Yuhuuu

Telah lama kiranya hamba tidak mengupdate blog hamba ini. Bersawang sudah seperti bersawangnya alang sebesar lengan dirumah hamba lagaknya jua.
Adakah ceritera baru yang hendak hamba persembahkan?? Tiada jua yang menarik perhatian tuan-tuan yang terutama di luar sana.
Kiranya belum sepurnama hamba bertukar tempat mencari barang sesuap nasi. Hamba sekarang berada di bawah memanda menteri yang menjaga hal ehwal kesihatan rakyat jelata negeri ini. Kerja hamba di sini agak mencabar kewibawaan serebelum, sereberum, medula oblogata dan juga koordinasi otot selangka.
Motor fikir dan taakul hamba juga kembali hamba pertajamkan kerana terlalu lama terendam tanpa dilangir limau. Karat yang menebal semakin susut keraknya. Nampaknya begitulah sepanjang seminggu dua hamba berada dibawah titah Dato Menteri yang satu ini.
Beruntung jugalah hamba kerana adanya rakan sekerja yang membantu hamba memahamkan kitab separa purba yang begitu memeningkan kepala. Peraturan-peraturannya sahaja berkajang-kajang  sepertinya hamba mahu sahaja merebus kitab-kitab  itu buat penawar airnya. Banyak sungguh undang-undang di dalam ini negeri yang perlu hamba ingat. Kasihan kepala hamba kerana rambutnya bakal bertukar warna sebelum menjelang waktunya.
Cukuplah dulu nukilan hamba petang ini. Izinkan hamba berundur diri dahulu. Barang ada kesempatan dan di izinkan yang Maha Esa kelak hamba menglipur lagi.
Salam tinta kelabu jingga..
Sekian, salam kasih sayang buah kepayang. Takda duit abang melayang..
-Awang Emzack eye-

Sofa IKEA dan Mat Bangla..

Akhirnya ruang tamu rumah sekangkang kera aku telah mendapat sahabat baru yakni sekeping sofa. Sekeping.. ?? hmmm

Sebenarnya bukan nak cerita beli sofa baru. Takdak niat. Sebenarnya nak cerita pengalaman dan pengajaran sewaktu proses membawa balik sofa.

Ceritanya cenggini.

Selasa lepas yakni semalam aku telah berjaya merabakkan poket di ikea. IKEA lagi dan rabak lagi. Asalnya memang menyalah guna  duit bonus nak beli sofa je. Tapi dasar IKEA (eh, nak salahkan IKEA plak) terbeli gak la dua tiga ketul produk yang lain. haihhhh… nafsu,,nafsu.. (salahkan nafsu pulak….)

Orang punyala ramai tak hengat. Macam semut api di pinggir kali. lagi satu, time nak bayar pun  satu hal. Punya panjang Q. Takpe, sabar …

Time nak masukkan sofa dalam keta dah satu hal problem masalah baru. Sekali IXORA yang macam van sekolah tu tak muat. Ha sudah.. Suspen betol.  Kalau tak muat terpaksa la aku bayar extra caj penghantaran.

Ejas sana ejas sini tak muat… pasrah. Dah la sofa tu boleh tahan berat. Raso nak tercabut belikat den sebelah kiri ni ha.

Nak dijadikan cerita,  mamat bangla yang tolong kitaorang usung sofa ni bagi idea. Dia suh bukak kotak tu. Amik isi dalam je. Yang buat extra panjang dan tak muat keta tu adalah disebabkan kotak.

Kenapa la aku dan En Reket tak terpikir nak wat gitu awal-awal lagi.. Ye la, biasanya kalau aku beli perabot/barang ikea, biasanya yang kecik2 ja. Paling besar aku penah beli pun kabinet tv yang muat2 body cik Sity kalau dimasuk ngan kotak pembalut tu.

Di pendekkan cerita, hasil cetusan idea genius mamat bangla ni maka aku dan En Reket dengan jayanya telah selamat membawa sofa itu pulang ke Seri Bangi. Dan petang itu jugak aku dengan gigihnya menyiappasangkan sofa tersebut. Tak la susah sangat seperti yang aku bayangkan sebelum ni.

Terima kasih En Reket sebab tolong saya ya..

Sekian cerita sofa IKEA dan mat bangla pada petang ini..

Moral of the story

1. Masalah yang kecil boleh jadi besar kalau kita tak tau macamana nak selesaikan.

2 Setiap yang berlaku mesti bersebab dan setiap masalah mesti ada jalan keluar. Janji kita kena kreatif macamana nak selesaikan, bukan nak burukkan lagi keadaan.

