Cendol…

 

SAMSUNG

 

SAMSUNG

 

SAMSUNG

Gambar di atas adalah sejenis cendol yang simple tapi sedap. Bukan pelik tapi sedap.

Portion untuk sebungkus memang banyak. Beli dua bungkus dah tahap boleh makan satu family bersaiz sederhana la (dengan mengambil kira ahli family tidak buruk lantak). So jangan tamak-tamak beli banyak2 bungkus.

Lokasi gerai cendol ni terletak di Pantai Johor, Alor Setar.  Berdepan dengan Masjid Bukhary Pantai Johor. Kalau otw ke airport dari alor Setar sure lalu sini.

Seingat aku dah lama jugak la dorang ni business cendol. Segala macam ramuan ni korang balik campur sendiri la kat rumah, termasuk santan dan gula melaka.  Memang puas makan.  Santan dan gula melakanya memang kaw.

Harga sebungkus memang sangat murah. Kalau tak silap aku cuma dua hengget. Cendol sangat la banyak. Kalau campur dengan apakenama bijik2 kaler ni, cincau, jagung,  memang confirm satu jug kenduri kawin tu.

for around 5 ringgit, korang bleh makan cendol sampai pitam!

Sekian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BURGER BAKAR DR MAK RONY

Salah satu tempat yang aku suka makan burger bakar adalah di stall burger yang dibuka di depan kedai Dr Mak frozen meat, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Burger dia kira lebih affordable daripada abang burn, burger byte dan lain-lain burger bakar yang sewaktu dengannya iaitu harga lebih kurang RM7-RM10 bergantung kepada isi apa yang kita nak taruk kat dalam tu. Lupa plak aku nak amik gambar menu dan gambar stall ni. Tapi kalau nak cari tak susah. Kedai Dr mak ni  betul-betul sebelah tutty frutty.

SAMSUNG

Maybe sebab kedai ni juga bertindak sebagai kedai frozen meat. Maka harga burger dorang tu murahla sikit kot. Sendiri produce patty, sendiri supply daging. Agaknya la. Patty dia agak tebal le jugak, cumanya roti burger dia out sket. Roti nipis sangat.

Tapikan, dalam banyak2 benda, selain rasa yang bolehlah nak tolerate, packaging dia tu yang buatkan aku tertarik. Kalau beli dua ketui akan dapat packaging macam kotak happy meal tu.

IMG-20140129-WA0024

Kalau beli sebijik dia punya packaging macam ni.. Cool gak sbb pakai recycle paper bag..tak pakai plastik bag..

burger

Kalaulah dia buat delivery kan bagus. Takda la aku nak kena start keta semata-mata nak beli burger yang jarak gerai dari rumah aku tu  tak sempat pun nak masuk gear 4. (punya la malas nak jalan kaki..)

Tapi kalau aku rajin terlebih.. inilah hasilnya

SAMSUNG

Burger bakar homemade Dr Emzack… kui.kui.kui…sendiri uli patty, sendiri bakar, sendiri makan…

Sekian.

MARI MAKAN PASEMBOR

wpid-2013-10-14-18.41.15.jpg

Pasembor adalah nama lain bagi rojak. Rojak pasembor kata orang Key Ell. Orang utara sebut pasembot.. bukan pasemboq ya. P.A.S.E.M.B.O.T…. Sebut betul-betul. Di Alor Setar, kebanyakan kedai mamak ada  menjual pasembor sebagai salah satu  menu utama selain mee goreng, mee rebus dan nasi kandar. Kecualilah kedai mamak tu betul-betul jual nasi kandaq sahaja.

Pasembot utara ni kuahnya agak manis. Biasanya depa guna kuah ubi keledek/kacang. Kalau dalam kuah tu nampak lagi kacang, tu namanya kuah tauhu sumbat atau kuah cucur udang. Biasanya kuah pasembor ni kacangnya akan di blend halus sampai tak nampak kekacangannya (eh betul ke ayat aku ni?)

Selalunya orang konpius antara kuah pasembor dengan kuah cucur udang. Area K.L ni aku tak sure mana pasembot utara yang sedap. Dah try jugak banyak tempat, tapi masih tak memenuhi ekspektasi. Samada bahan-bahan macam timun atau sengkuang yang di hiris sebesar batang balak, atau pun kuahnya yang sangat fail.

