Selamat Hari Raya

Kedebuk gedebak puasa, tau-tau dah fasa akhir puasa. Minggu depan kita pun berhari raya.

Untuk orang tua macam aku ni, raya tidak la se eksited mana. Biasa-biasa ja.  Pagi pegi semayang, petang tebongkang kat rumah.

Cuma harapnya hari raya ni, selain bermaaf-maafaan (which is sepatutnya tak payah tunggu raya), jaga la akhlak dan tutur kata.

Kadang-kadang tutur kata kita menyinggung perasaan orang lain dalam kita tak perasan. Gelak-gelak, gurau-gurau pi kutuk orang. Elok sangat la tu.

Yang ada anak tu, jaga la tutur kata anak-anak anda. Biasanya sifat mulut laser mak bapak akan diwarisi kepada anak-anak. Kalau dapat duit raya sikit tak payah la nak kutuk2 si pemberi kedekut bagai. Sedekah ni kan kena ikhlas. Tapi terbalik, yang menerima pulak tidak ikhlas,

Tak payah la nak membanding-banding kejayaan dunia korang dengan orang lain. Tak ada apa yang nak dibangga pun kat mahsyar nanti melainkan amalan yang di bawa.  Jangan sampai riak dan takabur menjadi raja di hari raya.

Ayuh beraya dalam sederhana. Kalau takda duit raya nak memberi, tak payah bagi. Buatpa nak kena berhabis-habis memberi duit raya tapi kita sendiri yang menderita lepas raya. Bersedekah setakat yang termampu.

Raya pun tak payah la nak pandang pangkat darjat sangat. Kita raya sebagai meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia mana ada eksyen, timing bagus, menunjuk-nunjuk, dsbnya.

Dan lagi satu, kereta bukanlah lambang kekayaan bebudak baru nak up. Keta tu lambang berapa tahun nak kena suffer bayar bank.. nak-nak kalau gaji ciput.

So tak payah la nak kagum sangat kawan-kawan keja keyel bawak balik keta hebat2 sedang kita pakai kapcai buruk ja. Kurang-kurang kita takda hutang yang berdaki. Hati tenang sambil gulung rokok daun atas pelantar.

Tak payah jeles kengkawan tayang awek lawa-lawa sedangkan korang tak tau kos sekali kawan korang dating kat key El,  boleh makan ko seminggu kat kampung. Tu tak kira mentenan awek tu lagi.

Sekian. dan Selamat Hari Raya. Minal Aidil Wal faizin.

 

Advertisements

Yuhuuu

Telah lama kiranya hamba tidak mengupdate blog hamba ini. Bersawang sudah seperti bersawangnya alang sebesar lengan dirumah hamba lagaknya jua.
Adakah ceritera baru yang hendak hamba persembahkan?? Tiada jua yang menarik perhatian tuan-tuan yang terutama di luar sana.
Kiranya belum sepurnama hamba bertukar tempat mencari barang sesuap nasi. Hamba sekarang berada di bawah memanda menteri yang menjaga hal ehwal kesihatan rakyat jelata negeri ini. Kerja hamba di sini agak mencabar kewibawaan serebelum, sereberum, medula oblogata dan juga koordinasi otot selangka.
Motor fikir dan taakul hamba juga kembali hamba pertajamkan kerana terlalu lama terendam tanpa dilangir limau. Karat yang menebal semakin susut keraknya. Nampaknya begitulah sepanjang seminggu dua hamba berada dibawah titah Dato Menteri yang satu ini.
Beruntung jugalah hamba kerana adanya rakan sekerja yang membantu hamba memahamkan kitab separa purba yang begitu memeningkan kepala. Peraturan-peraturannya sahaja berkajang-kajang  sepertinya hamba mahu sahaja merebus kitab-kitab  itu buat penawar airnya. Banyak sungguh undang-undang di dalam ini negeri yang perlu hamba ingat. Kasihan kepala hamba kerana rambutnya bakal bertukar warna sebelum menjelang waktunya.
Cukuplah dulu nukilan hamba petang ini. Izinkan hamba berundur diri dahulu. Barang ada kesempatan dan di izinkan yang Maha Esa kelak hamba menglipur lagi.
Salam tinta kelabu jingga..
Sekian, salam kasih sayang buah kepayang. Takda duit abang melayang..
-Awang Emzack eye-

