aku menghabiskan hari2 terakhir aku di bumi Kedah secara sepenuh masa. Tinggal beberapa belas hari je lagi aku nak blah. Mesti aku rindu hampa semua nanti kan??? Indahnya sebuah ikatan persahabatan.  Terima kasih semua.

 

ntah hapa-hapa

“you dah banyak senyum dah sekarang kan???”  Patutla…..

“Patutla????”

“Patutla nampak muda….”

Aku?? nampak muda..??  ya ak awww!! (Aku tidak bertanggung jawab sekiranya statement ini membuatkan siapa2 termuntah hijau!!)

Mudakah??? oh tidakkk!!!! aku da masuk 3 series okkkkk!! diulangi 3 series!!!!  tak rasa muda pungggggg!!!

Tapi la kan.. saja ja nak bercerita…dalam banyak2 kenalan baru, yang dok congak2 umo aku ni kan,,  cuma sorang ja yang berjaya meneka umur aku dengan tepat..;

iaitu cik akauntan… siap buat calculation bagai tuuuuuuuu!!!  perghhhhhhhh!!! memang dasar makan number, tido number la minah ni!!!!  gua suspek lu la beb!!Tabik springgg!!

Oh… entry yang ntah hapa2!..

Sorry!!!

rezeki tak disangka

Betul la kata orang, rezeki ni kadang2 datang bila kita tak langsung menyangka. Malam tadi, tetiba ada satu hamba Allah hulur kat aku selipat duit 50 hengget. Tebal lak tu. huh! Konfius kejap aku. Aku pun tanya(or buat2 tanya) duit apa lak ni.. ye la tiba2 hulur duit kat aku kan.

Rupa-rupanya dia nak bayar hutang..oooo . Sumpah aku tak hengat dah pun berapa ringgit hutang dia kat aku. Tapi orang tu ingat.  dah orang nak dikasi, aku amik. Rezeki jangan ditolak, kan??Itula, rezeki Allah. Rezeki yang tak disangka2. Orang bayar hutang pun boleh dikira rezeki Allah apa kan??

Ada je sekerat dua yang hutang aku. Ada yang aku lupa, ada yang penghutang lak buat2 lupa. Kalau kes yang aku ingat, segan  nak mintak.  Ada satu mamat ni  berlari2 terus, siap tukar nombor bagai. . Takpela. Aku pun bukanlah hadap sangat hutang dia kat aku. mungkin jugak dia belum khatam bab hutang wajib dibayar.  Setakat ni, Alhamdulillah. aku belum jatuh miskin dek kerana dia tak bayar hutang aku. Malahan melimpah2 pulak rezeki aku Allah kasi.

Aku bersangka baik la kalau gitu.Mungkin dorang blum ada keupayaan nak bayar lagi. Sapa tau kan? Dorang ada anak bini. Aku solo. Maybe jugak dorang nak pakai duit banyak.

Aku bukan la berduit sangat, tapi kalau sampai tak beli susu anak dek kerana nak membayar hutang kat aku tu, macam kejam la sangat kan.

Cuma yang aku tak berkenan, ada yang nak berhutang kat aku pasal nak beli barang yang jadi hobi macam DSLR contohnya, nak masuk saham, nak join forex, dsbnya. Aku ni pun tak dak DSLR, dia pulak nak hutang aku pasal nak beli DSLR, apa kes kan?

Orang, kalau berhutang ni, dia betul2 sesak nak pakai duit untuk hal2 yang penting. ?? .Macam anak nak sekolah ke, nak bayar yuran ke, nak beli baju skolah ke, nak baiki keta rosak dll yang sewaktu dengannya. Lepas tu kena la tanam azam nak bayar balik hutang. Bukan kau pandai2 anggap orang bagi hutang kau sebagai derma jariah. lainla si pemberi hutang yang berniat demikian ok la.  Kan elok kalau adakan hobi membayar balik hutang2  kau kat org lain. Hutang kredit kad pandai lak tak penah miss bayar.

Kesempatan ini kalau boleh aku nak berpesan. Kalau ada aku berhutang kat sapa2, then aku betul2 lupa, tolong la korang gtau aku. Series ni. Hutang besar2 maybe la aku leh ingat, ni  hutang yang sepuluh hengget dua ploh hengget. Nampak kecik beb,or maybe korang segan nak mintak. Tapi aku ni ha, nak kena carry sampai akhirat, tak berbaloi beb. Hutang tetap wajib dibayar walaupun singgit.

Apa2 pun dalam Islam, hutang tetap hutang. Melainkan orang itu menghalalkan hutang itu kepada kita.Kalau aku mati, tak selesai hutang piutang, mau tergantung roh aku diantara langit dan bumi. Time tu, dengan sapa aku nak berkomunikasi mintak tolong bayarkan hutang2 aku. Bukan leh on Fb pun.

Kesimpulannya, ayuhlah kita cepat2 selesaikan hutang2 kita kat orang. Hutang kat bank, nanti insuran akan tolong selesaikan.