Dulu masa aku kecik-kecik, banyak orang jual pasembor dengan  cara naik motosikal. Contoh kat atas ni adalah pasembor Brader Halim. Lama jugak dia berniaga pasembor ni. Biasanya aku akan cari dia di pasar-pasar malam sekitar rumah aku. Gambar ni aku amik masa aku beli di pasar malam Taman Aman Alor Setar last month. Hari Jumaat dia meniaga kat Pasar Malam Pantai Johor.

So kalau nak makan pasembor yang enaksss, jemputlah merasa pasembot utara di utara..

sekian.

teringat nak makan laksam

Haritu, time balik kampung tetiba terasa nak makan laksam. Kebetulan, kawan-kawan time zaman skolah dulu dah jadi tokey laksam. Dengan tidak semena-mena aku telah membuat keputusan drastik untuk merempit bersama seorang sohabat daripada kampung Tok Keling menuju ke gerai beliau. Rempit menggunakan cik Sity sebab cik wawa roadtax tak renew lagi.

Pencarian gerai beliau ini di kira berbaloi pasal  laksam dia ni sedap. Bak kata orang, buat laksam nak bagi orang makan, bukan semata-mata nak duit orang.

Disebabkan gerai laksam beliau jugakla terjadi jejak kasihan. Mana taknya, dah lebih 15 tahun kot tak jumpa si tokey gerai laksam ni.

Gerai laksam ni lokasinya sebelah dengan fahmi Bundle, sebelum trafik light nak ke jeti feri Kuala Kedah.

IMG-20130319-WA0002

kelihatan tokey laksam  sedang sibuk menguruskan kedai beliau yang sambil berlari2 anak mengelak flash camera aku

IMG-20130319-WA0001

Ini la rupanya laksam versi utara. Isi sama ja macam laksam Kelantan, Tapi kuah laksam utara ni macam kuah laksa tetapi di campur santan dan tak begitu manis macam kuah laksam versi Kelantan. Yang manis hanyalah air sirap dan tokey kedai laksam.

Untuk tekak utara macam aku, memang puas hati makan laksam kedai ni. Kuah pekat. Kalau dah tahap aku hirup kuah sampai licin tu sedaplah maknanya

Kalau sapa-sapa terasa nak makan laksam, boleh la singgah ke kedai beliau.

Sekian laporan JJCM versi balik kampung..

kolestrol dan nasi kandaq

Akhirnya jawapan kepada ketidakselesaaan badan aku lately adalah akibat daripada kadar kolestrol jahat yang agak tinggi. Makanya, buat sementara waktu ni kenalah aku berdiet barang sebulan dua untuk merendahkan kadar kolestrol tersebut.. Al-kisahnya

Namun begitu, bagi tidak menghampakan sahabat-sahabat yang hendak bertandang ke Negari Kedah pada cuti sekolah yang akan datang, maka di sini aku listkan beberapa kedai nasi kandaq yang aku pernah try di sekitar Aloq Staq

Nasi Kandar Ramli– Ni nasi kandaq tokey melayu piaw..–> sebelum trafik light simpang empat kangkung kalau datang dari alor setar dan menghala ke Penang.

Nasi Kandaq Royal– Best in alor Setar– siang depan pekan rabu.. malam– Pantai Johor, sebelum Istana Anak Bukit, Tanah Merah (bandar Darulaman)–dan Kompleks Hijau Kuning–> Marveles lima bintang

Nasi Syam @Restoren Mee Syam— Jalan Gunung Keriang– sebelah kiri dalam 50 meter dari stesyen minyak Petronas–>pasemboq terbaekk

Nasi Kamal@ Restoren Mee Kamal— 50 meter dari pintu utama Istana anak bukit— >sini mee goreng dan koeteaw goreng mamak dia pun terbaekkk

Nasi Kandar  Ali– Pantai Johor.. depan Masjid Bukhari Pantai Johor–> mee rebus okay–pasemboq failed…

Nasi Kandar zam-zam— dekat lorong merpati, lorong depan KSAH/ tepi Sekolah Menengah St Micheal

Nasi kandar Yasmeen— depan sikit daripada Hospital lama menghala ke stadium Darulaman–> menu wajib setiap kali balik kampung

Nasi kandar Ahamediah aka pokok Ceri— Sebelah Nasi kandar Yasmeen.–>so-so ja, tak la best sangat

Nasi lemak Ali— Jalan Pegawai–sebelah kiri lepas turun Jambatan Pekan Cina/sebelah kedai makan Bunga Tanjung–>Lama jugak dah tak makan kat sini..

