Selamat Hari Raya

Kedebuk gedebak puasa, tau-tau dah fasa akhir puasa. Minggu depan kita pun berhari raya.

Untuk orang tua macam aku ni, raya tidak la se eksited mana. Biasa-biasa ja.  Pagi pegi semayang, petang tebongkang kat rumah.

Cuma harapnya hari raya ni, selain bermaaf-maafaan (which is sepatutnya tak payah tunggu raya), jaga la akhlak dan tutur kata.

Kadang-kadang tutur kata kita menyinggung perasaan orang lain dalam kita tak perasan. Gelak-gelak, gurau-gurau pi kutuk orang. Elok sangat la tu.

Yang ada anak tu, jaga la tutur kata anak-anak anda. Biasanya sifat mulut laser mak bapak akan diwarisi kepada anak-anak. Kalau dapat duit raya sikit tak payah la nak kutuk2 si pemberi kedekut bagai. Sedekah ni kan kena ikhlas. Tapi terbalik, yang menerima pulak tidak ikhlas,

Tak payah la nak membanding-banding kejayaan dunia korang dengan orang lain. Tak ada apa yang nak dibangga pun kat mahsyar nanti melainkan amalan yang di bawa.  Jangan sampai riak dan takabur menjadi raja di hari raya.

Ayuh beraya dalam sederhana. Kalau takda duit raya nak memberi, tak payah bagi. Buatpa nak kena berhabis-habis memberi duit raya tapi kita sendiri yang menderita lepas raya. Bersedekah setakat yang termampu.

Raya pun tak payah la nak pandang pangkat darjat sangat. Kita raya sebagai meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia mana ada eksyen, timing bagus, menunjuk-nunjuk, dsbnya.

Dan lagi satu, kereta bukanlah lambang kekayaan bebudak baru nak up. Keta tu lambang berapa tahun nak kena suffer bayar bank.. nak-nak kalau gaji ciput.

So tak payah la nak kagum sangat kawan-kawan keja keyel bawak balik keta hebat2 sedang kita pakai kapcai buruk ja. Kurang-kurang kita takda hutang yang berdaki. Hati tenang sambil gulung rokok daun atas pelantar.

Tak payah jeles kengkawan tayang awek lawa-lawa sedangkan korang tak tau kos sekali kawan korang dating kat key El,  boleh makan ko seminggu kat kampung. Tu tak kira mentenan awek tu lagi.

Sekian. dan Selamat Hari Raya. Minal Aidil Wal faizin.

 

Advertisements

PENERIMAAN

Waktu aku kat suatu Kementerian di Negeri Antah berantah, bos aku pernah bagitau. Katanya seseorang yang masuk kesesuatu organisasi ada lima jenis penerimaan rakan sekerja. Pilihlah mana satu jenis yang kamu nak jadi;

  1. orang yang bertukar masuknya, orang bersedih, bertukar keluarnya juga orang bersedih
  2. orang yang bertukar masuknya, orang gembira, bertukar keluarnya orang bersedih
  3. orang yang bertukar masuknya, orang bersedih, bertukar keluarnya orang gembira 
  4. orang yang bertukar masuknya orang gembira, bertukar keluarnya juga orang gembira
  5. orang yang bertukar masuk, orang tak rasa apa-apa, bertukar keluarnya pun orang tak rasa apa-apa.

Aku? Entahlah. Kena sentiasa muhasabah diri.

Dalam hidup ni, bukan semua yang kita rancang berjalan dengan baik. Bukan semua yang ada disekeliling menyenangi kehadiran kita dalam kelompok mereka.

Jika aku boleh pilih, pasti aku pilih yang terbaik antara lima senarai di atas. Tapi penerimaan manusia ini sukar dijangka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Macam yang pernah aku tulis. Kita ni ada Bahagian masing-masing. Allah membebani aku dengan sesuatu yang aku mampu tanggung. Yang menzalimi manusia itu biasanya adalah diri manusia itu sendiri.

Yang selalu menzalimi aku adalah aku sendiri, berbanding dizalimi orang lain. Selalu mendustakan nikmat yang Dia beri.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Surah Ar Rahman

titik.

khidmat

Hari semalam aku mendengar khabar sedih. Seorang rakan sejawat yang lebih senior diserang stroke. Sakit terlantar. Ada rakan yang datang menziarah. Ada juga yang bertelefon dan bertext bertanya khabar status kesihatan. Memberi kata-kata semangat sepatah dua buat meringankan bebanan ujian dan kifarah sepanjang umur kurniaaNya.

Tuhan mahu aku mengambil iktibar. Kita yang sihat, boleh sakit tiba-tiba. Hatta boleh mati juga secara tiba-tiba. Aturannya tertulis sejak azali. Alangkah bagusnya kalau kita dapat membaca setiap lembaran rencana yang telah Dia aturkan untuk kita.

