marah

Ada tanya aku. Aku tak marah ke apa yang jadi kat aku dua tiga hari lepas.  Aku tak marah ke dengan apa yang orang buat kat aku?

Ini jawapan aku.

Aku tak marah. Sikit pun tak marah. Aku dah puas marah. Marah sewaktu aku  tidak matang dulu.

Bila aku marah, aku menyesal aku marah. Sebab bila kita marah, syaitan pun yakyakyey. Dia suka. Dia suka kalau kita buat tindakan bodoh semasa tengah marah. Memang dulu aku bodoh.

Aku tak marah. Aku sikit pun tak marah.

Marah dan kecewa adalah dua perkara berbeza. Aku tak rasa nak marah. Rasa kecewa tu sangat mengatasi marah.

Buat apa nak marah.

Bukan takda benda baik yang  pernah berlaku sepanjang aku menjadi sahabat kamu. Marah sampai nak putus saudara, putus sahabat tu tak la bagi aku.

Masih ada kebaikan yang pernah kamu buat. Pernah ada sumbangan kamu dalam hidup aku. Banyak perkara baik yang boleh aku nukilkan menjadi kenangan terindah.

Kalau ada yang indah-indah itu lebih banyak, buat apa nak marah. Tak ada untungnya mengungkit benda buruk yang lepas.

Kalau persahabatan retak mesti ada punca. Kalau puncanya aku, dah lama aku minta maaf. Terpulang kpd yang mahu memaafkan.

Kalau puncanya kamu, aku belum sekali pun mendengar kata maaf.

Kalau ada terbuku di hati elok terus terang. Daripada cakap-cakap belakang. Dari curi-curi keluar malam.

Terus terang kan senang. Kalau mahu bebas, terus terang.  Kalau mahu lepas, terus terang. Kalau sudah tidak mahu bersahabat, terus terang.  Kalau mahu bercampur kasta lebih tinggi, terus terang.

Kan lebih mudah dari menyimpan dendam terpendam. Sakit dan perit.

Tapi aku percaya sesuatu yang berlaku ada hikmah. Baik ketentuanNya untuk aku, aku terima. Buruk ketentuanNya untuk aku, aku redha.

Aku tak marah. Sikit pun tak.

Seriusly!!!!

titik!

 

 

 

Advertisements

Selamat tinggal Ramadhan dan Syawal Selamat Datang Zulkaedah dan Zulhijjah

 

DSC_0387

 

 

Syawal dan Ramadhan pun berakhir sudah. Sekarang tibalah giliran Zulkaedah dan kemudiannya Zulhijjah. Maka berakhirlah satu lagi pusingan tahun dalam kalendar Islam.

Perhatikan masa.  Masa akan mengubah segalanya. Tiada yang kekal jika kita berurusan dengan masa.

Kerana itu, manusia juga akan terkesan dengan masa. Manusia sentiasa berubah seiring perubahan waktu. Baik pada fizikal ataupun spiritual. Ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Setiap ciptaan Allah ada masanya masing-masing. Sehinggalah masa berhenti berdetik untuk mereka.

Tiada kudrat yang mampu melawan masa.

Sebagai manusia biasa. berhentinya putaran masa hanyalah pada penaakulan dan akal fikiran. Yang menyekat dan tersekat pada masa lalu.Mainan taakulan dan emosi. Kawalan fikiran sedar ataupun separa sedar. Beku pada zaman lalu.

Peliklah jadinya akal sendiri kalau kita ingat manusia itu tetap dan tidak berubah. Fizikal atau emosinya dipaksa meruntun masa. Tiada pilihan.

Maafkanlah mereka, maafkanlah aku yang terkhilaf di dalam lenturan masa.

Jika ada sakit di hati, patah riuk remuk redam. InsyaAllah, masa adalah ubatnya. Berilah masa, masa….

Salam Zulkaedah…Salam Merdeka…

 

titik

 

petunjuk

Bila kita lost, selalu kita cari tuhan. Mintak petunjuk. Kadang-kadang Dia bagi petunjuk secara jelas, kadang-kadang Dia bagi secara tersembunyi. Dia nak suruh kita tafsir sendiri.

Mungkin juga kita  telah terima jawapan yang selama ni kita cari. Mungkin juga tidak. Mungkin kita tidak sedar kerana kita belum mahir mentafsir apatah lagi melihat.

Jika benar aku telah diberi jawapan, maka permudahkanlah jalan yang aku pilih ini kelak. Jika tidak, penantian itu harus aku teruskan. Bantulah aku wahai Raja segala raja.

 

Titik.

rezeki

Pernah dengar kisah Nabi Allah Sulaiman dan seekor semut? Bagaimana konfidentnya semut kepada rezeki yang Allah bagi compare dengan janji Nabi Allah Sulaiman untuk menjaga rezeki semut tersebut?

 

semut 2

Bila kita sebut rezeki, dalam kepala kita mesti bab makan. “rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari”.