minah psikotik

Dari semalam hati ni panas je. Panas kat sekor betina yang psiko yang perangai macam beruk bontot merah. Ingatkan bila dah kahwin dalam umur lanjut ni, dah tak la psiko lagi. Rupa-rupanya perangai psiko minah ni tak habis2. Aku ingat aku sorang ja sakit hati ngan dia, rupanya habis seluruh anak buah dia mengumpat/mengutuk sampai ke tulang hitam.

Aku pun tak kenal sangat minah ni. Kenal nama ngan muka dia pun lepas aku ditempatkan di tempat keja baru lepas habis master. Mula-mula aku masuk keja, memang haram la nak senyum kat aku. Mcam la aku nak mengorat dia kan.. wadehel.  Kalau cun tu, aku boleh maafkan lagi. Tapi dah kejadian tuhan macam tu, kalau aku describe kang, nampak macam menghina kejadian tuhan pulak. Astaghfirullah.

Al kisah, perangai dia ni sangat annoyying. Sangat self centered dan tak reti dan tolerate dengan orang lain. Perangai bossy tu tu takleh nak cakap la kan, mengalahkan JUSA  A B C. Padahal gred 52 je pun. Aku rasa Turus  pun kalah ngan perangai bossy dia nih. Patut la orang menyampah dengan skim P*D nih in general, sebab adanya pengalaman berurusan dengan separa manusia macam ni.

Kalau orang mintak tolong pasal keja, jangan harap la dia nak tolong. Dah la dia tak nak tolong, anak-anak buah dia pun dia tak kasi tolong. Memang sangat chelake!. Agaknya, kalau dia susah esok, ntah sapa la insan yang berhati mulia sanggup nak tolong. Aku? hmmm jangan harap. Tergolek dog tepi jalan pun aku tak akan tolong angkat. Biar mati kering la kau kat situ. Maafkan aku kerana kekejaman ini selayaknya untuk feremfuan seperti itu.

Penah sekali aku parking kat tempat dia, kejap je pun sebab tempat aku ada orang parking dan aku pun nak kuar meeting time tu. . Sekali tiba-tiba dia balik dari mengulor da.., ada keta aku kat situ.Ap algi..punya dia mengamuk, huru hara satu Bahagian suh carikan tuan keta. Padahal dah lebih setahun keta aku parking belakang keta dia, tak kan la dia tak tau owner keta tu adalah aku. Bodo!..

Ni kali aku mintak tolong anak buah dia gantikan aku untuk satu urusan Kerajaan lepas raya haji tu. Tu pun dia tak kasi dengan alasan budak tu baru lagi dalam service dan tak ada pengalaman. Macamla dia tu berpengalam sangat. kannnn….

Aku rasa ini adalah sindrom perempuan tua yang lambat menikah dan laki dok jauh. Jumpa laki sebulan sekali kat Sabah nu ha. So aku boleh bayangkan betapa psikonya minah ni kalau balik bercuti, ..tiba-tiba period… Memang semua orang kena hamput la pastu.  Ini bukan kes yang setakat malam tadi tak ‘dapat’, ini dah berbulan-bulan tak ‘dapat’. Dah la nak ‘dapat’ pun kena tunggu 40 tahun lebih.. kan..  Jadinya aku cuba memahami nasib kaum wanita seperti ini, yang tertindas kerana kekejaman Jabatan tak hantar dia balik ke pangkuan ketiak suami dia. Kalau yang pernah ‘dapat’ sebelum kawin, suami dok jauh pun apedahal.. ops!..terlebey suda…

Haaa! jangan ada yang dok pikir lain plak, ini aku tujukan untuk yang kawin mak J aka ibu tunggal.. Kalau ada yang pernah terasa/sedang terasa, teman mintak maaf le..Maklumlah..zaman skang ni ramai buat2 innocent depan laki…padahalllllll.. Sebaek dapat laki yang menerima baki dibawa kehadapan  seadanya.. ala2 forgive and forget gittew.. Eh.. termerepek pulak.

ok la.. sekadar melampiaskan rasa geram dan sakit hati yang telah bertepi… Wabillahitaifik wal hidayah.. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

 

 

 

 

errr, got no tajuk can aaa??