Nasi Lemak Aminres — Jalan pasar lama.. dekat2 dengan Restoren Nasi lemak Ali nih.–> pun sama jugak, dah lama tak pi pekena..

Btw, kat kedah, biasanya nasi kandar juga di sebut nasi lemak. Sila lah terai. Mana tau kot2 ada yang kena di tekak. Walau bagaimanapun, sesiapa yang boleh berkompromi tentang tahap kebersihan, bolehlah teruskan usaha murni JJCM anda di kedai mamak sekitar Alor Setar..

Sekian.. wabilllahhitaufik walhidayah

Assalammualaikum w.b.t.

JJCM Tat Nasi Ayam Cyber

Semenjak dua menjak opis dah bertukar ke Putrajaya nih, langkah untuk menJJCMkan diri pun semakin menjadi-jadi tatkala diwaktu tengah panih lit-lit. Hari ni aku pun sebenarnya plan nak makan Kedai Mat Ayam Kampung kat Cyberjaya, tapi sebab keluar opis pun dah lambat maka ter’makan’ lah kat kedai Tat Nasi Ayam.

Sebenarnya, bagi yang dah biasa makan nasi ayam tat ni mungkin tak terlioq mana. Seperti jugak aku ni yang dah biasa sangat dengan tat nasi ayam nih. Dah nama pun orang Aloq Staq yakni di mana asal usul datangnya kedai ni. Daripada kedai kecik kat Mergong sampailah dah bercawang-cawangan dah la ni, aku still dok pi pekena sedaih dua nasi ayam tat ni. Alhamdulillah, macam ni la kita nak tengok anak melayu maju dalam bisnes. .

Cumanya, bila kedai dah banyak ni, of koslah rasa pun dah ada sikit lari dari yang ori di Aloq Staq. Biasalah. Nasi kandaq yang femes macam Kayu or  Pelita  pun lain branch lain rasa. Ikut ayaq tangan sapa yang handle kedai tu la agaknya.

Yang lainnya pasal Tat ni adalah cara masak nasi dan ayam dia. Biasanya kalau kedai yang jual nasi ayam, ayamnya mesti ala-ala hainan style. Tapi Tat punya nasi ayam adalah versi Melayu style. Ada beberapa pilihan menu ayam antaranya  ayam biasa, ayam garing, ayam black paper dan lain-lain yang aku pun dah lupa apakenamanya. Ayam garing adalah feveret aku forever seperti gambar dibawah

tat07
picture courtesy of http://sharinginfoz.blogspot.com

Malangnya aku telah gagal untuk mengambil gambar ayam-ayam tersebut kerana terlalu rakus akibat kelaparan yang teramat. Nak kata sedap teramat tu takda la, tapi kalau setakat nak makan nasi ayam yang sedap dan harganya berpatutan silalah ke Tat Nasi Ayam.

image
gambar yang dicilok dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/uniknya-tat-nasi-ayam-1.31798

Btw, mamat cashier yang struggle cakap key ell ngan aku walaupun aku baik punya balaih cakap kedah- bagitau bahawasanya ada lagi satu branch Tat Nasi Ayam kat Bangi yang dia sendiri tak tau seksyen berapa. Aku  dengan sendirinya pun terpaksalah menjadi tak tau dan untuk tau maka kenalah tanya pakcik google.

Sekian, dan selamat menjamu selera.

JJCM Rumah Makan Cibiuk

Kita kembali lagi dalam siri JJCM setelah lama aku menyepi diri dari arena. Kejadian menyepi diri ini merupakan menifestasi cita-cita tinggi mahu meng-kurus-kan diri sendiri akibat lemparan kata-kata ‘tembun’ kepada diriku ini.. .