Begitula juga Dia mahu berbicara kepada aku. Wahai aku, tenagamu ini diperlukan manusia hanya semasa kamu sihat dan berguna. Semasa kamu boleh berjalan dan membuat keputusan. Semasa kamu punya pangkat, kuasa dan kedudukan.

Semasa kamu tidak punya apa-apa?Semasa kudratmu menipis dan terhakis? Semasa kamu terlantar dan solat hanya dengan alis mata?

Siapa yang ada bersama kamu? Siapa yang melawat kamu hari-hari. Masih berdering-deringkah telefon kamu? masih berpusu-pusukan email di inboxmu. Masih adakah surat menyurat  dihulur untuk kamu tandatangan?

Siapa yang mahu ajak kamu minum segelas teh panas petang-petang selepas hujan renyai-renyai. Siapa yang mahu menghulur dunhill merah sebatang siap dinyalakan api. Siapa yang rela berkongsi gelak tawa berdekah-dekah mereka dengan kamu?

Itulah hakikat sifat manusia.  Namun hakikat itulah selalu aku lupa. Sifat manusia yang buruk-buruk itu sebahagiannya juga ada pada aku. Sementelahlah aku masih manusia

Bukankah menjalinkan silaturahim itu tanpa syarat. Bukankah ukhuwahfillah itu juga suruhan dariNya. Kenapa perlu ada syarat pangkat dan darjat untuk menjadi sahabat?

Realitinya begitulah. Beribu-ribu kawan di friendlist Facebook. Tapi yang membantu kita saat kita jatuh dan terduduk belum tentu ada seorang.

Kerana dunia yang kita kejar, maka dunialah yang kita dapat.

Aku lupa ada satu doa dari siapa– ” Ya Allah, letaklah dunia di tangan aku dan akhirat di hati aku”

khilafnya aku, bila dunia melupakan aku baru pula pandai mencari akhirat.

Kawan ketawa itu dunia, sahabat sejati seair mata itu akhirat jua…

titik.

Cerita pasal facebook

Kata orang facebook ni macam pisau. Kena pandai guna. Kalau cuai, boleh terluka jari sendiri. kadang-kadang terluka jari orang lain juga.

Pengguna facebook ni pun macam-macam ragam. Ada yang guna promote barang, share tempat makan, kongsi common interest malah jadi tempat cari jodoh pun ada. Again, terpulang pada masing-masing niat dan tujuan.

Adapun, FB ni boleh jadi tempat menjana dosa, boleh jadi tempat menjana pahala. Yang jadi ustaz ustazah pun ramai. Share perkara-perkara agama ni baik. Tapi, kena rujuk kat guru yang musryid dulu. Check betoi ka dak fakta. Jangan main click dan share saja. Kena pandai beza antara info dan knowledge.

Memandangkan dunia ni dah tanpa sempadan,  nak bergosip dan mengumpat pun tak payah  keluar rumah. Kat wall, chatting boleh je beraktiviti mengumpat ni. nak unfriend si polan dan si polan ni pun boleh secara berjemaah.

Bab posting2 gambar pun satu hal. Yang tukang post memang memang dah macam tu. Suka post gambar segala bagai. Semua benda dalam hidup dia nak berkongsi dengan orang. Dari hal rumahtangga, anak-anak, sosial life, opis, kawan-kawan semua nak upload. Semua nak kena bagitau orang.

Suka sangat kalau orang ‘like’ dan komen-komen posting dorang. Lagi orang puji, laaaaagi dorang suka. Hadap sangat dengan sanjungan dan puji-pujian orang. Padahal, berapa banyak kawan yang ‘plastik’ dalam freindlist tu pun dia taktau sebenarnya. Depan  lain, belakang mengutuk bukan main.

Sebenarnya memang ada spesis manusia macamni. Setiap saat dalam hidup dia, mesti nak kena upload. Kalau tak upload satu hari, mungkin boleh pitam. Mungkin juga loya-loya nak muntah.

Mana-mana pergi pun nak bagitau. Check in sana, check in sini. Travel sana, travel sini.

 

Bagi aku la kan…Biarkanlah. Dah dia suka macamtu, nak buat macamana. Hidup dia, dia punya suka. Tak suka tak payah baca. Hide je kalau takut nak unfriend.

Realiti dan fantasi mereka bersatu di alam maya.

Cumanya, bagi aku, kalau nak upload tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai memakan diri. Jangan sampai kita ter’riak’ dalam tak sedar. Tak payah nak menunjuk-nunjuk sangat dengan kehidupan kita yang sementara ni.

Kita bukan makin muda. Buruk pulak nampak  gambar-gambar kita mengalahkan budak sekolah rendah.