Banyak perkara yang terjadi kat aku lately.  Things that not only make me to ponder but also to think deep- –>indeed its like a colourful rain drops.

Well, life is a life. Like it or not, i have to live my life. But the thing is, my life is not all about my life alone.

Its mingle among so many parties -that i have to consider a lot when i wrapped my mind up on everything. To think only myself and be selfishness would be the last thing i would do.( Am i?)

So,as  i must not excluded them/he/she, i just face it. — with a smile perhaps..

Pretend and hope that everything will be alright.

Owh!! Anyway, I love to be here, but here is not where I suppose to be. I’m not belong here and here is also not so me to get into.

Everything is messy and choked me to death. Before i realise i am breathless..  better off for me to get away out of all this.

I need a breakaway.. I need a holiday..

London maybe???

p/s: please mind my Ingrish.. hehehe

dari kerana mulut…

Orang tua-tua dah lama pesan. Suh jaga mulut tu baik2. Kerana mulut, badan boleh binasa.

Tapi rupanya ramai yang tak ambil iktibar. Ramai yang rasa kebal bila bercakap hal buruk pasal orang. Al maklumlah, bercakap aka mengumpat hal orang adalah perkara yang paling sedap selain makan free..

Kalau orang yang diumpat tu diam ja… Wallaweyy. Heavennnnnn!!! Kononnya telah mencapai satu kemenangan yang besar.. dan kononnya umpatan mereka itu adalah benar belaka.. Biarla dia rasa hebat di atas kemenangan tersebut… yang penting melimpah-limpah la hendaknya pahala dorang kat orang yang diumpat tu.

Kat sekeliling aku pun ramai orang yang bermulut sebegini. Kalau si Azwan ali, dia panggil orang-orang ni sebagai mulut longkang. Bunyi agak kasar la.. Tapi nak buat macamana dah fitrahnya mereka begitu.. agaknya, lahir-lahir lagi  dah bau longkang mulut tu.

Nak suh orang tutup mulut-mulut cenggini ni memang tak la. Kalau nak suruh aku tutup pun.. mesti aku taknak punya.. bukan sebab takot nak bergaduh ngan dorang ni.. tapi sebab busuk… bau longkang.

Paling memudaratkan.. bukan sahaja mulut mereka berbau longkang yang boleh meloyakan sesiapa sahaja yang mendekati… tetapi bahaya fitnah dan nasi tambah dalam penceritaan dorang boleh mengaibkan orang lain juga. Malahan boleh menimbulkan sengketa.

Orang macam ni, kalau dapat kita jauhkan.. elok la kita jauhkan. Bukan setakat kita terpalit bau busuk, dengan kita-kita sekali dapat dosa free.

Mungkin orang-orang begini kalau mengata orang, mereka rasa mereka dapat menunjukkan kehebatan sejati mereka. Rasa lebih gah dan berkuasa. Mungkin…

Rasa macam rugi ada ijazah bergulung-gulung tapi tidak pandai menjaga tutur kata.

Kalau ada pada pandangan mata kita sesuatu yang tidak elok, daripada kita mengumpat mengeji, mejatuhkan air muka orang, mengaibkan orang sana sini.. kan elok kita amik pendekatan tegor secara berhikmah… 

Kalau dia nak dengar dan berubah, kita dapat pahala. Kalau dia tak nak dengar, tanggunjawab kita berdakawah dan mencegah kemungkaran dah terlepas.

Kalau kita  claim kita alim ulamak, warak dan berketurunan baik-baik, tapi cara dan pembawaaan kita membuatkan orang tak mau mendekat pun tak guna juga. Apatah lagi nak tumpahkan rasa hormat.