Namun begitu, cita-cita yang tinggi itu akhirnya berderai jatuh ke dalam perut ku ini yang semakin meninggi kedudukannya apabila aku baring telentang. . Kendati itu, aku kembali mendapatkan  hobi lama yang telah aku pinggirkan kerana aku tidak rela mengejar sebuah harapan palsu… Haaaaaaaaaarapan…. harapan menjadi layuuuuu (sila nyanyi sendiri lagu soundtrack seindah sakura)..

Walaupun aku pernah menjejak kaki ke tanah orang jawa iaitu tanah ex ofismate aku di Banting Selangor Darul Ehsan… Menjejak kaki ke rumah makan (restoren) masakan sunda ini lebih menjanjikan kelainan. Walau pun juga tiada waitress awek indon ala-ala Dian Sastrowidoyo yang hot tapi makanan di sini memang super hot.. pedaih bak hangggg… worthpaying for both ..Ambiance + food.

Jangan tertipu dengan dengan alamat kedai ini yang katanya di Taman Putra Kajang (kalau google map)… Kajangggggg okey… sebaik aku tak terjah pi Kajang… Rupa-rupanya area Seksyen 7 je. Sebelah kedai arab yang besar gadang. Boleh nampak dari tepi highway SILK (right-hand side) sebelum bayar tol singgit dari arah Bangi/Putrajaya. Kalau korang-korang yang familiar area Bandar Baru Bangi,  jalan ke restoren ni sama macam nak menghala ke red wok sehingga sebelum susur masuk ke SILK highway.

Meh kita tengok menu dia dulu…

letih aku nak memilih.. ada menu yang namanya nasi paket ayam bakar cobek. Tapi kalau tengok dia punya penerangan dihidangkan bersama  ayam goreng.. H null sungguh.

kat bawah ni menu yang aku pilih

Kangkong belacan (ala carte) + nasi pulen ayam bakar.. rasa kangkong agak manis tetapi super pedas+nasi berbumbu yang wangi dan lembut sebab dibalut dengan daun pisang. Ayam bakar biasa-biasa ja tapi sedap.

lagi satu menu ni pun agak menarik

Nasi bakar namanya. Bukan pakcik Abu Bakar yang masak tapi nasi ni di bakar. Beras ala-ala nasi dagang tapi dalamnya dicampur dengan sayur dan rempah ratus. Rasanya pun not bad.. Sekali tengok macam pulut dakap.. Apakah pulut dakap??? Sila tanya pakcik google.

Sebenarnya, nama sambal cibiuk ni adalah sempena nama tempat di mana terciptanya sambal yang femes bagi orang Sunda/cibiuk. Sambal ni dimakan bersama nasi dan lauk pauk. Bagi aku, rasa sambal ni ala-ala air asam cicah ikan bakar bagi orang melayu sebab ada tomato, cili dan bawang cuma tak cayaq macam air asam kita. Yang sebelah sambal tu ialah kerabu ala sunda…iaitu kubis yang dipotong halus, kerisik dan of kos bersama tempe…

Kat sini pun ada banyak pilihan sambal bagi meningkatkan lagi metabolisma badan disamping membuatkan kita berlari-lari anak ke dalam toilet 3  kali lebih kerap dari biasa.. So rajin-rajinla bangun dan self service kat booth sambal  atau dorang panggil rumah sambal nih..

Overall, aku boleh katakan makanan kat sini sedap. Boleh rekemen. Nak makan restoren Sundanese kat KLC C tak mampu, dapat makan di rumah makan dekat umah pun dah kira ok la kan. Lagipun kedai makan ni ada portion untuk donate kepada pondok-pondok pengajian agama kat Malaysia dan Indonesia.  Waktu perasmian pembukaannya dulu pun, geng tahfiz yang datang mengaji. Kira ada la jugak, ada pahala hasil sendawa kita.

Next repeat nak try nasi liwet Kastrol… namanya pun sedikit kengerian…

eh.. kastrol bukan minyak pelicir ke??? Nasi liwet berpelincir… erkk.. pengsan!l….

titik…