Orang tahu kita kaya, maka kita mampu makan kat tempat-tempat hebat, melancong satu dunia, shopping hari-hari, pakai barang branded-branded. Tak payah upload bagitau pun orang tahu. Tak payah tunjuk kat satu dunia keberadaan kita

Orang tahu jawatan kita tinggi, kerja kita banyak, kita busy giler… tak payah nak upload meja kita penuh dengan kertas kerja/paper/surat bagai.

Ucapkan sayang,selamat hari lahir/happy anniversary kat suami/isteri secara live kepada mereka. Tak perlu upload  kat FB. Lebih terkesan di hati.

Telefon kawan kita secara peribadi kalau betul kita ikhlas nak ucap selamat hari jadi. Ajak keluar, belanja makan sekali.

Sama la jugak macam nak invite ke kenduri kawin. Telefon sendiri jemput secara peribadi. Paling tidak sms/wasapps. Ni main tag kat FB je. Nampak tak ikhlas walaupun kita sebenarnya ikhlas. (Ikhlas ni tiada ukuran pasti).

Anak kita pandai. Kita tahu, keluarga kita tahu. Cukup kita saja yang menghargai kepandaian anak kita. Belikan hadiah, raikan kejayaan dia…takpayah nak upload markah anak, nombor berapa dia dalam darjah.

Jujur dengan kehidupan kita sendiri. Tak payah bagitau sesuatu kepada orang yang tak perlu tahu. Aku faham, sesetengah kita sangat bangga dan gembira dengan sesuatu yg mereka dapat atau capai Sebab tu kita rasa macam kita nak berkongsi berita gembira dengan satu dunia

Ironicnya,  kita meminta privasi kita dihormati oleh orang lain, kita sendiri tidak gagal menjaga privasi diri daripada menjadi tatapan umum seantero dunia.

Kalaupun kita tak berniat nak menunjuk, cara kita  macam nak menunjuk2. Jangan lupa…riak, takabur, ujub ini boleh  terjadi walaupun tanpa niat hatta dalam kita tak sedar.

Peringatan untuk diri sendiri.

Sekian. titik!

 

 

 

Hari Raya

 

 

 

 

raya

Hari Raya semakin hampir. Dua tiga hari lagi dah nak raya. Jalan pun dah start jem. Itu permandangan biasa bila balik beraya. Tak jem takla raya namanya.

Bila dah besar panjang ni, raya bukan lagi menjadi perkara yang aku tunggu. Tambah-tambah pulak bila dah jadi anak yatim piatu ni..hu!hu!hu!..

Raya ni biasanya part yang paling syahdu sekali ialah bilamana bersalam-salaman di pagi raya. Macam-macam drama air mata kuar. Padahal kalau nak bermaaf-maafan takyah la tunggu raya….kan?? tapinya time raya tu la ‘kick’ bermaafan-maaafn tu terlebih sikit.

Istilah raya bagi aku, cuma balik untuk merapatkan silaturahim dan menggembirakan hati orang yang aku sayang. Buat orang happy boleh menjadikan aku pun turut dapat tempias happy.hehehehe..

Selainnya, tgk orang happy pun sudah cukup buat aku happy. Layan FB kawan-kawan yang penuh dengan posing raya family, lakibini, suku sakat, gambar anak beranak dengan baju sedondon bagai sedikit sebanyak memang menghiburkan.(i envy them and i must admit)

Biasanya budak-budak la yang paling happy bila raya. Jadi menghappykan anak-anak sedara aku sudah menjadi agenda tahunan. Apa guna duit pada aku kalau duit tidak mampu membawa kegembiraan dalam hidup kita. kan? Ye la, after all pun pada diaorang sajala tempat aku melimpah dan menumpang kasih.

Sebab itu, atas segala benda di dalam dunia ini, keluarga adalah yang paling utama dalam hidup aku. Keluarga yang tidak akan pernah meninggalkan kita semasa kita susah dan senang. Walau pun saat kita jatuh sebenarnya kita mengharapkan orang lain selain keluarga yang memapah kita bangun.

InsyaAllah, kalau di iziknkan Allah, aku juga akan membina sebuah keluarga…dan menyatukan dua keluarga. Aminnn!!!

Eh! apakah?? Sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan pembaca blog aku yang dua tiga kerat ni. Maaf zahir dan batin. Kalau memandu tu silalah ingat orang yang tersayang. Gamak takde orang yang kau sayang, kau ingati aku pun sudah memadai.

Sebagai manusia aku pasti banyak salah dengan banyak orang. Ada orang maafkan kita, ada yang tidak. Takpela, yang penting kita sudahpun merafak maaf.