Takpala, nak cakap lebih-lebih kang, cakap tak serupa bikin pulak. 

Apa-apa berita yang di bawa kepada kita, eloklah kita selidik dulu. Kadang-kadang pandangan mata boleh mengelirukan minda… apatah lagi mendengar berita yang belum tentu sahih nya.

Apa-apapun, tujuan aku menulis ni sebab nak memperingat diri sendiri. Sat lagi ada pulak yang terasa aku kata kat orang tu kata kat orang ni pulak. Kalau ada yang terasa memang sahla anda tergolong dalam orang seperti mana tulisan aku. kalau tak… rileks sudaaaa..

Mungkin aku juga perlu memperingatkan diri aku, orang di situ dan orang di sini  bahawa skop kemungkaran dan perlakuan maksiat turut dipanjangkan kepada perlakuan mengumpat orang lain juga.

(kalau tak percaya… sila tanyalah ustaz)

Muhasabah diri sendiri adalah yang terbaik…

Tengok diri sendiri sebelum memburukkan orang lain..

Kalau tak suka orang membuka aib diri, jangan suka mencari aib orang lain..

TERBAEKKKK bak kata tok ayah boboboy..

pijat yang jahat

Ada seekor(?) pijat yang jahat. Beliau sangat jahat. Beliau suka sangat hisap darah aku di waktu malam yang gelap. Habih kaki dan badan aku merah berbintat-bintat.

Beliau jugak bijak bermain aci sembunyi sehingga aku berputus asa mencari tempat persembunyian beliau. (aku harap beliau tidak beranak pinak kat tilam aku—> dah la tilam baru beli..mahal pulak tu.. huhuhuu .

Sekarang ni mungkin beliau telah terbunuh oleh spray pijat yang aku beli difarmasi . Hasilnya, malam-malam aku telah aman buat sementara. Itu pun setelah sebotol ubat pijat yang sangat busuk itu dispray seantero bilik. (Bilik ku tidak lagi wangi seperti dahulu.. huhuhu lagi)

Pijat durhaka yang aku tak tau mana asal usulnya. Aku doakan beliau aman di alam sana dan tidak meninggalkan baka.

 

bizi sana sini

fuh.. fuh..

berhabok pulak page ni…

lama sangat tak hapdet. Al maklumlah busy ke sana dan ke sini. Minggu lepas saja dah sebuk dengan SBPA. meeting la.. taklimat la..

Dua tiga hari lagi option dah nak sign.

Telefon bilik aku ni pun dah ala-ala hotline.. Meeting pun back to back memanjang.

Weekend pulak dah bz dengan rumah baru. Sesak dada bila tengok kos nak masuk rumah baru.

Duit keluar macam air paip. Kejap nak kena pasang itu, kejap nak tambah ini.  adehla…!!  kabinet dapur pun kau nak pasang emzack.. macamla kau tu memasak.. kan???

kesimpulannya.. musim-musim year end sale ni … aku telan ayaq lioq je la.. bak kata orang kampung aku.. kelip poq..kelip poq..

nak shopping apa kan daya.. poket dah kurus.. huhuhu.

Owh.. ada orang advise aku.. “hang kena pikiaq konsep rumah hang”

Jawab aku ” konsep aku, ukur baju kat badan sendiri- konsep asal ada dan pelan-pelan kayuh”

Idok le aku nak berhutang, berhabis sebab nak kasi rumah meletop demi mengharapkan pujian orang bila mai melawat rumah aku…  Esok2, yang tanggung bunga sekali dengan pokok hutangnya adalah aku sorang jugakkk.

Teringat kata-kata arwah mama ” Kita kalau dah boleh ada rumah sendiri pun dah syukur”

Sesungguhnya aku bersyukur.

errrr suri rumah bila lagi??? apa? apa?? aku tak berapa dengar.. apa? apa?? line tak clear… tut..tut..tut.. tut…( number yang anda dail berada di luar kawasan.. terima kasih..)