Tapi sebenarnya persoalan rezeki ni sangat luas. Segala perkara yang baik dan tidak baik yang berlaku kepada kita juga adalah kurniaan rezeki daripadaNya juga. Contohnya dalam kes pesawat MH370, bagaimana seorang penumpang yang terlepas kapalterbang tu. Memang rezeki dia la. Kalau tidak dia pun akan bersama2 penumpang yang lain hilang di lautan Hindi.

Sama jugak ujian. Bila Allah bagi ujian, Dia tahu kita mampu untuk hadapinya. kan?

Pagi tadi aku dihulurkan dengan persoalan jodoh. Letih kalau nak bercakap bab ni. Sebab orang kita gemar untuk bertanya dan lebih teruk mengata mengapa si polan dan sipolan ini masih lagi belum bertemu jodoh.

Mungkin belum lagi rezekinya untuk bertemu jodoh yang bersesuaian. Rezeki kan hak mutlak milik Allah. Masalahnya, hamba2Nya selalu mempersoalkan rezeki dariNya.

Kadang-kandang sebelum Allah nak bagi rezeki, Dia mungkin akan uji kita dahulu.  Yang belum berkahwin mungkin di uji dengan cara ini. Di uji lambat bertemu jodoh. Bila lambat bertemu jodoh, macam-macam cemuhan kita dapat. Terutamanya kepada perempuan.

Jangan ingat orang yang sudah berkahwin terlepas ujian jodoh ni. Ada yang diuji jodoh tak panjang. Ada pula yang jodoh masih ada tapi di uji dengan anak-anak. Bertahun-tahun kahwin tapi belum beroleh cahaya mata pun ujian juga. Ada sahabat aku di uji dengan anak yang dihidapi penyakit kronik. Ada juga yang di uji dengan orang ketiga dan sebagainya.

Pokok pangkalnya, Kalau belum sampai jodoh,janganlah terlalu berdukacita. Soal jodoh mungkin satu ujian Allah kepada hambanya. Sesetengah kita mungkin telah berusaha sedaya mungkin untuk jodoh mereka. Mungkin juga kurniaan rezeki itu belum tiba masanya, namun perancangan Allah juga yang terbaik untuk makhluknya.

Berbaik sangka dengan Allah kan bagus. Setiap perancanganNya mesti ada hikmahnya

Kepada yang sudah berumahtangga, lebih baik doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita yang masih bujang. Semoga mereka cepat bertemu jodoh dan  sebahagian daripada urusan agama disempurnakan. Itu lebih baik dari kita asyik2 bertanya “bila lagi? umur dah berapa? takde boyfriend ke? kenapa tak kahwin lagi? dan lain-lain soalan lagi seolah-olah kita yang berkahwin ini lebih tinggi darjatnya dari mereka yang bujang ni. Seolah-olah hidup kita lebih sempurna dari orang yang kita tanyakan itu.

Masing-masing kita sebenarnya telah tersedia untung nasib masing-masing. Janganlah terlalu memandang kepada orang lain sehingga lupa betapa kita ini sebenarnya istimewa dengan cara kita yang tersendiri.  Jangan terlalu memandang apa yang kita tidak ada sedangkan kita tidak tahu yang apa yang kita ada kadang-kadang dicemburui orang lain pula. Selagi kita tahu Allah ada, selagi itulah rezeki kita akan sentiasa terjaga.

titik

kupilih hatimu

Sepuluh kali ulang lagu ni dalam kereta time pegi dan balik kereta. Tak tau kenapa lately macam jadi lagu tema pergi keja plak.

Agaknya masa dah time kot..  tanda soal….

titik..

 

 

susah senang?

 

Kita seringkali mendengar ayat-ayat seperti dibawah

 

548663_338593922914488_1791672274_n

Tapi aku suka juga ayat di bawah

582313_487369604637422_281564963_n

Ye la .. sapa-sapapun boleh create kata-kata. Sapa-sapa pun boleh jual ayat manis tangkap leleh. Time bercinta, kentut pun bau ayam goreng.

.Teringat aku pada movie Pursuit of Happiness. Cerita yang memberi aku banyak pengajaran tentang sebuah kehidupan realiti yang aku rasa ngeri kalau orang itu adalah aku.

Ternyata, kekuatan, kesabaran, kesungguhan, kematangan, kesetiaan, menerima seadanya, sentiasa berada disisi ketika susah senang, kejayaan—>bukan hanya sebuah ungkapan. bagi aku, ianya perlu kepada pembuktian.

Aku tidak minta lebih.

Aku hanya mahu sebuah keyakinan.

Jika kamu yakinkan aku. Jika keyakinan itu dibuktikan.

maka

Aku yakin Allah akan mempermudahkan segala urusan,

 

Kamu,

Terima kasih kerana selalu ada untuk aku..

di masa susah dan senang

di masa  ketawa dan bersedih

 

Walau aku bukan yang terbaik… Aku berdoa moga-moga Allah jadikan aku terbaik untuk kamu

selebihnya aku serahkan kepada yang Maha Penentu..

 

will you be my shoulder, when i’m grey and older?

230261_399868956767433_1554862534_n