3. Jangan look down upon others. Walau setinggi mana ilmu/sijil/ijazah/ yang kita ada, kita bukanlah pandai semua menda. Kadang-kadang orang yang tak sekolah tinggi itu lebih smart daripada kita.—>Errrr dua-dua ada master, bangla jugak yang tolong selesai. –> mungkin mat bangla itu ada PhD dari mana2 negara, sapa tau???

4. Kalau kereta sekadar saiz ala-ala cik Sity, tak payah la feeling2 nak angkut 3 seaters sofa sendiri.. bayar je kat lori IKEA..selesai.

serigala datang lagi…

saledetailsmontrousposter

 

Yeayyyy… pesta Encik serigala yang jahat telah datang lagi. Walaupun dengan riaknya aku telah mengabihkan beratus-ratus ringgit untuk membeli buku dan buku yang dibeli tahun lepas itu pun tak habis-habis di baca lagi, namun aku tetap akan menjejaki kelibat Encik  Serigala di MIECC Sabtu ini yakni pada besok hari.

Namun begitu, akan aku pastikan bahawa aku akan tegas mengkontrol nafsu shopping ku ini sedaya mungkin. Seawal pagi yang mungkin (pagiii????) akan aku pastikan bahawa aku telah berada di sana nanti. Maklumlah, Malaysia ni kan panas, i mana biasa panas-panas cenggini kannnn. So kena la pegi pagi-pagi tatkala cuaca al-ala madetranian.

Memetik kata-kata mamat yang duduk menetap sementara kat negara oreng putheh di  FB wall beliau ” Here we have for seasons, Malaysia has three seasons which is hot, hotter and hottest”. .  Takpela, Malaysia takde saljuuu di danau rindu  yang cold macam kat kampung ekau kek sana tu. Nak jalan2 kek sini pun berpoluh-poluh melekit, sungai tepi rumah pun humangg aiii  kotor benorrr..3rd world country la katakan. tapiii..sekurang-kurangnya kek sini ada la jugak ramai awek cool yang hot  buat semangat pegi BBW esok… jadilaaaa… eh kaitankah???

Berbalik kepada cerita asal..Berjayakah Mremzack berbuat demikian iaitu mengawal nafsu menyopping beliau? Kita saksikan kesudahannya pada minggu hadapan.

wishlist travel-place

Aku suka travel. Dulu sebab tak pandai bajet, maka aku selalu travel local.  Aku tak bernasib baik macam sesetengah orang. Dapat pergi merata-rata selalu-selalu. Aku ni nak pergi setahun sekali pun susah.. huhuhu.

Ada orang lagi bernasib baik sebab travel on government expenses. Ye la, sambil  pergi atas urusan kerja, dapat jugak merasa jejak kaki kat tempat orang. Alhamdulillah, dah rezeki dorang Allah tetapkan macamtu.

Waima apa pun Allah letak kan rezeki aku, aku tetap jugak buat wish list tempat-tempat yang aku nak melawat..

So, bajet untuk travel telah aku asingkan sedikit demi sedikit untuk aku berjimba jauh-jauh sikit ujung-ujung tahun. Itulah azam tahun baru aku nanti..boleyyy??

Lagi satu.. aku memang teringin nak amik cuti yang sangat panjang dan travel all around the place.. Ala-ala cuti tanpa gaji gittew. Lepas tu tulis satu travelodge novel..Boley??…but before that, there always one place that i wanted to go.. Makkah.. huhuhu..

Owh ya.. hobi JJCM akan kembali diteruskan pada petang ini setelah lama terhenti akibat berdiet…dietla sangat kannnnn…

Sekian dulu laporan pada petang ini..

p/s: update pakai komputer opis sbb laptop merajuk.. huhuhu

minah psikotik

Dari semalam hati ni panas je. Panas kat sekor betina yang psiko yang perangai macam beruk bontot merah. Ingatkan bila dah kahwin dalam umur lanjut ni, dah tak la psiko lagi. Rupa-rupanya perangai psiko minah ni tak habis2. Aku ingat aku sorang ja sakit hati ngan dia, rupanya habis seluruh anak buah dia mengumpat/mengutuk sampai ke tulang hitam.