Sekian.

birthday treats lagi???

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih lagi sudi membelanja aku sempena hari tua aku yang ke-23… tettttt!!!!! 23 ke????  huahuahua…

Tertera dibawah merupakan kawan baik aku miss Twin. Solo lagi beb.. sapa berkenan sila tinggalkan no telepon anda disini…

Anyway thanks to them, Dina and Diana kerana telah membocorkan poket mereka membelanja aku di kedai pakcik Kenny iaitu sedara tiri sebelah marka angkat kawan depa… ha! merepek!merepek!

Twins

.

.

.

aku dan sifu dina

 

 

Thanks juga to “somebody’ – ehem!ehem! —> ha! jangan nak bergosip ek; yang aku tak berani nak sebut nama kat sini…. takot kontroversi  plak…  yang pentingnya  beliau juga turut bersama-sama menghabiskan duit beliau di Kedai pakcik Kenny.

Alhamdulillah..!!! Rezeki Allah… brppppp!!!!

……….

Disamping itu, tidak lupa juga ingin aku ucapkan salam takziah kepada sahabat2 aku yang telah menjadi mangsa kepada kekejaman lane boling… kah!kah!kah!… sorry ye dik… Sila bertapa di gua hantu dulu baru datang semula mencabar pendekar jaki… huahuahua…

Tu la org tua2 dah pesan.. kontrol sikit lubang idung tu kalau dah menang 1st game… bila 2nd game dan seterusnya kan dah panjang moncong awak lepas tu…

kekekeke…nanti kita repeat ek… Bwak bersabar…

Sekian

thanks friends

dah tua2 pun tiup lilin lagi???

 

Anyway, terima kasih kepada kawan2 kelas yang sudi celebrate birthday aku togeder2 malam tadi. Terharu aku wei… tua2 puan ada org nak arrange majlis. Terasa macam Ismet Ulam Raja pulak.

Walaupun simple, ingatan korang tu yang penting.  Bak kata adik aku yang paling nakal..

“dulu2 celebrate berdua… tahun ni beramai-ramai lak ngan kami”

Terima kasih sekali lagi. I love u all. Terharu aku weh… Terima kasih gak kat deejay restoren yang pasang kuat2 lagu happy birthday kat aku…

Huhuhuh aku dah tua… waaaaa!!!!

 

p/s: terima kasih jugak kepada kawan2 yang wish tru FB dan sms. Aku hargai. Murah rezeki korang tahun ni hendaknya..Amin..

 

aku dan kelasku

kalau dah melihat itu menyakitkan hati…jangan melihat..

Kalu mendengar itu bikin telinga panas… jangan dengar

kalau bercakap itu membuatkan orang tidak selesa… jangan bercakap

Mudah. Senang. Aku pikir gitu ja skang ni. Malas nak semak-semak kepala. Malas nak sakit hati dan menyakitkan hati orang lain. Aku nak hibernate demi mencari kestabilan emosi. Aku mahu jaga diri sendiri.

**********

Cerita bab ramah tamah ni. Aku pun malas dah nak jadi ramah tamah ni. Satgi ada jugak yang feeling-feeling aku nak mengorat, padahal sekadar sapaan rakan sekolej. Tau la aku bujang tak kawin lagi. Kalau tegor pun dah pikir aku nak mengorat, cemanala korang nak masuk dunia pekerjaan sebenar nanti tu.

Kesian aku tengok tahap mentaliti budak2 fresh grade ni esp budak2 pompuan. Kalau dalam kelas, susah sangat nak buka mulut. Padahal bukan tak bijak. Kalau bab PR ni memang teruk. Tak tau nak create networking. Pusing-pusing mesti nak dok dengan puak2 dorang jugak. Sepatutnya,time-time ni la dorang kena ambil kesempatan create networking dengan pelajar-pelajar senior yang dah keja. Takde orang bagitau dorang ke cemana nak grasp advantages ni.

Aku ni suka berkawan. Selalunya orang salah anggap niat aku. Sebab tu, kalau  kat kelas,  aku jarang campur ngan dak2 fresh  pompuan, kecuali dengan yang aku dah betul2 baik dan dah kenal aku cemana. Sembang ngan kakak2/makcik2 lagi selesa. Tak payah nak kena cop bukan2. Tak terlintas pun depa aku nak menggatai ke apa.

Budak-budak fresh grad lelaki kelas aku ni bagus-bagus belaka. Aku puji. PR skill dah improve banyak. Yang baik ngan aku, banyak aku bagi nasihat setakat yang termampu. Aku bukannya pandai sangat, tapi kurang-kurang aku ada pengalaman yang boleh aku share dengan dorang ni. Mana yang elok, ambil la kalau sudi.

Next week kelas dah start. My last semester. Member2 semua dah grad. hopefully aku jumpa kawan2 baru nanti. Wish me luck.