Aku doakan semoga tuan/puan diberi kesihatan yang baik dan diberkati hidup dunia dan akhirat.

salam kosong-kosong

minal aidil walfaizin

Selamat hari Raya Idilfitri… maaf zahir dan batin…

 

pong!pom!pong!pom <— bunyik mercun…

 

 

 

tiga cerita

Cerita Pertama

Hari jumaat lepas punya cerita. Time on the way pergi kerja, aku ternampak satu brader berenti motor tepi jalan tapi sebelah lane kanan kat bulatan besar sebelum selekoh naik ke Shangri la. hati aku pun menggetus “pe hal mamat ni berenti moto kat sini time kereta laju-laju nak masuk keja ni, tak ke bahaya”.

Lepas aku pass by mamat ni, baru aku nampak apa sebenarnya tujuan beliau berenti motor tu. Terlihat beliau sedang mengangkat bangkai anak kucing yang  kena langgar–tak tau la sapa yang langgar.  Diangkat dan diletakkan di atas rumput.

Tiba-tiba aku rasa bersalah. Cepat sangat buat kesimpulan.  Rupanya beliau sebenarnya jauh lebih mulia pekertinya daripada aku. Kalau aku pun tak tentu lagi aku nak berenti kereta dan alihkan bangkai anak kucing tu.

Begitulah berbeza-beza tuhan jadikan rasa hati manusia. Ada yang sekadar memerhati dan berasa kasihan. Tetapi tuhan jadikan hati pemuda itu bertindak, tidak sekadar berperasaan. Kalau seekor bangkai kucing pun beliau boleh muliakan, apatah lagi kepada sesama manusia. Semoga Allah pelihara kehidupan pemuda itu. Amin…

Itulah kelemahan aku sebagai manusia. Cepat sangat membuat kesimpulan dari pandang mata kasar. Tak selidik apa yang terjadi disebalik. Kadang-kadang, tuhan nak tunjuk/bayar cash, kadang-kadang dia delay.

Aku harus lebih menaakul..

Cerita Kedua

Ada orang suka berahsia. Kalau diceritakan rahsia, bukanlah lagi rahsia namanya. Berahsia itu ada banyak tujuan. Biarlah tujuan itu hanya yang baik-baik. Tapi, kadang-kadang, kerana perahsianya kita membuatkan ada orang membuat kesimpulan yang salah tentang kita.

Macam aku. Pernah membuat kesimpulan yang salah. Bila aku tahu hakikat disebalik rahsia itu, maka aku tahu aku silap. Tambahan pula, bukan menjadi hobi aku korek rahsia .

Aku silap kerana aku mencipta jawapan daripada rahsia yang tidak diberitahu itu (untold secret).  I learnt my lesson, again… Sekarang aku faham, biarpun agak terlambat untuk berpatah balik.

Redha..

Cerita Ketiga

Terlepas nak tgk rancangan Dai’ Millenium last week.  Seronok tengok Pendakwah yang muda-muda belaka. Alhamdulillah, masih ramai yang mahu jadi pendakwah. Kita semua pun boleh jadi pendakwah. Macam Nabi suruh kita sampaikanlah walau satu ayat. Tak payah tunggu nak jadi agamawan. Pendakwah jugak tu.

Cuma masalahnya, tanggapan masyarakat. Nak berdakwah kena lulusan agama. Kena ada sijil agama bertingkat-tingkat. Kena balik Al Azhar, balik Mesir. Baru orang respek. Kita nak berdakwah nak suruh orang respek ke nak suruh Allah respek?

Aku ada pengharapan. Aku harap pak-pak Ustaz muda jangan cepat judge orang itu, orang itu tak baik, orang ini jahat, orang sana sosial, orang sini sekular. Jangan buat orang-orang begini takut nak dekat dengan orang agama. takut kena label, takut kena cop, takut kena sindir.

Pak Imam kat kampung aku pernah berborak ngan aku. Dia kata, kerja dakwah ni ada macam-macam cara. Ajak main bola pakai track suit pun dah kira dakwah. Ada banyak elemen dakwah dalam tu,. Contohnya bersukan, menyihatkan badan, pakai track suit, balik before azan dll. Tak perlu nak cerita bab hukummmmmm ja..

That why dia kata nak jadi pendakwah yang baik tidak hanya  sekadar  ilmu penuh di dada..

Perlu juga ada tiga perkara yang datang bersama-sama umur dan pengalaman..

1. sabar.. –>bukan sembrono

2. Hikmah (wisdom).. –>Bukan menghukum (judging)

3. Senyum..(smile).. –>bukan menyombong

Bila aku pikir-pikir, betul lah tu. Sebab tu, umur dan pengalaman membezakan tindakan seseorang. Aku bukanlah pendakwah. Jauh sekali. Nak claim diri baik pun tak tergamak. Sentiasa sedar diri.. Sentiasa!!!

Tapi selagi mana akidah aku belum tergelincir, aku masih ada peluang untuk baiki diri. Doakan aku, sebagaima aku sentiasa mendoakan kamu.