Aku pun tak kenal sangat minah ni. Kenal nama ngan muka dia pun lepas aku ditempatkan di tempat keja baru lepas habis master. Mula-mula aku masuk keja, memang haram la nak senyum kat aku. Mcam la aku nak mengorat dia kan.. wadehel.  Kalau cun tu, aku boleh maafkan lagi. Tapi dah kejadian tuhan macam tu, kalau aku describe kang, nampak macam menghina kejadian tuhan pulak. Astaghfirullah.

Al kisah, perangai dia ni sangat annoyying. Sangat self centered dan tak reti dan tolerate dengan orang lain. Perangai bossy tu tu takleh nak cakap la kan, mengalahkan JUSA  A B C. Padahal gred 52 je pun. Aku rasa Turus  pun kalah ngan perangai bossy dia nih. Patut la orang menyampah dengan skim P*D nih in general, sebab adanya pengalaman berurusan dengan separa manusia macam ni.

Kalau orang mintak tolong pasal keja, jangan harap la dia nak tolong. Dah la dia tak nak tolong, anak-anak buah dia pun dia tak kasi tolong. Memang sangat chelake!. Agaknya, kalau dia susah esok, ntah sapa la insan yang berhati mulia sanggup nak tolong. Aku? hmmm jangan harap. Tergolek dog tepi jalan pun aku tak akan tolong angkat. Biar mati kering la kau kat situ. Maafkan aku kerana kekejaman ini selayaknya untuk feremfuan seperti itu.

Penah sekali aku parking kat tempat dia, kejap je pun sebab tempat aku ada orang parking dan aku pun nak kuar meeting time tu. . Sekali tiba-tiba dia balik dari mengulor da.., ada keta aku kat situ.Ap algi..punya dia mengamuk, huru hara satu Bahagian suh carikan tuan keta. Padahal dah lebih setahun keta aku parking belakang keta dia, tak kan la dia tak tau owner keta tu adalah aku. Bodo!..

Ni kali aku mintak tolong anak buah dia gantikan aku untuk satu urusan Kerajaan lepas raya haji tu. Tu pun dia tak kasi dengan alasan budak tu baru lagi dalam service dan tak ada pengalaman. Macamla dia tu berpengalam sangat. kannnn….

Aku rasa ini adalah sindrom perempuan tua yang lambat menikah dan laki dok jauh. Jumpa laki sebulan sekali kat Sabah nu ha. So aku boleh bayangkan betapa psikonya minah ni kalau balik bercuti, ..tiba-tiba period… Memang semua orang kena hamput la pastu.  Ini bukan kes yang setakat malam tadi tak ‘dapat’, ini dah berbulan-bulan tak ‘dapat’. Dah la nak ‘dapat’ pun kena tunggu 40 tahun lebih.. kan..  Jadinya aku cuba memahami nasib kaum wanita seperti ini, yang tertindas kerana kekejaman Jabatan tak hantar dia balik ke pangkuan ketiak suami dia. Kalau yang pernah ‘dapat’ sebelum kawin, suami dok jauh pun apedahal.. ops!..terlebey suda…

Haaa! jangan ada yang dok pikir lain plak, ini aku tujukan untuk yang kawin mak J aka ibu tunggal.. Kalau ada yang pernah terasa/sedang terasa, teman mintak maaf le..Maklumlah..zaman skang ni ramai buat2 innocent depan laki…padahalllllll.. Sebaek dapat laki yang menerima baki dibawa kehadapan  seadanya.. ala2 forgive and forget gittew.. Eh.. termerepek pulak.

ok la.. sekadar melampiaskan rasa geram dan sakit hati yang telah bertepi… Wabillahitaifik wal hidayah.. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

 

 

 

 

errr, got no tajuk can aaa??

Banyak perkara yang terjadi kat aku lately.  Things that not only make me to ponder but also to think deep- –>indeed its like a colourful rain drops.

Well, life is a life. Like it or not, i have to live my life. But the thing is, my life is not all about my life alone.

Its mingle among so many parties -that i have to consider a lot when i wrapped my mind up on everything. To think only myself and be selfishness would be the last thing i would do.( Am i?)

So,as  i must not excluded them/he/she, i just face it. — with a smile perhaps..

Pretend and hope that everything will be alright.

Owh!! Anyway, I love to be here, but here is not where I suppose to be. I’m not belong here and here is also not so me to get into.

Everything is messy and choked me to death. Before i realise i am breathless..  better off for me to get away out of all this.

I need a breakaway.. I need a holiday..

London maybe???

p/s: please mind my Ingrish.. hehehe